May 21, 2011

Kamu Bila Nak Kahwin?...


"Ha,kamu bila nak kawen?ko tengok macam aku ni,senang ada orang jaga..."



Tu la yang ditanya kawan aku dekat aku sebab dah lama tak jumpa.Masa kahwin dulu aku tak dapat datang sebab kena dengan waktu kerja.Tengok bahagia jer kawan aku ni lepas kahwin,badan pun makin sedap.Yelah makan minum dah ada yang jaga,hati pula senang bila tengok isteri tercinta dikala balik dari kerja..Ceewah..



Dan jawapan macam biasa aku berikan masih mencari pada yang sudi,hehe..Okey,serius.Berbalik pada cerita,setiap pasangan yang bercinta semestinya inginkan mahligai cinta yang dibina diakhiri dengan alam perkahwinan dan itu adalah matlamat bagi setiap hubungan.Dari bercinta berubah ke alam berumahtangga.Tapi,perkahwinan bukanlah semudah apa yang dikata sebab ini melibatkan tanggungjawab kita dalam membina sebuah keluarga.Ibarat bagi lelaki sebagai nakhoda bagi sebuah kapal,andai kapal yang dibawa pada jalan yang betul,maka akan kukuhlah apa yang dibina.


Dengan perkahwinan dapat menghalalkan apa yang selama ini terbatas,namun harus diingatkan bukan kerana itu jer kita nak kahwin.Perkahwinan adalah satu amanah yang telah dipertanggungjawabkan pada yang bernama lelaki.Diingatkan,saat lafaz nikah diucapkan segala tanggungjawab dan amanah kini menjadi tanggungjawab bagi lelaki yang kini bergelar suami.Baik atau buruknya sesuatu perkara yang dilakukan oleh seorang isteri itu nanti,dipikul oleh suami tu nanti.Betapa beratnya tanggungjawab suami pada amanah yang telah diberikan.Kahwin bukan kerana inginkan keseronokan semata,tapi juga kerana tuntutan agama.Berharap apa yang dibina dalam keluarga tu nanti diredhai olehNya.Bukan sehari dua perkahwinan yang ingin dibina tapi sampai menjelang usia tua.


Itulah apa yang diharapkan dalam sebuah perkahwinan,begitu juga dengan aku.Memang nampak seronok tengok kawan semua dah kahwin,cuma masih belum pada masanya.Diri cuma mampu merancang,tapi Tuhan yang menentukan.Jadi pada teman yang bertanya tu,itulah jawapan yang aku berikan...(:

 

30 comments:

Nur Ayuni said... BALAS

serius, ayu paling tak suka org tnye soalan "bila nak kahwin". sbgi pmpn, soalan tu sangat sensitif bila umur dah meningkat naik. Jodoh di tangan Allah. paksa macam mana pun, kalau bukan jodoh kita, tak jadi juga.--> emosional bab kahwin ni..hehe

aiEz said... BALAS

ayuni-hoho,betul tu..jodoh pertemuan semua ditanganNya..sama jugak lelaki,dua2 kena..eheh..^^

Nur Ayuni said... BALAS

nak tambah lagi..kahwin bukan untuk setahun dua. tapi spnjg hayat kan. kena la pilih yang betul. nak cari pemandu kereta, kena yang betul2 tahu memandu, kang terbabas. siapa susah? kita dan keluarga kita juga.hehe.. haish. dua-dua terkena. apa boleh buat? sabar, berdoa. :)

siti aqilah said... BALAS

haha, dah mula dia cite bab kawin. sabo je la, mungkin jodoh belum sampai. dah sampai nanti, hahh p la heboh 1 kampung. semoga bahagia, cewahhh, heee

KatekateKite said... BALAS

ermm... setuju dengan penerangan yang jelas dan padat nih.

dah kawin nanti, tggjwb suami tu berat... jgn kawin sesuke hati(sbb nk suke kn hati jerk) tanggungjawab dan ilmu rumahtangga tu penting

*untuk diri sendiri jugak

KatekateKite said... BALAS

ermm... setuju dengan penerangan yang jelas dan padat nih.

dah kawin nanti, tggjwb suami tu berat... jgn kawin sesuke hati(sbb nk suke kn hati jerk) tanggungjawab dan ilmu rumahtangga tu penting

*untuk diri sendiri jugak

aiEz said... BALAS

ayuni-ehehe,betul tu..setuju sangat,hanya mampu berdoa,yg penting kena ada usaha..hehe..^^

aqilah-teet,hehe..sabar jela,belum tiba masa dan ketikanya..err,lain macam jer ayat tu,hoho...^^

aiEz said... BALAS

katekatekite-betul tu,bukan senang nak bina keluarga..kena ada ilmu juga,itu yg penting...sama2 kiter..^^

siti aqilah said... BALAS

hoho, apa yg lain macam nya, ayat melayu tu, haha. dah jadi suami nanti jangan macam2, haha..

aiEz said... BALAS

aqilah-err,haha..gurlp...bertanggungjawab,itu pnting..^^,insyaAllah..mcm dah nak kahwin jer pesannye..

siti aqilah said... BALAS

yups, seorang lelaki mmg harus bertanggungjawab. baruu wanita senang hati hidup bersama (cewahh), hehe, bakal kawin kan. pesanan awal2. bagus kan, hahah

siti aqilah said... BALAS

yups, seorang lelaki mmg harus bertanggungjawab. baruu wanita senang hati hidup bersama (cewahh), hehe, bakal kawin kan. pesanan awal2. bagus kan, hahah

gadis_biasa said... BALAS

tggu org pinang jew nie..xnak becintan cintun dah..klu mak gan ayh dah jodohkan gan org...terima gan hati rela...hohohohohooh

Nazihah@Jiha said... BALAS

Assalamualaikum (:
semoga anta mendapatkan zaujah solehah yang diidamkan (:

aiEz said... BALAS

aqilah-bukan harus,wajib dah tu..hehe,bakal kahwin tahun tak tahu bila..^^

nanie-err,insyaAllah kalau pilihan orang tua lg baik sebab mereka yg pilih yg terbaik utk anak mereka..^^

nazihah-waalaikumsalam nazihah,insyaAllah nazihah..Amin..^^

kotak bulat said... BALAS

heehe.. kena jadi laki tu yang bertanggungjawab pas kahwin, kalau agak2 belum bolh bertanggungjwb, tangguhkan la dlu khawin tu kan :)

aiEz said... BALAS

kotak bulat-betul,kena ada sikap bertanggungjawab dlm diri..agak2 belum bersedia tu,err kena belajar lebih kot..:P

Fathullah Al-Haq said... BALAS

Alhamdulillah, entry yg baik.. Kita hnya mampu merancang, tp sebaik perancang adalah Allah swt.. At-toyyibuna littoyyibat, Allah kata dlm al-quran: lelaki yang baik2 itu untuk perempuan yang baik2.. semoga beroleh jodoh yg solehah insyaallah :-) Isteri juga memainkan peranan yg sgt penting kepada suami, jika suami shj yg main peranan dan isteri tidak, maka ia menjadi masalah juga.. so, dua2 kene beri komeitmen yg sama..

aiEz said... BALAS

fathullah-terima ksih,benar ada baca tentang apa yg disampaikan dlm al-quran tu,insyaAllah sama2 berdoa hendaknya,dan setuju keduanya perlu ada beri komitmen dalam bersama sebuah keluarga..^^

Aki said... BALAS

pergh.. ni same je cam blog aki ni.. ce cari post tajuk Maaf,Saya belum bersedia.. post june kot.. hahaha.. pasni,aki dah tak leh cari makan ar.. dah tau ade orang lagi power cite pasal CInta2 ni.. ^_^.v..

aiEz said... BALAS

Aki-err,jangan cakap camtu...masih belajar lagi ni..hee..;)

Aki said... BALAS

aIEz - Der,lu memang power ape.. Best je cara explanation tu.. ^_^.v.. Kalau aki,ntah ape2 ntah.. haha..

anismelon said... BALAS

hehe..betul betul..ingat kawin nie mcm main congkak ke..macam main mak mak mse kecik kecik dulu ke..nak kawin nie kene ade perancangan yg cukup..mampu ke pikul tanggungjawab..mampu ke penuhi keperluan..kalo tak mampu bttr jgn dulu..and kalau dah kawin..yg satu pon tak mampu jgn le gatai sngt kn na bebanyak..weee

grape_apple said... BALAS

salam...btul apa yg awk kta 2,mmg senang nk kwin tp xmudh nk pikul tggungjawab...lau nk tgur istri tuk tutup aurat pn xbrani,baik xyah kawin...dayus nmanya....skrg mi mmg rmai lelaki dayus sbb terlalu bnyak sngat wnita kat luar sna yg berpakaian tetapi telanjang...lau suami dia pn xnk tgur,sape kta nk tgur?tepuk dada tnyalah iman....

Faaein Talip Roy said... BALAS

sangat beremosi bila ada yang tanya soalan ni.. bukan tak nak kahwin.. masalahnya belum tiba masanya.. tak kan suka2 nak cari pasangan, lepas tu main aci redah je kan.. lagipun.. kahwin.. tanggungjawab besar tu..

ekin.. said... BALAS

besar tggungjawab kalau dah kahwin...macam2 kena fikir..insyaAllah ada rezeki kwin,,,tapi kalau x mencari pon xboleyh jugak kan,,menjadi dan mencari kena seimbang...kalau hanya semata2 bergantung pada qadar saje itu dah dinamakn golongn qadariah,,hanya bergntung pada qadar semate2.cth:lapar tapi asyik sujud atas sejadah tggu nasi turun???mane boleyh macam tuh...kena usaha lah g keje cari duit then beli nasi..bar lah seimbang,,:)

Qaseh Qistina said... BALAS

huh..soalan yg agak femes lately nih...selalu sentap jugak bila org tny kn...kawin ni bukan main2 la hai..nk cari laki or perempuan yg betol2 ok bukan senang..ye dak..? em..tu la..kalo ada jodoh kawin la kite.peace =P

meisnani said... BALAS

nani da bace da... jumpe un entry ney... ermm memang sentap hati mak nak la jwbnye bile org tnye psl kawen... huhu!!

aiEz said... BALAS

terima kasih semua komen entri ni,mmg berat tanggungjwab utk berkahwin ni,pastikan ilmu juga kena ada,bukan keseronokan semata2...dan yg belum berkahwin juga,ni bukan alasan utk melewatkan utk berkahwin... ;)

kiera'sakura said... BALAS

lately soklan nie selalu ditanya....

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates