May 16, 2011

Guru,Aku dan Kamu...




Selamat hari guru pada semua warga guru diseluruh Malaysia,dan juga pada guru sekolah aku dulu iaitu Sekolah Menengah Buyong Adil.Terbaiklah zaman sekolah dulu.Segala macam kenangan yang ada,pahit manis dah jadi semacam lumrah dalam kehidupan.Pengalaman yang takkan dilupakan.


Bukan senang sebenarnya jadi guru ni,ye la nak mengajar yang anak murid bermacam ragamnya.Ada yang degil ikut kepala sendiri dan ada yang perangai yang gila-gila.Cabaran dan amanah yang harus dipikul sebagai warga pendidik.Masa kan tidak,bagi guru yang dah bekeluarga disekolah guru dan dirumah dengan menjaga keluarga lagi.Sangat sukar sebenarnya,tanggungjawab guru ni.Di sekolah pun ibarat dah jadi ibu bapa kedua bagi pelajar,mendidik mana yang sepatutnya.


Cabaran guru hari ni pun makin berat,anak murid sekarang bukan macam anak murid dulu.Ada yang mendengar kata,dan ada juga yang sebaliknya.Nak kata semua nakal pun tak boleh juga,sebab tak semua macam tu.Bukan apa,bermacam masalah disiplin remaja yang masih bersekolah sekarang ni,dengan melawan kata gurunya,hisap rokok pun dah jadi macam perkara biasa disekolah.Susah nak membentuk sahsiah pelajar yang betul-betul berkualiti ni,itulah yang tanggungjawab yang harus dipikul oleh guru.

Bila ada guru yang menegur untuk kebaikan ada yang melawan,dirotan pula jadi satu isu juga.Didendam pula gurunya,ingatlah kita ni bakal pelapis negara,kita juga jadi contoh untuk generasi akan datang.Jadi tak salah jika guru menegur untuk kebaikan,untuk kebaikan diri juga.Sekiranya diri dah punya keluarga semua,tahulah nanti betapa sukarnya jadi seorang pendidik untukanankya nanti,samalah seperti guru mendidik anak bangsa untuk berjaya.

Jadi pada yang masih belajar tu,manfaatkanlah ilmu yang dah diberi oleh guru yang mengajar.Usahlah nak melawan kata guru ke apa,ilmu yang dapat pun jadi tak berkat bila melawan kata guru.Manfaatkan usia remaja dengan sebaiknya,cari ilmu selagi masih terdaya.Kelak nanti ada kejayaannya..

p/s-terasa entri agak skema jer,:))

4 comments:

ayuni said... BALAS

selamat hari guru Aiez. nak tambah satu lagi.cikgu ayu penah pesan jangan sesekali mengumpat cikgu. nanti keputusan mesti teruk.--> serius benda ni betul.

hup pelajar faham tugas guru tak semudah menanda buku dan mengajar. mereka juga merangkap ibu bapa yg memastikn merka mnjadi org berguna.

aiEz said... BALAS

ayuni-selamat hari guru juga,^^..ilmu kan orang dah beri jangan dikata pula,hoho..

memang betul,nampak mudah tapi tidak sebenarnya..bukan senang nak didik anak murid yg bermacam jenis ada..^^

bila blog bercerita said... BALAS

hoyehhh2...!!!
slamat ary guru.....
guru ibarat power rangers....

go-go power rangers...=P

aiEz said... BALAS

bila blog bercerita -errr,hehe..selamat hari guru..^^

Free Blog Theme and Templates