July 24, 2013

Kuasa Menulis Tuu..










Assalamualaikum,



lama dah tak menulis blog,sibuk jer memanjang dengan kerja dan dengan keadaan tangan yang kadang asyik lenguh kesan dari di gigit kucing dan operate tu,membataskan diri nak menulis..banyak sebenarnya nak cerita tapi tu lah ada jer halangan.Dan bila halangan tu makin lama jadi penyakit M ler pulak..huhu

okeh abaikan mukadimah yang panjang berjela tu...

apa cerita nak kongsi kali ni?ni nak cerita tentang kuasa seorang penulis blog ni..nah bukanlah kuasa macam kuasa IronMan tu ke,Spiderman ke apa tapi kuasa kita bila menyampaikan sesuatu dalam penulisan..
bukan senang sebenarnya nak bagi orang suka dekat blog kita ni..bermacam idea diperah untuk di isi sampaikan pada pembaca..ada cerita yang disampaikan tu cerita gosiplah,masakan ke apa dan berbagai lagilah..

demi menyampaikan sesuatu pada pembaca..tapi harus diingat jugak,setiap apa yang kita sampaikan biarlah pada sesuatu yang benar dan mendatangkan kebaikan bersama..besar sebenarnya tanggungjawab sebagai penulis blog ni..bagai menjaga satu amanah buat semua.yela kan,kalau buat cerita yang sekadar cerita tanpa ada fakta,fitnah dan pepecahan akan jadi lepas tu..tak ke jadi naya?

harus diingat,selain dari media di tv atau di maya contohnya facebook,penulis blog memainkan peranan dalam sesebuah penyampaian maklumat..jadi apa pun yang kita sampaikan atau cerita bukanlah pada sekadar ikut emosi sesuka rasa,tapi pada amanah dalam menyampaikan sesuatu yang manfaat pada orang lain..kena ingat apa yang kita sampaikan dalam dunia maya ni adalah kekal,apa yang kita buat dengan mudah jer boleh jadi bahan untuk masa depan..dengan teknologi telefon canggih bertambahlah mudah ia tersebar dengan cepat..

fikir dengan bijak bila nak menulis sesuatu perkara,lagi-lagi dalam kehidupan kita kat Malaysia ni yang pelbagai bangsa,agama dan budaya..banyak perkara nak dijaga,berakal dalam menyampaikan sesuatu..fikir berpuluh kali pun takpe sebelum nak buat sesuatu..sekali dah terlajak memang
agak susah dah nak berpatah balik...ni potpet ni pesan jugak kat diri sendiri..sebab dah seronok sangat menulis memang takkan sedar apa kesan baik buruknya benda tu..bila dah terlajak baru nak menyesal takkan berguna lagi dah...

6 comments:

Nurzakiah Hanum said... BALAS

hebat

Rapunzeel Cikilolo said... BALAS

menulis berkenaan perkara yang tak melibatkan org lain kan...

itu lebih baik

:)

Zul Fattah said... BALAS

salam.. insyaAllah aiez, aku dulu ada jugak post entry yg merapu, dn buat org tak suka..
tp skrang tak lagi.. org dtang blog kita nak baca sesuatu, skurang2nya mereka dpat sdikit ilmu jd x sia2 la mereka dtg jengah blog kita.

dear xila said... BALAS

baiklah ayie....tulah kdg2 kita suka tulis emosi je kan....huuu

Empayar Utama said... BALAS

Betul. Bukan di Malaysia saja. Kalau blog kekal tak kena tutup, satu dunia dan entah berapa keturunan akan baca apa yang ditulis.

Qiya Saad said... BALAS

ingatkan senang jadi blogger ni, tapi rasanya susah jugak..kena rajin membaca baru lah dpt tulis entry yg menarik dan berfaedah..tak kan memanjang nak merepek je..nti org meluat plak kan..anyway, nice sharing.. :)

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates