June 02, 2011

Malu Itu Harus Ada...




Malu,satu perasaan semulajadi yang ada dalam diri.Perasaan ini dapat mencegah dari melakukan sesuatu yang terlarang.Tapi kita hari ni,malu pada sesuatu yang mendatangkan kebaikan tetapi tidak malu untuk melakukan yang salah.


Boleh kita lihat pada hari ini dan aku juga berpesan pada diri,sikap kita yang kadang agak bebas dalam setiap pergaulan,tanpa ada perasaan segan silu dalam diri dalam kehidupan sosial antara yang berlainan jenis.Malahan ada yang tanpa segan silu bertepuk tampar dalam pergaulan tanpa ada batas-batas yang perlu dijaga.Ya aku juga bukan insan yang sempurna,kadang juga aku terleka dengan benda-benda sebegini.Sesuatu yang dianggap sekadar gurauan jangan diambil mudah,tapi harus juga diingatkan perlu ada batas yang perlu dipelihara.


Antara lelaki dan perempuan juga harus ada perasaan malu dalam diri,kerana dengan adanya perasaan sebegini dapat mengelakkan dari melakukan sesuatu yang terlarang.Jangan kerana arus pemodenan yang ada,kita hilang perasaan malu dalam diri.Lihat sekeliling apabila kita hilang perasaan malu dalam diri,segala kemungkinan yang terjadi.Masalah sosial disana sini,bercampur gaul dan bebas dalam melakukan sesuatu tanpa ada batas dan tanpa ada rasa malu dalam diri.


Harus diingatkan,jangan kerana hilang perasaan malu kita juga hilang rasa malu itu pada Allah.Kembali pada fitrah kita sebagai manusia,tahu erti akan pahala dan dosa.Malu pada Allah,dapat mengingatkan diri dari melakukan sesuatu yang ditegah.Ini bukan ceramah,tapi juga sebagai peringatan pada diri.Ingatlah juga,malu itu sebahagian dari iman.

Bersama kita renungkan..

20 comments:

ayuni said... BALAS

ia lebih kepada kehidupan zaman remaja sknrg. rasa hebat barangkali dapat bertepuk tampar antara dua cas berlawanan tu.dalam perhubungan, elak 4 P. pandangan, pegangan, pelukan dan penzinaan.
kalau ada sifat malu yang menebal pada ALLAH.insyaallah semua itu dapat dibendung.

Unknown said... BALAS

aku komen pun tgh malu ni..

SHIMI said... BALAS

bila malu itu mula hilang, maka maruah juga akan jadi murah.

aiEz said... BALAS

ayu-umum juga,setiap orag kena ada sifat malu dalam diri..setuju dengan apa ayu cakap,kalau pelihara semua tu insyaAllah dpt elak dari sesuatu yg dilarang..

phycrewz-erkk,ehehe..

shimi-betul setuju sangat,^^..

Mrs Nurul said... BALAS

malu sebahagian dari iman..

Unknown said... BALAS

Sungguh bernas pandangan saudara ini. Malu itu kecil namun punya impak besar dalam kehidupan ini.

. said... BALAS

blushing2 ! hahha ;)

aiEz said... BALAS

nurul-betul tu..^^,

awan biru-sekadar perkongsian kita bersama,^^..

nawal addina-erk,hehe..:P

Nazihah@Jiha said... BALAS

malumu begitu berharga^^setuju dgn sgl pndpt akh Aiez...

terima kasih akh, sy ok dah...perkara tu berakhir dgn baik ..alhamdulillah..^^

Ahlan Was-Sahlan said... BALAS
This comment has been removed by the author.
siti aqilah said... BALAS

hye, x tau nak komen apa. malu sangattt ^^"

aiEz said... BALAS

nazihah-betul tu,malu itu sangat berharga,hindar dari yg terlarang..^^,alhamdulillah nazihah,setiap masalah mesti ada penyelesaian..insyaAllah..

siti aqilah-erk,:)

Mss Ieza said... BALAS

nice..ye bnar, malu tu adlah sbhagian drp iman..
jika hlang rse malu,hilang iman dlm diri :)

aiEz said... BALAS

mss ieza-betul tu,hilang rasa malu,hilanglah akan rasa harga dalam diri,tak kira lelaki mahupun perempuan,perlu ada rasa malu..sama2 kita

mirul said... BALAS

makin ramai yang malu tak bertempat. suruh bercakap di khalayak malu. tapi buat maksiat bangga. apekah? pape pun tq atas tazkirah yang diberi =)

aiEz said... BALAS

mirul-betul,itu yg dimaksudkan dalam entri ni..malu yg tak kena pada tempat dan ketika,sama2..kita sama2 belajar..^^

Miss Shikio said... BALAS

kalau perasaan malu hilang dalam diri, alamatnya tergadai lah maruah

:)

aiEz said... BALAS

jue-yup betul tu,malu2..:)

Addin said... BALAS

hilang malu sama dengan hilang la maruah . kan ?

aiEz said... BALAS

miss addin-sama,malu ada dalam diri..malu melambangkan maruah yg kita jaga dan pelihara..maruah dan malu,sama2 ada kaitan..

Free Blog Theme and Templates