June 23, 2011

Itu Hak Aku...





"Itu hak aku untuk bersuara,aku adalah aku... "

Pernah dengar ayat diatas?kebebasan bersuara yang selalu kita agung-agungkan.Hak individu dalam meluahkan setiap pendapat dalam diri dari menjadi seorang yang hipokrit pada diri dan orang lain.


Benar,itu hak kita untuk bersuara.Kerana kita juga negara yang mengamalkan sistem kebebasan untuk bersuara dalam meluahkan ketidak puasan hati dalam sesuatu perkara.Tapi jangan dipandang terlalu jauh,lihat pada sekeliling kita.Kita sebolehnya ingin menjadi seorang yang jujur dalam sesuatu perkara,tak ingin untuk menjadi yang menampakkan sikap hipokrit dalam diri.Mungkin jawapan yang diberikan adalah mudah,itu adalah aku.Kenapa perlu menjadi orang lain sedangkan itu bukan sikap dalam diri?benar,tapi harus diingatkan.Dalam sikap kita yang terlalu tidak mahu hipokrit dalam diri,ada juga hati yang perlu dijaga.
Dengan orang sekeliling kita.Kita tak hidup didunia ni sendiri,ada juga hati yang perlu dijaga.

Tak semua diantara kita yang mampu menerima apa yang disampaikan dengan kata yang secara terus.Seeloknya disampaikan secara yang lebih berhemah,bukan dengan nada yang berbaur sindiran dalam meluahkan apa yang dirasakan.Kita punya adab dan agama,diajar juga berbudi bahasa.Gunakan tutur kata yang sebaiknya dalam setiap butir bicara.Ini bukan soal hak dalam setiap apa yang disuarakan tapi kesan dari jangka panjang dari apa yang dituturkan.Setiap kata juga adalah satu doa,baik buruk dalam apa yang dikata.


Hati kita semua tidaklah sama,ada yang elok dalam menerima dan ada juga yang akan terasa dengan apa yang dikata.Membina sesuatu persefahaman mungkin mengambil masa,tapi dengan merosakkan sesuatu perhubungan dalam silaturahim sesama insan itu amatlah mudah caranya...

19 comments:

Nur Ayuni said... BALAS

glurrrpppp..
bersuara itu bebas tp perlu ada cara. dan juga, manusia tak pernah memikirkan perasaan orang lain. yang pntg perasaan sendiri. tapi perlu ingat. kita manusia yang hidup berkelompok. selagi terdaya, jagailah hati sesama kita. jika tak mampu. satu saja yg dpt dilakukan. beri masa dan jauhi diri untk smntra waktu.

* ayu terasa. kdg2 terlanjur kata. tq perngtan. :)

aremieroul said... BALAS

betul3..kadang2 manusia niew nak buat apa sahaja demi kepentingan sendiri..kawan2 pun sanggup di tinggalkan demi nak capai sesuatu hajat yang mungkin keterlaluan..kadang2 dengan kata2 jugak lah, ia mmapu merosakkan sesuatu perhubungan..^^ thnks mengingatkan..btw, nice entry.. :)

Nazihah@Jiha said... BALAS

Assalmualaikum akh.. :)

lama tak muncul? sihat? moganya sihat :)

Islam benar ummah bersuara mencari kebenaran!

aiEz said... BALAS

nur ayuni-macam dilakukan sebelum ni?heh..:P

*err,peringatan sama2 kita..

aremieroul-err,sama2 kita..terima kasih mieroul..:)

nazihah-waalaikumsalam nazihah,membawa diri utk seketika..sihat alhamdulillah,terima kasih ,^^..benar tu..tak dinafikan,kebenaran dalam mencari..:)

Awan Biru said... BALAS

Kebebasan itu menyebabkan kita mengambil mudah akan perasaan orang lain.

aiEz said... BALAS

awan-betul,kebebasan hingga lupa menjaga perasaan orang lain..^^

anismelon said... BALAS

hehehe..anis lg prefer sinidir dalam gurauan...huhu..nak ckp terus xterluah..so sindir jelah..agak agak xfaham jugak sekeh je kepala toh..weee..

aiEz said... BALAS

anis-ouch!hehe..ada caranya anis...^^

fyna said... BALAS

setuju.
masing-masing ada hak kan.
:)

kocix! said... BALAS

cakap jangan nak sedaap je kan.kdg2 kte kne control.jangan penting dri sndri..

setuju dgn anda.

Cahaya Hidup said... BALAS

betuulll....!!! sebelum nk menyuarakan sesuatu,fikir dahulu.sbb terlajak perahu boleh jugak undur2,terlajak kata....??? pndai2 ler smbung sndri.jgn nk sedap lidah sndri je....perlu fikirkan perasaan org sekeliling. peace to en senget~~~~ :)

aiEz said... BALAS

fyna-yups,masing2 punya hak dalam meluahkan sesuatu,tp ada juga batasnya..:)

fafa-betul,tapi jarang fikirkan perasaan orang lain..:)

cahaya hidup-erk,sape senget?heh..betul tu,fikirkan baik buruk dalam apa yg disuarakan..:)

[p@kcikLie] : [ mamaDiana] said... BALAS

hak dalam bentuk beri dan terima itu adalah tanggungjawab sebagai manusia biasa...tp ada yg pandai memberi saja dan tak pandai menerima..susahlah jadinya..

nawal addina said... BALAS

masing2 ada hak bersuara tapi biar laa kena dngan cara :)

aiEz said... BALAS

pakciklie@mamadiana-err,hehe...:)

nawal-betul tu..kena pd caranya..:)

Nur Ayuni said... BALAS

pernah berlaku kan? so, mujarab la conclusion tu.haha

aiEz said... BALAS

ayuni-erk..hehe..:)

puteraduyong said... BALAS

boleh bersuara...dengan penuh hikmah...

aiEz said... BALAS

puteraduyong-setuju,itu yang sebaiknya...:)

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates