June 08, 2011

Segalanya Dalam Kenangan...




Sebuah kisah lama yang sekadar terkenang dari ingatan buat perkongsian dalam sebuah kamar bicara tanpa suara.Blog yang hanya sekadar penulisan yang tak seberapa,perkongsian perjalanan dari sebuah kehidupan dan kisah dari rakan sekalian.


Setiap dari kita takkan ada manusia yang sihat tubuh badannya selama ia bernyawa.Mesti ada sakit dan pening,yang paling tidak singgah ditubuh badan.Saat kita sakit dan pening,badan lemah tak terdaya dan segalanya diuji pada diri.Kesabaran dalam menghadapi segala kesulitan walau sakitnya tidaklah seberapa yang ditanggung.Pasti ada yang mengeluh seakan tak merelakan diri dengan apa dugaan yang diterima.


Dan ini adalah sebuah kisah seorang sahabat yang dulunya rakan sepermainan tika kecil bersama.Orangnya tidak lokek dengan senyuman,tak pernah sekali melihat dirinya cuba berbalah atau meninggi diri dengan sesiapa.Ramai yang ingin untuk berteman kerana selesa dengan dirinya,kerana sifat ramah yang ada padanya.Terpancar sinar keikhlasan dalam diri kerana begitu menghargai sebuah ikatan yang bernama persahabatan.Begitu hebat dirimu wahai teman.


Tapi persahabatan dan perkenalan kita tidak lama.Allah lebih menyayangi diri mu wahai teman,dari kami sahabat yang ada.Dirimu pergi meninggalkan kami semua rakan dan taulan sekalian.Walaupun tahu dirimu sakit menderita kerana penyakit yang ada,tapi masih mampu untuk tetap tersenyum menanggung kesakitan melihat kami.Tidak suka melihat teman yang ada hati bersedih,walaupun diri batinnya merintih.Begitu hebat dirimu menanggung dugaan yang ada,sabar dan tabah hadapi segala walau ku tahu dirimu derita.


Kini,segalanya dalam ingatan..Pusaramu kini jadi kunjungan,moga dirimu damai hendaknya disana..

10 comments:

Anonymous said... BALAS

Awan pun ada kawan yang lebih kurang macam begitu. Tahu-tahu saja sudah meninggal dunia.

Tidak ada balasan lain bagi mereka yang bersabar kecuali rahmat daripada Allah.

aiEz said... BALAS

Awan-tak tersangka dan duga pun,dia pergi macam tu jer..entri ni sekadar kenangan tentang seorang sahabat tu..

ayuni said... BALAS

alfatihah buat sahabat aiez. tabah betul arwah dalam mengharungi sisa2 hidup dengan memberi kegembiraan dalam hidup sahabatnya. sesungguhnya tiada apa yang lebih diinginkan kecuali doa daripada sahabat yg masih bernafas.

aiEz said... BALAS

ayuni-betul,begitu tabah sahabat dulu..semua dlm kenangan yg tinggal..sama2 doakan sbhbt..

Mss Ieza said... BALAS

takziah..smoge d tmpt bsme mrke yg b'iman :)

aiEz said... BALAS

mss ieza-aminn..insyaAllah ieza..

Datin Tyka said... BALAS

al-fatihah untuk arwah.. dia sakit ape??

aiEz said... BALAS

tyka-terima kasih..arwah sakit tibi,merebak ke dlm otak..sama2 sedekahkan al-fatihah..

Anonymous said... BALAS

. . . . . . al-fatihah untuk nya :)

aiEz said... BALAS

jali@terima kasih kwn..:')

Free Blog Theme and Templates