June 27, 2011

Hari Ini...



Sekarang ni dah jadi macam satu trend pula bagi semua stesen tv nak adakan program realiti.Semuanya tumbuh bak cendawan selepas hujan.Ada yang mengetengahkan program yang berbentuk mencungkil bakat terpendam yang selama ini tersimpan.Baik dari segi nyanyian dan dan sebagainya.Tak cukup dengan itu,ada pula program bagi usia emas menunjukkan bakat yang terpendam.Terlalu banyak untuk dikira sebenarnya program realiti yang berbentuk hiburan semua ini.Tapi bagi program yang berbentuk keagamaan pula?boleh dikira cuma seberapa sahaja.

Hiburan yang semata-mata dunia.Ada yang berpesta berpegangan tangan tanpa ada rasa segan silu antara lelaki dan perempuan.Menari dan berpacaran seiringan senada dengan alunan muzik yang dimainkan.Penonton bertepuk tangan dan sorakan tanda memberi sokongan dan kekuatan.Hiburan yang tanpa batasan,bila dunia yang selalu diagungkan.Kemasyuran jadi keutamaan,dunia jadi pilihan dan hiburan jadi pegangan.

Itulah realiti hari ini,rancangan yang berbentuk hiburan semestinya menjadi pilihan yang pertama.Keseronokkan dan hiburan itu mesti ada.Lumrah,sebagai manusia biasa aku pun kadang-kadang inginkan hiburan juga.Tapi perlu ada batasannya,usah terlalu mengejar dunia semata.Sekadar berpesan-pesan sesama kita kerana aku juga tidak juga sempurna sifatnya.

Selama mana hidup kita?adakah hidup untuk selamanya?sedangkan kematian itu bila masa sahaja.Sudahkah kita bersedia,bila saat itu menjelang tiba.Saat diri masih lagi alpa dengan berhibur disini sana....

25 comments:

aremieroul said... BALAS

hurm..betul3...kita ni manusi selalu lalai dengan apa yang ad..baru diuji sedikit, kita dah alpa..hu3..manusia khir zaman..hurm..~

Nurul Hidayah Rosli said... BALAS

teringin nak join group street dance pastu nak masuk compete kat showdown 8tv. (berangan) Hahahaha!

aiEz said... BALAS

aremiroul-hiburan dimana2...

dayah-erk,sudah..jangan dibuat...:p

Faez Rusni said... BALAS

melalaikan dan membazai je semua iru

aiEz said... BALAS

paeh-yup stuju,membazir pun ye jugak,undi2 semua bagai...

Nazihah@Jiha said... BALAS

Salam alaik :)

hiburan semata-mata,tiada yg kekal didunia ini,melainkan amal jariah,manusia perlu bezakan yg mana baik mana buruk,ada akal,jadi fikirlah :)

aiEz said... BALAS

nazihah-betul,tiada yg kekal melainkan amal jariah semata..setuju sangat...:)

AesyaZealous said... BALAS

mmg byk rncgn realiti yg melalaikan..yg tak realiti lagi lah berlambak2..

aiEz said... BALAS

aesya-yup,err yg tak realitinya lakonan yg menampakkan realitinya...:)

nawal addina said... BALAS

hiburan tu melalaikan :)

tapi kita tak sedar tu , tak pon kita sedar tapi bnd tu terlalu asyik ! :)

aiEz said... BALAS

nawal-yup..secara tak sedar melalaikan apa yg sepatutnya...:)

Cahaya Hidup said... BALAS

pada ain, tak salah kalau nak layan hiburan yang melambak2 tu... asal jgn lepas time solat sudah . dan juga bersederhana dalam berhibur tu.jgn lupa batas2 sbg seorng islam.

aiEz said... BALAS

cahaya-betul,hiburan tak salah cuma jangan berlebihan,bersederhana..

anismelon said... BALAS

buang duit sume nie..melalaikan..huuu..nasib anis bukan si fanatik rancangan hiburan mahupon tv kan..weee..

aiEz said... BALAS

anis-yup,kena undi2 lagi..membazir pun satu hal juga...

josrevalution said... BALAS

bengong memikir pasal nie bro..hehe..pape pun jaga lah diri sendiri yer..sebb tida yg dpat mengubah kita melainkan diri sendiri....cara buat 3 colum pada footer template blog

NURUL AINI NORAZMAN said... BALAS

jgn buat perkara yg laghaaaa,.=)

Nur Ayuni said... BALAS

dalam hidup. kita perlu keseimbangan. yang pasti, perkara yng mengundang maksiat wajib dielak. hiburan pun macam2 jenis. pilih yg terbaik.

aiEz said... BALAS

jos-err,hehe..kita pilih jalan yg kita pilih..pilihan ditangan kita,yg terbaik dalam hidup...^^

nurul ain-yup,perkara yg sia2...^^

ayu-benar yg melalaikan dijauhkan,berhibur secara sederhana..jgn yg melalaikan...^^

Addin said... BALAS

peringatan yang baik ! :) thanks .

manusia tak fikir dengan jauh .

aiEz said... BALAS

addin-sama2..peringatan kita sama2 addin..^^

pCL n mmD said... BALAS

terdetik jg dalam hati..mengapa ini terjadi dlm masyarakat kita...adakah ini suatu persaingan atau budaya yang membanggakan khususnya bagi bagsa kita.

aiEz said... BALAS

pCl n mmD-persaingan menaikkan rating tv,cara mudah utk dapat jumlah penonton yg ramai dgn ada rancangan berbentuk hiburan...

[sutera kasih] said... BALAS

lepas ni program ustazah pilihan lagi..kita tggu & lihat hehe

aiEz said... BALAS

[sutera kasih]-yup,secara halus..sama2 tgk nt

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates