February 10, 2013

Soseh-Soseh Lagi...




Assalamulaikum,





lama betul tak menulis belog,rasa macam lain macam jer bila cuba nak ketak-ketik papan kekunci ni,
bila ayat entri nak panjang jer,tekan balik backspace,padam mana yang rasa tak kena,heh..sampai bila pun entri tak siap-siap...
okehlah,agak-agak ada ker yang rindu dengan penulisan belog ni?wuu perasan sekejap,heh...


apa khabar kalian semua?moga keadaan sihat hendaknya,nak menulis tapi batasan waktu dan kesuntukkan kerja menyebabkan belog ni terus menyepi dan berabuk..
minggu ni macam-macam trending dekat twitter dan facebook.
salah satunya tentang pemergian adik adam yang telah menghembuskan nafas pada 07-02-13 lalu...
kasihan dengan adik adam,pertama kali tau tentang adik adam ni masa ibu bapanya dijemput dekat Malaysia Hari Ini (MHI) tv3..
Allah memang sangat sedih tengok adik adam kita masa tu,gua yang jiwa kental ni pun tak sedar airmata jantan tu keluar tengok keadaan adik adam..
lepas tu masa aritu dapat tau adik adam meninggal,serius sangat2 terasa kehilangan walaupun tak pernah berjumpa secara depan,
tapi adik adam terasa sangat dekat dihati kita semua.Pada keluarga adik adam,salam takziah diucapkan dan pada sahabat kalian semua,
kita sedekahkan al-fatihah untuk adik adam kita,syurga itu telah pasti disana buat adik adam...

dan yang lain tentang salah satu drama yang hangat diperkatakan dekat stesen tv kita ni,
orang kata best giler ceritanya..betul ke?entahlah serius aku tak tengok langsung ceritanya..
jadi tak tahu sangat,so apa yang dibaca dekat media sosial ada yang kata tersangatlah romantik endingnya..
wuu,terasa macam nak tengok tapi macam tak jugak sebab malas nak tengok cerita dari mula ni,nak kena marathon pulak ceritanya sebab nak tau best ke tak..
memang idak ler nak tengok..




dalam keseronokan kita layan cerita tu,adalah juga terbaca dalam satu forum printscreen dari status facebook dari penonton cerita tu..
masa mula baca status tu,terkedu rasanya.begitu hebat sekali pengaruh tv pada penonton,
manakan tidak bila terlalu taksub dan terikut jalan cerita sampai tak tau tentang pahala dan dosa.

okeh kita bercerita tentang masalah yang jadi sekarang,
dengan masalah sosial dikalangan remaja kita,kisah keterlanjuran remaja kita hari ni seakan dah terlalu biasa kita dengar.
itu adalah satu perkara yang mengerikan,dan jelas menunjukkan betapa runtuhnya akhlak kita hari ini.betapa iman kita hari ini seperti senipis kulit bawang.aku pun berpesan juga pada diri,sebab aku pun manusia yg khilaf juga,
cuma sekadar buat renungan kita bersama...benda ni disekeliling kita,pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan batasan yang tak terjaga lagi...
semua jadi macam perkara biasa,ye mungkin kata aku kolot takkan itu tak boleh kot?
boleh,tapi harus diingat ada batas antara kedua jantina.Dan paling penting yakni maruah.

ya,maruah..lagi2 kaum wanita banyak yang perlu diperlihara dan diperhati tanpa kita sedar.
ambil masa dan merenung kembali,batasan antara lelaki dan perempuan kita hari ini.
ada tak kita jaga benda tu semua?masalah kita hari ini terlalu bebas dalam sesuatu hal.
bukan tak boleh tapi kadang perlu dipantau untuk elakkan dari terjadi benda yang tak elok.mencegah itu lebih baik bukan?aku pun berpesan pada diri,
bukan sekadar menulis tanpa perhati diri sendiri.kita perbaiki mana khilaf kita hari ini..betapa benda ni penting sebenarnya..
kita adalah pelapis hari esok dan anak2 kita bakal jadi pewaris dimasa hadapan..
jika apa yang kita tanam hari ini dalam diri kita benda yang tak baik,
macam mana nanti dengan anak-anak kita?sama-sama kita renungkan.kita terlalu jauh,
usia kita semakin bertambah tapi masa hayat kita semakin berkurang.

*selama mana kita ingin terus leka dengan pentas lakonan dunia,
sedangkan kita sendiri terlupa kita adalah pelakon sebenar dia alam yang singgahan cuma.?

12 comments:

fifie said... BALAS

Tak tahu lah apa yang budak tu fikir waktu dia tulis status tu

cimöt said... BALAS

sebab tu laaa aq tak bape nak layan tv..sebab cerita masa kini melampau-lampau..so, takde ruginya aq xtengok tv..nak isu semasa google je..

beb, lme giler ko mendiamkn diri..

MalizaMah said... BALAS

budak tu menulis tanpa tahu akibat.
kebebasan menulis sgt tu.

aiEz said... BALAS

@cimot err,yup sibuk dengan kerja,ni ada masa cuti baru update belog..2bulan menyepi,huhu..=.='

ReramaBiru said... BALAS

wah dah lama tak singgah sini..susah jugak tengok tue tak salah tapi janganla sampai terlalu taksub dengan apa yang kita tengok :)

Unknown said... BALAS

firstly,

uihhh awat lama menyepi?? ni mesti kes xsyg blog hehe

adik adam tu insan bertua. syurga tempatnya. kita nih blm tentu lg..jom tempah tempat :)

Unknown said... BALAS

oh i means bertuah ngeee

aiEz said... BALAS

@zila,hehe syg sgt2 belog ni..cuma sibuk dgn kerja tu yg belog jd tertengguh...yup dia sgt bertuah,sama2 kita doakan dan usaha utk sama dengan arwah..

amna said... BALAS

*takziah buat family adik adam.
sama la, dapat tau pun dr MHI TV3 tahun lepas..

LiLy @ MaMaQiStInA said... BALAS

Salam Ayie..wah lamanye menyepi..
Welcome Back..^^

Al-fatihah & Takziah buat keluarga adik Adam...

Ish² sampai macam tu sekali pengaruh drama tu kat dia..taksub sangat..

PCL said... BALAS

Assalamualaikum aiez, terima kasih sbb ingat lg dgn blog pcl nih..., setia support sesama blogger.

aiEz said... BALAS

Waalaikumsalam kak,terima kasih kak..menyepi sebab bz kak,hehe...

waalaikumsalam juga PCL,ingat pCl kita sama2 support satu sama lain..:)

Free Blog Theme and Templates