September 12, 2011

Bukit Kepong Dan Hari Ini..




Assalamualaikum,

Bukit kepong,cerita yang hangat untuk beberapa minggu ni dan sampai ke hari ini.Gara-gara kata dari apa yang pernah dilontarkan oleh seseorang tentang apa yang terjadi pada waktu itu.Mungkin itu luahan peribadi dan pandangan dalam diri,tapi harus diingatkan kerana mulut bicara binasa jadinya.Bagi yang merasa apa yang berlaku pada waktu tu,semestinya terasa dengan apa yang dikata.

Baru tadi dikaca telesvisyen ada menayangkan semula filem Bukit Kepong.Jalan cerita yang direalisasikan dengan peristiwa yang pernah berlaku.Mesti pernah tengok kan cerita tu,berkali-kali diulang tayang pun tak rasa bosan.Sedih bila tengok jalan cerita yang disampaikan dalam cerita tu.Itu baru cerita yang sekadar lakonan,pun kita dah boleh bayangkan apa yang dirasa pada mangsa yang terlibat masa tu.Bagi waris yang masih hidup,segala yang terjadi masih segar dalam ingatan.

Semua itu adalah sejarah.Dan peristiwa Bukit Kepong bukan sekadar cerita tapi satu pengalaman derita dan semangat yang satu untuk memperjuangkan martabat negara.Betapa sukarnya kita nak jadi satu negara yang merdeka,dan betapa sungguhnya perjuangkan maruah negara.Sepatutnya hari ini,kita belajar dari sejarah dan jangan sekali sejarah itu diubah.Bukan menyebelah mana-mana pihak,cuma fahami dan hayati betapa sukarnya untuk kecapi kemerdekaan tu dulu.Jangan kerana menginginkan sesuatu dalam kehidupan,segala nikmat kemerdekaan itu digadaikan.

Kemerdekaan kita sudah lama,dan hargailah apa yang ada.Aku generasi hari ini yang mahukan perpaduan dan keamanan,bukan mahukan kekacauan yang boleh merosakkan.

Sekadar entri luahan...

15 comments:

a said... BALAS

ramai yg tau sambut aje tp xtau hargai erti kemerdekaan tu...

amna said... BALAS

humm, x nak komen apa.. cuma nak cakap hari tu ada lalu bukit kepong.. huhu

Unknown said... BALAS

one of best movie all time ;D

Unknown said... BALAS

berat mata menonton berat lagi bahu waris yg memikul :(

Miss Lady Iena Nazir said... BALAS

kalau nak tau cerita sbenar bukit kepong,kena la p zaman 2 bali. ye dak?

hehehe.

Umie Nadhirah said... BALAS

aku terperasan, kau suka betol snap gambar2 pokok :)

Namee Roslan said... BALAS

ayie, saya tak pernah nuntun lagi movie ni then tak berapa nk ingat sejarahnya. tp yg hangat skang ni pasal mat sabu..hehe..nnti nk baca lah pasal bkt kepong ni. txs ayie :)

ayuni said... BALAS

kemerdekaan negara amat sukar dikecapi. semoga rakyat merdekakan minda juga.

alfatihah buat pejuang negara.

aiEz said... BALAS

mya-yup,sekadar merdeka pd laungan jer..:)

amna-err,tu amna komen jugak,heh..;)

saizazuan-yup,betul tu..xkn jemu tgk...:)

paris-yup2,brtul tu..err,pepatah baru?;)

miss lady-err,dpt hayati jer la...klu nk ke zaman tu balik xde dlm fmily plan lg masa tu,heh...;)

umie-err,dan awk jugak..heh..;)

namee-xpe namee,kiter blaja balik pd sejarah...ada bukunya juga,yg kes tu pn satu hal juga,mcm2.sama2 namee..;)

ayu-yup,btul tu..tu pn kna merdeka juga,bkn skdar pemahaman kiter yg mrdeka ni bebas dr pnjajah...:)

aque said... BALAS

fara pun tengok cerita tu...

mmg masuk dalam jiwa... love malaysia.. always n forever....

BeloG MTT said... BALAS

Ramai yang mengaku anak merdeka tapi hanya pada mulut.. Fakta sejarah tak perlu dan tak usah lah di ubah ubah,sesetengah pihak buatkan rakyat keliru.. =..="

Abu Huzaifah said... BALAS

movie pengorbanan smpai ke titisan darah terakhir menentang komunis... komunis bangang bukan hero hehe

adan said... BALAS

salam.. sy still ingin mengetahui sejarah sebenar malaysia.. saya pernah baca pejuang yg menentang penjajahan british dikatakan penderhaka.. sori maybe lari dari tajuk entri.. ehehe..

aiEz said... BALAS

fara-yup,betul tu..bangga jadi anak malaysia..^^

belog mtt-yup,betul tu..patut hayati makna sejarah tu sendiri dan bukan cuba kelirukan generasi yg ada skrg...:)

abu-yup,respek movie tu..baru movie kalau dorg yg dulu yg rasa lg la..err,hero tu fakta songsang,heh...

adan-wasalam adan,err tak apa..kita sama2 belajar,cari fakta dlm sejarah..info tu kita sma2 cari,tq jgk bgtau yg adan pernah baca tu..:)

Faaein Talip Roy said... BALAS

fahami sejarah baru boleh cerita tentang sejarahkan.. dulu masa kelas sejarah.. selalu je rasa ngantuk.. hehe

Free Blog Theme and Templates