Assalamualaikum...
Ini bukan isu politik untuk dibicarakan.Tapi masih banyak lagi hal yang agak besar untuk dibincangkan dari isu yang agak remeh temeh untuk diperbesarkan.Ini bukan isu menyebelah mana-mana pihak tapi sekadar pemerhatian,yang mana politik itu kadang agak menjengkelkan.
Teknologi dihujung jari,apa sahaja yang ingin disuarakan pasti akan tersebar dengan pantas dan meluas.Bukan sahaja dalam negeri tapi satu dunia dapat melihat dan ketahui apa yang kita sampaikan.Dan salah satu medium yang sedang berkembang sekarang adalah facebook.Ya,kebanyakkan kita hari ini masing-masing ada akaun facebook kan?baik akaun peribadi mahupun akaun untuk stalk orang lain.Tapi sedarkah kita di facebook juga ada kumpulan yang mengumpulkan golongan yang tak percayakan Tuhan?Mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak.Kumpulan ini mengumpulkan golongan atheis dari Malaysia dan Singapura.Agak mengejutkan bukan?tapi tulah realiti.
Sebenarnya isu ini sudah lama,kalau tak manakan mungkin ada mufti sendiri menyampaikan kebimbangannya dalam isu sebegini dikalangan umat Islam hari ini.Bila kebebasan bersuara terlalu diagungkan inilah yang terjadi.Golongan sebegini menjadikan facebook sebagai salah satu medium dalam mencari ahli baru dan menyampaikan dakyah kepercayaan mereka.Hidup mereka ini,tidak percayakan Tuhan dan hanya berpaksikan pada fikiran akal dan logik dalam sesuatu keputusan.Kalau melihat pada yang menjadi ahli kumpulan ini bukanlah golongon yang cetek ilmunya,ada yang terdiri dari golongon bijak pandai.Tapi sayang,bila kepandaian itu hanyalah berdasarkan pada fikiran dan logik sains semata.
Kita harus sedar dan buka mata untuk golongan sebegini,berhati-hati dalam setiap perkara.Mereka sebegini diibaratkan seperti musuh dalam selimut,gunting dalam lipatan.Ia mungkin ada diantara kalian,memerhatikan setiap dari gerak geri apa yang kita lakukan.Ini adalah isu serius dan kita harus kembali bersatu dalam memerangi hal sebegini.Usahlah difikirkan warna bendera apa yang dipangkah,tapi fikirkan ini adalah untuk kesejahteraan ummah.Bersatu dalam hal sebegini,bukan apa risau bila melihat kita pada hari ini saling berpecah belah.Ada yang kata itu,dan ada yang kata ini.Agama yang sama,tapi saling bercanggahan pendapat antara satu sama lain.Bersatulah,selama mana kita mahu untuk terus tuding menuding?sedangkan ada lagi masalah yang lagi besar untuk dibincangkan.Fikirlah dan renungkan...
Bersatulah,pegang pada kalimah yang satu..
15 comments:
hu3..kalau iman di dada kuat, insyaALLAH islam tetap di hati..amin..~
rasanya grup tu aku tahu ...bukan tu aja ...kumpulan ajaran sesat pun bercambah ...nampak Islamik tetapi last2 kuar berita diserbu JAIS dll ... pengajaran agama yg betul pun perlu sbb kebelakangan ni banyak plak kuar isu hadis palsu ....cth kelebihan solat tarawih tu ... bingong jadinya ...entahlah ...
huhu betol...mintak dijaukan dengan sume ni..same2 kite cuba bimbing orang2 yg dh sesat ni
Assalamualaikum akh.
heboh juga berkenaan hal ni,ya setuju dgn akh..perkara begini umat islam perlu bersatu memerangi,tp biarlah tindakan itu betul..islam itu mudah..namun ada juga yang pertikaikannya sampai hal begini pun boleh terjadi..ya rabb
pegangan kita al-Quran dan sunnah Nabi..beginilah akh bila dunia ini dah semakin 'sempit' w/pun kita nampak dgn mata kasar semakin 'luas'..wallahualam.
~salam ramadhan akh,lailatul qadar insyaAllah.
Alhamdulillah, iman masih ad dihatiku.. insyallah, ap yg buruk akan dihindarkan :)
Yang penting iman kita.. kita kena kuat .. kalau nak baca page tu boleh tapi jangan lah terikut..
Tu semua kerja org yg cemburu dan tak yakin dengan kemulian agam islam..
BTW .. salam kenal yea... jom la ke blog saya...
Alhamdulillah. thanks share ilmu :) dalam pada kita berhibur atau mengecapi banyak hal dlm hidup ni, jangan lupa padaNya.. sentiasa ingat n yakin bahawa Dia sentiasa perhatikan kita..
yups
betul tu
masalah skrg umat islam berpuak2
tu la susah tu
macam2 hal terjadi
aku tahu sal group tu.. pernah usha gak..
bahaya sgt dah bila terlalu bebas..
aremieroul-insyaAllah,sama2 kita persiapkan diri dgn dugaan sebegini...:)
شافروني memang kecoh tntang group ni dkt fb,dan sgt mnyimpang..betul,sekarang byk yg seleweng,apa2 pun klu nak berilmu cari org yg sebenar2nya..
syasya-insyaAllah,minta dijauhkan..org mcm ni dah jauh sgt mnyimpangnya...
nazihah-waalaikumsalam ukhti,betul kita perlu bersatu dlm hal sebegini dan mmg benar Islam itu mudah cuma kita kdg menjadikannya sukar.benar,berpegang pd al-Quran sebagai panduan hidup insyaAllah selamat.dunia akhir zaman,beginilah jdnya...
salam ramadhan kembali nazihah,lailatul qadar dicari InsyaAlah...:)
sara zainol-insyaAllah,selagi iman masih didada,dan berpegang pd syariatnya..insyaAllah kita selamat..
halila-betul,iman kena kuat,dlm page ada bermcm makian dan cacian.moga dibukakan hati mereka selagi masih ada masa..salam kenal kembali..:)
amna-sama2 kita saling berkongsi apa yg tahu,yup kita semakin lalai dgn hiasan dunia yg sementara cuma..
hans-betul,setuju..hilang dalam sifat saling bersatu,tu yg jadinya pepecahan sebegini dan mudah bg musuh Islam menular menjalankan misinya.
adan-yup,mmg kecoh di fb,inilah yg terjadi bila kebebasan suara diagung2kan...
Salam Ayie...
Minta dijauhkan dari benda2 terkutuk itu.. :)
betol3 ... takut dgn realiti sekarang .. harap semua jaga iman jaga hati bg mengelakkan trpedaya dgn benda2 mcm ni .. ;)
wow ayie..powernya bahasa dan nampak awak seorang yg berilmu. sekarang ni Melayu pun boleh agama lain. padahal Melayu tentu sekali lah islam kan. dah banyak sangat corrupted...islam boleh berpecah tiga. InsyaAllah kita semua terpelihara ye. :)
good read. thanks ayie :)
sama2 la kita jaga iman kita...
tepuk dada tanya hati...pasti akan terjawap...kita kena la buat pilihn yg tepat kan..;-)
sis nad-wsalam nad,insyaAllah moga terpelihara hendaknya..:)
tomatokering-insyaAllah,sama2 kita perbaiki diri,jaga iman didalam hati..:)
namee-err,xde la namee,masih belajar lagi ni & masih byk yg kurang..=,=!..betul,jauh dah terpesong..insyaAllah namee,begitu hendaknya..:)
ila-betul,sama2 kita pelihara iman yg ada..:)
Post a Comment