July 11, 2012

Jangan Tanya Semalam Aku...









Assalamualaikum,



fuhh akhirnya ada juga masa untuk menulis di teratak hati yang dah lama menyepi ni..sedikit perasaan aneh bila lama tak ketak-ketik papan kekunci mengadap belog..bukan tak mahu menaip seperti dulu,tapi hanya memberi ruang dan waktu untuk diri sendiri,cehhh...

tajuk jangan tanya semalam aku,macam tajuk apa² jer,bajet macam cerita emosi dalam duka jer,heh..okehlah berbalik pada cerita..masing² kita ada kisah silam bukan,kisah silam yang pedih,sedih dan juga yang manis untuk dikenang..itulah kehidupan,yang penuh onak dan ranjau kehidupan..manusia mana yang hidupnya yang tak hadapi cabaran,mesti ada punya...tipu kalau kata tak ada.

namun dalam setiap sejarah kisah silam dan masa lampau,tak semuanya indah bagi setiap orang...dan bagi mereka yang peka hal macam tu,seharusnya jangan lah pulak sengal ubi nak dok tanya sejarah silam orang lain dalam²..adakalanya diam itu lebih baik,dan bukanlah segala hal patut dikongsikan..

ya mungkin akan ada yang kata,lebih baik aku tahu sekarang dari aku tahu kemudian..tapi fikirkan balik,berapa banyak pula yang dapat menerima kekurangan setelah tau dari kisah silam?ada yang tak dapat menerima lalu menolak mentah² apa yang ada didepan mata.lagi² dalam sebuah hubungan itu sendiri.sekiranya tau akan buruk baik kesan dari sejarah silam,adalah lebih baik dirahsiakan demi menjaga hubungan itu sendiri.bukan cuba sembunyi mahupun lari dari realiti,tapi yang berlalu biarkan ia pergi.

kita manusia,bukan semuanya sempurna.ada salah silapnya juga.sekiranya merasakan diri terlalu mulia,menganggap hina akan sejarah silam orang lain,kaji pula pada diri.sempurnakah diri sendiri bila saling menyakiti dan tak menjaga hati?tepuk dada berikan jawapan jujur pada diri.terima pada kekurangan dan kelemahan orang lain.belajar melupakan dan memaafkan akan segala kisah silam.sedangkan pasir ditepian pantai berubah dek terkena pukulan ombak pantai,inikan kita manusia.yang penting insaf akan kesilapan silam dan belajar perbaiki akan kekurangan.

*sedangkan Nabi ampunkan umatnya,Allah juga mengampunkan hambaNya yang benar2 insaf inikan kita hanya manusia biasa yang tak punya apa...

12 comments:

hafiz hafizol said... BALAS

betul tu.. same2 la baiki diri kita.. :)

Anum said... BALAS

setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya

LiLy @ MumMyQiStInA said... BALAS

Lama nye menyepi..^^

Tiada manusia yang sempurna..& kita sebagai hambanya memang tak terlepas dari melakukan kesilapan..

Alieza Dayasari said... BALAS

yer,, manusia ini tidak sempurna.
sbb tu leeza kadang2 tak nk pendam apa2 yg org buat kesilapan dgn kita cth, mcm tipu kita, tikam kita. just 4 get abt it. kalau simpan, diri sndiri merana.

Syazwan Che Deraman said... BALAS

goood bero.

biarkan kisah silam tu berlalu.

tapi sometimes, kita kena pandang sejarah silam, supaya kita tahu kedudukan kita sekarang ni ( mcam bawak kerata, kena jugak pandang cermin belakang dan side mirror., ambik pengajaran.

tapi yang mana perlu disembunyikan, amat perlulah berdiam diri dari luahkan.

Teenager Housemaid said... BALAS

:)
entry renungan yg bagus..:)

shiQin Az said... BALAS

setuju..bkn semua org bleh terima kekurangan diri kite..
teruskan blogging, suke bace entries awak..
kita da follow :D

aiEz said... BALAS

hafizol@yup,betul tu sama² kita...:')

sis anum@betul tu kak...

sislily@err,merajuk kot akak dr berbelog,tu yg sepi...hee,betul kak kita tak maksum,memang takkan lari dr melakukan silap...

liza@betul liza,kdg aie pulak jenis suka pendam..sakit jer rasa..

wan@betul wan,sesekali kena toleh juga kisah silam..err macam bwk kereta pndang belakang kena jugak tgk²,hehe..tak semua perkara boleh diluahkan hingga merosakkan hbngn tu sendiri..

TH@terima kasih..:')

shiQin@betul tu,inshaAllah terima kasih..

CintaKhadijah said... BALAS

lama ayie menyepi! ok. xde kena mengena dgn entry bukan? #lempang skali.# :P

cimöt said... BALAS

ye diam itu lebih baik..
tanya lebih buat gua bengang je...

Namee Roslan said... BALAS

kita tak boleh judge kisah silam org....atau judge org tu melalui kisah silam seseorang. setiap yg terjadi mesti ada hikmah dan pasti bg peringatan untuk seseorang.

Mya said... BALAS

yang silam itu tidak penting. yang penting hari ini. namun yang silam harus diteladani. kalau tidak, rugi diri :)

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates