March 27, 2012

Manusia Aneh...

sumber dari video youtube klik sini




Kelihatan orang ramai melihat kearah sesuatu.Mataku juga ingin melihat apa yang berlaku,namun atas batasan waktu,aku hanya melihat sekilas lalu.Dari jauh dapat dilihat seorang manusia berjalan seolah  berkaki empat.Ingin hati melihat dengan lebih dekat apakah benar apa yang dilihat,tapi apakah daya jaraknya tak rapat hanya dapat melihat susuk kelibat.

Dari dalam cermin kedai,mata memerhati dari jauh,bos bertanya apa yang dimenungkan hingga termenung jauh?tapi aku hanya mampu tersenyum,walau senyumanku taklah buat orang kagum.Susuk manusia yang berjalan dengan gaya berkaki empat itu cuba melintas jalan.Ada juga manusia yang berasa hairan,namun itulah kebesaran Tuhan menjadikan manusia berbagai untuk dijadikan renungan.

Sedih dan sayu melihat,rupanya dia dilahirkan cacat.Tangannya jadi seakan berlipat,menjadikannya berjalan seolah berkaki empat.Ada juga manusia yang baik hati,rasa simpati datang menghulurkan budi,melihat wang ringgit diberi dan juga sebungkus roti untuk dialas perut nanti.Terasa diri hina rasanya,adakah diri syukur nikmatnya?.Dilahirkan cukup anggota,tapi masih disalah guna.Hanya terkedu dalam hati,rasa insaf mulai kuasai diri.Melihat apa yang telah terjadi,agar menjaga nikmat yang telah diberi.

Betapa berbagainya manusia,yang dijadikan oleh Maha Pencipta.Bukan sekadar renungan sahaja,tapi melihat dan insaf akannya.Betapa gigih insan itu,moga dirimu dilindungi selalu.Walau dilahirkan begitu,tabahlah hadapi hari-harimu....

*Cerita ni dah lama terjadi,sekadar untuk dikongsi.Pernah lihat sendiri depan mata...





24 comments:

anamizu kaito said... BALAS

semua kehendak ALLAH.. kun fayakun.. cik ana ade kenal srg blogger OKU, tp die tabah gile..kite yg knonnye smpurna fizikal ni pon x setabah die..






luv,
cik ana

hafiz hafizol said... BALAS

Bersyukurlah kita dilahirkan sempurna ^^

yad'z said... BALAS

syukurlah dilahirkan sempurna..

syakey said... BALAS

terima kasih Ya Allah atas nikmat kesempurnaan yang Kau berikan.

Awan Biru said... BALAS

Dugaan. Semoga hatinya tabah. Ada juga orang yang sempurna kejadiannya tetapi sayang, hatinya cacat.

Cikgu Ma said... BALAS

akak memang tak boleh tengok org istimewa...otomatik nak menangis

cimöt said... BALAS

semua Allah dh aturkan..

Ad-Dien said... BALAS

Maha Suci Allah yang menciptakan manusia dan makhluk yang pelbagai

Penjelasan Status Zikir Taubat الهي لست للفردوس أهلا

EZAN IDMA said... BALAS

bersyukur dgn apa yg dimiliki. simpati ats dia

Rtp Farra Arisha said... BALAS

ya kita sebagai manusia semestinya ada rasa kasihan dan simpati dan tidak salah jika menolongnya biar dengan cara apapun. yang jelas, jika kita berbuat baik sesama manusia, otomatis kita juga akan mendapat pembalasan yang baik samada pada besok hari ataupun hari2 yang seterusnya. :)

Teenager Housemaid said... BALAS

T_T
terima kasih atas perkongsian ini..
membuka mina..:')

yad'z said... BALAS

eh, komen sama dengan pejol.. hahahaha

El-Janna said... BALAS

tula.. kita kna bersyukur kan

BungaTulip said... BALAS

Bersyukur dengan segala apa yang dikurniakan..

Fatin Mraz said... BALAS

setiap yg dijadikan tidak sia-sia..
perlu dilihat dah diambil pengajaran darinya~

CintaKhadijah said... BALAS

bersyukurlah even sebesar zarah nikmat yg telah diberikan. ^^,

Arham Md Ali said... BALAS

Sedihkan? Kalau masuk hospital ni lagila, ramai yang cacat sebenarnye.
Bukan stakat fizikal, tapi mental dan perkembangan badan. Dan kadang-kadang diorang ni ada semangat yang serius sangat kuat.

xila riston said... BALAS

ade kenal jgk sorg blogger oku...tak sanggup baca entry dia...syahdu...

syafiqakarim said... BALAS

yang di atas xselamnya atas.
jadi,kena bersykur tiap apa di beri.
mpga insan2 intimewa ni tabah.

rozeeta rashid said... BALAS

sedihnya tengok. =(

kita yang dilahirkan sempurna ni kadang2 tak bersyukur.

amny said... BALAS

setiap kejadian diciptakan Allah , ade hikmahnya :) bersyukur dilahirkan sempurna ^^

adwafarahin said... BALAS

syukur dilahirkan sempurna...mungkin mereka x sempurna dimata manusia tp sempurna dijadikan Allah :)

Zul Fattah said... BALAS

setiap manusia diuji dgan ujian yg pelbagai.. namun kita perlulah bersyukur dgan apa yg kita ada yie..

kadang2 kita di atas, dan kadang2 kita dibwah..

Namee Roslan said... BALAS

kesedaran untuk kita. em, kdang2 befikir jugak sorang2..

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates