April 04, 2012

Kejamnya!!!






Assalamualaikum,



Balik petang kerja terus buka muka buku,bagus jangan diamalkan ye.Selesaikan mana yang patut dan bukan muka buku yang diutamakan.Tengok notification penuh dengan tag dan juga jemputan,terasa bagai orang besar gitu,hehe.Berbalik pada cerita,sekali terpandang status dari rakan muka buku gambar bayi atau janin yang baru lahir dibakar macam ayam yang dibuat bbq.Tersentak rasa hati,betapa kejamnya manusia hari ini.

Sedihnya rasa hati,melihat bayi yang baru lahir diperlakukan sebegitu.Dimana hilangnya nilai kasih dan juga perasaan sayang pada diri?kenapa sampai sanggup diperlakukan sebegitu sekali.Kalau sebelum ni pandai nak berkasih sayang dengan dengan pakwe mahupun makwe,kenapa tak ada rasa kasih pada bayi yang baru lahir tu?sudah hilangkah kewarasan dalam diri sampai macam tu sekali dibuat pada bayi yang baru nak kenal dunia.

Kalau sebelum ni tak berfikir panjang sampai melakukan hubungan terlarang dan melakukan satu dosa zina janganlah pula dibunuh bayi yang tak berdosa tu pulak.Orang lain punyalah nak anak sampai berusaha bagai untuk punya zuriat,tapi ada juga manusia yang Allah dan berikan anugerah diperlakukan macam tu sekali.Kalau betul pun tak suka janganlah dibuat macam sampah yang tak guna.Gunakan medium yang ada,dengan beri pada rumah kebajikan ke.Ni sampai nak diperlakukan macam tu sekali terasa anda adalah manusia yang lebih teruk dari binatang tu sendiri yang lebih kasihkan anaknya sendiri.

Bertaubatlah selagi masih ada masa,jangan nak fikir seronok dan nikmat semata-mata.Masa suka seronok tak ingat dunia,bila dah terlanjur menyesal tak berguna.Moga Allah ampunkan dosa kalian yang melakukan perbuatan sedemikian...

*sedih

18 comments:

Syazwan Che Deraman said... BALAS

Ya Allah, terkejut tengok gambar tu.
hmmmm

adan said... BALAS

td tgk gak gambar ni kat fb.. 1st tercari-cari gak apa tg pelik kat gambar tu.. last2.. masyaALLAH.. sedih tgk..

Faaein Talip Roy said... BALAS

Ya Allah..

Moga Allah membalas kekejaman manusia yang melakukan ini..

sedih juga.. =(

kejamnya manusia itu!

mohon dijauhkan dari sifat2 begini..

Anum said... BALAS

ya allah...

Awan Biru said... BALAS

Mereka memang khijam. Macam nak sula je mereka tu. Erkkk... Ya Allah, jauhkanlah kami daripada perbuatan zina yang akan merosakkan diri kami sendiri. Amin...

ainun m said... BALAS

teruknya manusia zaman sekarang

Atiqah Wadiah said... BALAS

astaghfirullah~ada jgk manusia yg mcm ni? -.-'

Rara said... BALAS

sekali pandang memang ngeri , pandang sekali lagi tak rasa pelik ke sebab banyak janin dekat ditu .

xila riston said... BALAS

zalim nih....! xyah lah sampai mcm tu skali...sobssss
jahattttttttt!

Terbang Bersamaku said... BALAS

melamapu sungguh dna sangat kejam..Ada ke patut anak sendiri di bunuh & di bakar? bayi tue tak berdosa, mak ayah dia yg berzina tue yg berdosa..:(

Cikgu Ma said... BALAS

baru tengok kt fb tadi...baik jadi binatang jerr manusia macam ni..

Teenager Housemaid said... BALAS

Astaghfirullah..itu baby baru lahir ke?
kejamnya manusia.. T_T

aiEz said... BALAS

@Teenager Housemaidyup,baby yg baru lahir...kesian sgt tgk buat baby macam tu..:'(

Fatin Mraz said... BALAS

kondisi jahiliyah masih ada di era ini, bahkan lebih teruk lagi...

Azham Vosovic said... BALAS

kejam...sumpah kejam!

Namee Roslan said... BALAS

ayie, mana dapat gambar tu ?? sedihnya ! :(

aiEz said... BALAS

@Namee Roslan-ayie dapat dr kawan,dier share kat fb...sedih kan namee ada manusia tergamak buat macam ni...:'(

EmpayarUtama said... BALAS

Tak terkata...

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates