April 23, 2012

Makan,Nasi Ayam Dan Awek...







Keluh kesah rasa sedikit gelisah,bukan sebab tahan sakit perut nak membuang tapi terasa lapar yang teramat.Bajet nak diet lah sangat,sanggup skip makan pagi.Bila dah masuk waktu petang,ibarat irama keroncong bercampur zapin mengikut rentak tari.Agak bahaya cara diet macam ni,boleh merosakkan sistem penghadaman nanti.

Jam dinding menunjukkan pukul 5 petang,perut pula makin bergendang.mahu makan atau tak?segalanya bermain diotak.Lebih baik telefon kawan,jangan nak teruskan kalau buat binasa badan.

Nombor didail satu persatu,diikuti alunan irama menunggu...

“beb,jom lepak sama nak?
aku belanja ko makan nanti…”

“ko apa mimpi belanja aku?
kalau nak rasuah taknak ler aku...”

“la aku nak belanja je makan luar doh,
dari pagi aku tak makan apa²…”

“okeh² cun,nak makan kat mana?
tempat biasa ke?...”

“tak,kali ni makan kat tempat lain,
tapi cam biasa la,
tapi ko amik aku k?...”

“la,yela² ko kan bos..
tunggu ak datang nanti...”

“hehe,tau pun..
okeh thanks beb...

…………………………………………………………………………….





“ko nak makan apa beb?
tengok sini makan memang best..
tu yang ramai orang...”

“aku nak makan makanan yang bergoreng,lepas tu
tapau sekali k?...”

“amboih,
mentang aku belanja..
ko guna² aku..huhu…”

“agak² der,
guna² dah jadi lain tu...
ko pulak nak makan apa?”

“hahaha,aku gurau je..
tapau jela tak kesah...
aku nak makan nasi goreng kampung tapi asalnya aku nak makan nasi ayam tu”

“hehe,ni aku suka kawan dengan ko ni...
tapi kenapa ye ko taknak makan nasi ayam?”

“bodek je la ko ni....
nanti aku bagitau k”

…………………………………………………………………………….





waktu makan masing² diam jer,yelah tengah layan selera depan mata.Mata meliar sedikit melihat awek² yang lalu lalang.Kalau dah namanya lelaki,mestilah awek yang dipandang.Baik bujang mahupun laki orang,ada sedikit sifat pak belang.Ada yang berjalan bergaya persis model tapi ada sedikit gedik² disitu.Ada yang datang seorang jer,menunggu boifen barangkali agaknya.Ada yang sedang bermanja dan bermesra ditempat terbuka,tanpa peduli mata yang melihatnya.Bila dijeling diangkat kening,yang melihat pun dah naik pening...


“ko nak tapau tadi kan?
dah order belum?...”

“belum lagi,
aku nak tapau nasi ayam tu...
tapi aku tengok ayam tu terdedah,ada lalat doh...”

“aah kan,tu la aku tak jadi tadi,
so tak jadi la ni?...”

“tak jadi la..
takkan ak nak makan benda terdedah…
geli siot…”

“hahaha,ko cakap agak la sikit..
dengar tuan kedai nanti..
ko nak tau lalat tu la resepi rahsia..hahaha…”

“euww banyak lah ko..
weyh aku tak makan la benda macam tu…”

“yela² ak gurau je..
so tak jadi la tapau ni?...”

“aah la lain kali je la weh..”

“selamat duit aku,hehe..
lain kali tak ada la dah…”

“kedekut...”

“aku gurau je la,hehe..”
“lain kali k…”

“orait,jom la balik....”






…………………………………………………………………………….


Dalam kereta,


“ko kalau makanan terdedah ko makan tak?
rezeki tu je ko ada..”

“tak,kotor weh..
tapi darurat aku makan jugaklah,tapi sebaiknya aku elakkan…”

“okeh²,kalau awek pkai terdedah pulak ko tengok tak?...”

“tengoklah weh tu rezeki tu...”

“hahaha,sengal...”


TAMAT,
kisah sengal dua sahabat…
..........

kredit gambar dari 500px.com

*jalan cerita sedikit diubah dari dialog asal perbualan...

25 comments:

CikMai said... BALAS

huhu maksud tersirat ni..bagus2

qina said... BALAS

Haha, nice entry!!
Biasanya mcam tula. Kalau makanan terdedah tak makan, tapi kalau bab perempuan cepat aje ehhe :P

Hanih Borhan said... BALAS

Hahaha, lawak!

gadisBunga said... BALAS

ayam dengar pon kompius. hu~

LiLy @ MumMyQiStInA said... BALAS

hehe..betul2 sengal tapi punya maksud yg mendalam.. ;)

Anum said... BALAS

lawak2
ada makna tersendiri nie

Miss Butterfly said... BALAS

hahaha rezeki tuu awek terdedah . huuu ~

YOUsoF said... BALAS

Belanja kawan makan antara 'cara' nak semai rasa tidak berkira.. ;)



Makanan terdedah, banyak 'benda' yang dah meleket kat situ.. Lebih kurang juga dengan aurat yang terdedah.. Sendiri mau ingat.

Umie Artoqiemie said... BALAS

entry yang dalam maksudnya tapi senang nak paham. girls out there, bawak2lah tutup mano2 yang terdodah tu.. aku plak yg malu bace ni heh!

Zul Fattah said... BALAS

haha.. betul r ayie.. kita laki ni.. baik cam mane pun.. mesti x terlepas dgan zina pandangan .

CintaKhadijah said... BALAS

tersirat dan tersurat. gud job! ^^v

adan said... BALAS

ok..entri memang ada penyampaian yg tersirat.. salute la kat entri ko bro..

gdsbnga said... BALAS

haha memang sengal .

Bun-Bun-Reyn-Pyon~ said... BALAS

hahaha lawaksss ,
superb !

followed #938

xila riston said... BALAS

ahhh lelaki! hehe ayam tededah tak selera ya. pesal kawan tuh mcm nak banje tiba2? tak tanya? hehe

haniaiman said... BALAS

dalam ayam ada nasik..dalam nasik ada ayam..eeehh...ada ayam kat mana2..hadoii..

Syazwan Che Deraman said... BALAS

Kalo manusia perempuan yang terdedah tu.

sangat sangat lazat.

hehehe

syakey said... BALAS

amboih, bab bab pompuan,miang eyh. HAHA

syafiqakarim said... BALAS

sengal tp maksud tersendiri.
cmno?hahha

cinta siswi said... BALAS

haha.. mendalam entri nie.. bgus2..hihi

Badrina Ibtisam said... BALAS

Hahahaha so funnyhhh :P

Namee Roslan said... BALAS

awekyg terdedah..tengok sebab rezeki.oh ok.taktau nak cakap apa. haha

Alieza Dayasari said... BALAS

hahaha..... klakar..

kajaharuna said... BALAS

hahaha... wow! jgn jadi pemurah kpd rezeki kaum lelaki.. jum wanita2 semua, kita tutup rapat2 :)

EmpayarUtama said... BALAS

Hehe, kenal blog Ayie melalui penulisan macam ni. Pastu cara penulisan bertukar; ni baru nampak balik :)

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates