February 15, 2012

Orang Dan Kita...








Assalamualaikum,



Awan senja petang semakin hilang,cahaya yang tadinya terang bertukar menjadi kelam.Tanda hari menunjukkan waktu mahu malam.Apa yang aku termenung lagi?merenung masa lalu,waktu zaman kanak dulu.Manis dan ada yang suram,lumrah itulah namanya kehidupan.Macam ayat dekat header blog ini “episod  yang perlu dilalui” itulah realiti kehidupan ini.

Masih lagi diri ini bernafas untuk menikmati keindahannya.Esok?masih lagi menjadi satu misteri.Hari ini,telah berlalu seperti hari yang terdahulu.Satu persatu kesilapan lalu diperhati dan diperhalusi,muhasabah diri dan mencari diri sendiri.

Andai sekiranya hari ini yang terakhir untuk aku melihat dunia,biarlah perginya nanti dengan hati yang gembira.Jangan ada sesiapa yang terluka mahupun terasa dengan apa yang dikata baik dari tutur kata ataupun dari penulisan yang tak seberapa ni.Kadang agak risau untuk menulis sesuatu cerita,hingga abaikan perasaan orang lain.Soal hati,terlalu sukar untuk difahami.Mungkin akan ada yang kata terima apa yang dikata,atau mungkin sekadar kata untuk sedapkan hati jer.Padahal hati di dalam tak siapa duga,bergelora bagai nak telan jer gayanya .

Kadang dalam tak sedar ,akan terkata perkara yang tak sepatutnya.Niatnya baik tujuannya ikhlas,tapi hingga mengaibkan orang lain pulak.Seronok cerita tak ingat apa,luah segala perkara sampai lupa soal hati dan perasaan manusia.Keaiban orang lain jadi bahan cerita.Matlamat tetap tak menghalalkan cara,dalam tak sengaja mengumpat pula jadinya.

Memang bila sedang asyik menulis semua perkara jadi modal cerita.Keburukan dan kesilapan dan keburukan orang lain ternyata lebih banyak negatif dari yang positif.Walau sebanyak mana pun kebaikan orang itu lakukan,kesalahan juga yang akan dicanangkan.Itulah sifat manusia yang kadang tak sedar ada pada diri.Mencari akan kekurangan diri?jauh sekali untuk  mengkaji dan muhasabah diri.Lebih suka menilai orang lain dari menilai diri sendiri.

Melihat secara dalam.Dunia semakin tua,begitu juga dengan usia.Selama mana kita nak mengata sesama manusia,sedangkan diri tahu dosa dan pahala atau sengaja dibuat lupa.Biarlah perginya nanti,tenang jiwa terasa.Jangan ada penghalang yang menjadi beban bila ajal kunjung tiba.



*terima kasih sebab singgah sini,maaf agak jarang update sekarang...akan berkunjung kalian semula insyaAllah..^^,

29 comments:

rozeeta rashid said... BALAS

hmm tu laa. kadang2 tanpa kita sedar apa yang kita cakap dah menyinggung perasaan orang.

aie bz eh sekarang? hehe.

Unknown said... BALAS

Mungkin sebab aib tu seronok untuk diperkatakan kot.

Kematangan berfikir perlu seiring dengan bertambahnya usia.

aiEz said... BALAS

eta@yup betol tu hati orang lain2 kan..nak tulis pun kena hati2 tak boleh ikut suka jer...

awan@yup selalu yg aib tu lebih suka orang kata dari melihat kebaikan,seharusnya memang patut ada kematangan seiring dengan usia...

Cikgu Ma said... BALAS

boleh melihat orang, tapi bandingkan kelemahan diri...jika si fulan jahat, benarkah dia jahat? atau jahat lagi kita?

muhasabah, bukan menghukum

Daddylicious said... BALAS

manusia selalu yang begitu...

Nazihah@Jiha said... BALAS

:') Episod hidup yg perlu dilalui (suka ayat ni)

sentiasa doa moga Allah tutupkan aib sendiri dan jgnlah 'membongkarkan' aib org lain :)

qada' dan qadar Allah yg tentukn wajib diiingat tu.

terima kasih akh.

Unknown said... BALAS

Salam,
Setuju sangat dengan entri ini .. mesejnya jelas ... kita sama2 ubah diri kita ke arah yang lebih baik

Namee Roslan said... BALAS

rasa macam hari dah makin singkat kan ayie. tengok sajalah pada bumi. makin tua dan makin tenat. apalagi kita manusia. :/

Addien said... BALAS

moga senantiasa istiqamah, moga Allah merahmati dan redha akanmu, barakallahufik

Nabi Hud a.s Dan Kaum Aad

amna said... BALAS

Assalam..
kiranya, dalam apa perkara pun yang kita lakukan, cubalah sedayanya untuk tidak mengaibkan atau menyentuh soal orang lain.. jika tiada apa keperluan utk berkata-kata, adalah lebih baik berdiam diri tidak..

syakirahmn said... BALAS

yg buruk tu lebih rancak untuk diceritakan(?)

manusia,moga insaflah.

YouSOF said... BALAS

InsyaAllah sentiasa muhasabah diri..


Memang betul kadang² kita tak sedar yang kata² atau perlakuan kita menyentuh perasaan orang lain. Lain orang lain penerimaannya kan.. Cara mudah, elakkan benda negatif.. ;)

CintaKhadijah said... BALAS

kalau kita menjaga aib org, insyaAllah Allah akan jaga aib kita.

kan? ^^

nice nice nice entry..!:)

aiEz said... BALAS

cikguma@bermuhasabah diri itu perlu...

daddylicious@lumrah kehidupan.

nazihah@terima kasih nazihah,betul tu,jgn buka aib orang krn Allah sentiasa menjaga aib kita...sama2 kita..:')

LF@wsalam uncle,insyaAllah sama2 kita uncle...

namee@terlalu pantas namee,masihkah ada esok lg untuk melihat esok hari?masih menjadi misteri..:')

ad-dien@terima kasih akh..:')

amna@wasalam amna,setuju sangat dengan kata2 amna...

syakey@biasanya begitulah kita manusia,yg aib juga yg dicanangkan...

yousof@betul tu,kena selalu bermuhasabah diri,moga2 kita terpelihara hendaknya.

cintakhadijah@betul tu awak,terima kasih..:)

AnakPakZohar said... BALAS

berfikir sebelum bercakap..
tapi kadang2 terlepas jugakk ><

cimöt said... BALAS

silent is golden..

MIDONZ said... BALAS

assalamualaikum,
itulah fitrah...
Anda free, meh jenguk tinta midonz pulak

Unknown said... BALAS

esok blm tentu bkn milik kita...sobsss

xpe..busy nak kwen ke?? hee

Kamsiah yusoff said... BALAS

salam kenal tuan rumah

fatin said... BALAS

ia diibaratkan sehelai kertas putih..
ada satu titik hitam di atasnya..
yang hitam itu juga yg dipandang mata..

it's life~
=}

aiEz said... BALAS

yadz@manusia kan,sama2 perbaiki mana yg kurang...:)

cimot@yup,betul tu...

midonz@waalaikumsalam,fitrah sebagai manusia..:)

zila@yup,tu pun jika masih sempat ada esok,err mana ada...calon pun tak ada ni..==',bz kerja..

kamsiah@salam kenalan kembali,terima kasih singgah...

FM@yup,biasa yg kotor akan dipandang..kena ubah tu..

EmpayarUtama said... BALAS

ramai orang suka gossip. camana nak ubah yang itu?

aiEz said... BALAS

empayarutama@err gosip?satu je kena ingat,kalau didengar tu palsu jd fitnah,hehe..

Zehan Ilyana said... BALAS

sebab kita manusia yang sering melihat jauhnya kuman yg kecil di seberang sana berbanding gajah yang besar di depan mata...
-_-'

apakah saya melalut ini?
huhu

aiEz said... BALAS

teenager@err betul la tu,jauh sekali nak melihat apa yg didepan mata tp lebih suka melihat pd keburukan sesuatu tu...xpe aie faham...^^

Juliet_iRa~" said... BALAS

btol..

berbuat baiklah sesama kita..buangkan psaan hasad dengki tu...

Addin said... BALAS

meminta maaf itu perlu :)

kadang kadang kita tak perasan pun apa yg kita buat menyinggung org lain.

anamizu said... BALAS

maaf aiez.lama x singgah sini..bz sikit lately.. tu lah kan, kena muhasabah diri =.='








luv,
cik ana

cik dila.. said... BALAS

muhasabah diri balik..-_-

singgah sini yerp.

Free Blog Theme and Templates