August 20, 2013

Doa Untuk Mereka...



kuasa yang haq telah dinafikan,
 kejatuhannya telah lama dirancangkan,
 firaun moden manusia berwajah syaitan,
al sisi kamu bakal dilaknatkan..

yang tak berdosa menjadi mangsa,
 baik yang tua muda dan wanita,
dosa mereka kerana perjuang haq yang sebenarnya,
betapa kamu dayus wahai pendusta..

tangan halus cuma bermuka-muka,
kononnya kejadian bukan salahnya,
cuba mengambarkan dia adalah wira,
 binasalah kamu wahai tangan yang durjana...

duri dalam daging juga telah mendedahkan dirinya,
 siapa dia yang sebenarnya,
 misi apa yang dimahukannya,
bergabunglah sunni kita bersatu bersiap sedia dengan mereka...

anak muda yang masih leka,
 masihkah kamu terus terlena,
dibuai dengan indahnya dunia,
 sedangkan syahid dan jihad telah memanggil kita...

jika kalian tak punya upaya,
 palinglah muka tolaklah mereka,
doa kita senjata yang utama,
doakan saudara kita di Mesir dan seluruh dunia...

bangkitlah dari tidur yang lama,
bersatulah hatilah kita semua,
kenapa perlu sengketa yang sia-sia?,
 perpaduan kita lebih utama...

sudahlah dari mimpi yang lama,
ayuh doakan saudara kita,
 siap sedia dengan bakal berakhirnya dunia,
kerana ini adalah salah satu tanda kiamat bakal tiba...

7 comments:

safurara said... BALAS

Moga Allah lindungi mereka.Amin

m said... BALAS

amin ya rabb :))

ساريده سنين said... BALAS

Amin...

Tedi {interpretZZ} said... BALAS

semoga umat Islam kembali bersatu.

kocix! said... BALAS

hai saye nk betolkan pc y rosak.boleh x?

hihihi

CintaKhadijah said... BALAS

jgn lupa doa qunut nazilah.

;)

hai aie.. lama tak Nampak. mesti dah besar. hehe

Zul fattah said... BALAS

InsyaAllah... smoga umat sluruh alam, slamat dr azab api neraka Allah dn seksa dunia..

Free Blog Theme and Templates