September 10, 2012

Bumi Menangis...


Bumi menangis,

Usianya sudah terlalu senja
Telah berusia terlalu lama
Segala isi alam telah dilihatnya
Bermacam ragam baik buruk manusia

Bumi menangis lagi
Pedihnya rasa tak terperi
Perutnya digali hasilnya dicari
Rasanya ia tak mampu menahan lagi

Bumi menangis dan teriakkannya makin bergegar
Akibatnya jadi kejadian gempar
Manusia berlari untuk menghindar
Tapi masih ada yang tak sedar

Bumi sungguh rasa berduka
Melihat manusia kejar kuasa
Menjadi raja yang cuba bertakhta
Cuba untuk mengawal isi dunia

Bumi terasa pilu
Melihat bayi kecil dibuang ibu
Sedangkan haiwan pun tak begitu
Tidakkah manusia itu berasa malu?

Bumi cuba untuk memahami
Kenapa manusia sering berkelahi
Saling berbalah sana sini
Apakah cuba dicari?

Bumi terus rasa terluka
Mana sifat kasihnya manusia?
Adakah manusia sudah lupa?
Agama dan Maha Pencipta?

Bumi merenung jauh lagi
Lupakah manusia pada janji?
Apakah tujuan manusia itu terjadi?
Menjadi khalifah diatas muka bumi ini

Bumi merasa amat kecewa
Melihat perihal manusia yang durjana
Akhirnya beban tak tertanggung jua
Minta kiamat disegera...

aie@ayie

23 comments:

anamizu said... BALAS

tu la kan Ayie.. dunia akhir zaman ni.. mcm2 lah jadi. manusia pulak makin x bertamadun je perangainye.. hurmmm

cimöt said... BALAS

bumi kian melabuhkan tirainya..
bersedialah wahai manusia..

ajax85 said... BALAS

bumi dah tak tahan dengan tindakan manusia..hehehe

Cikgu Ma said... BALAS

bumi terbahagi kepada 5 fasa sebelum fasa kiamat..kini sudah berada di fasa ke-4...sudah terlalu tua dia menanggung maksiat manusia....

MalizaMah said... BALAS

hmmm... penulisan yang baik.. haaaa...

MalizaMah said... BALAS

hmmm.... lama awk menyepi.. huuuu...

aiEz said... BALAS

ana@yup tula,tanda2 semua tu...

cimot@betul,perbanyakkan amalan kerana janji Allah itu pasti...

man@yup,bersedia kita utk akhir hayatnya nanti..

cikguma@betul akak,tanda2 pun semakin hari semakin jelas dan nyata...:(

leeza@terima kasih awak,err menyepi bawak diri seketika..tenggelam timbul..

EmpayarUtama said... BALAS

Selamat Hari Raya Aie. Akupun lama tak berblogging. Hari ni cuba cari angin dulu mana tau mood datang balik ke tidak...

LiLy @ MaMaQiStInA said... BALAS

Salam Ayie..selamat hari raya...
macam lama jer akak tak singgah sini...

hurrmmm..macam2 perkara yg berlaku skrg ni..dunia akhir zaman...moga kita tak tergolong antara mereka2 yg menyebabkan bumi terluka & menangis..~

Syazwan Che Deraman said... BALAS

aku tengah bayangkan bumi ni manusia.

seoarang tua menunggu masa.

aiEz said... BALAS

EmpayarUtama@selamat hari raya kembali bro,:)..takpe bro pelan2 kiter..hehe

Sislily@wasalam akak,selamat hari raya kembali akak...err,aie pun sama lama tak singgah belog akak..sama2 kiter perbaiki diri kiter kak..:')

wan@pun boleh jugak wan,melihat jauh sifat dalam diri kiter manusia..:)

Namee Roslan said... BALAS

dunia semakin maju semakin menghampakan.ehmmm.bila fikir, rasa takut pulak ayie.. :/ bumi kita bakal lesap suatu hari nnti dek tamadun kita. termasuk diri saya. :/

Faaein Talip Roy said... BALAS

semakin tiba ke penghujungnya..

Anonymous said... BALAS

hmmmmmmmmm

: husna : said... BALAS

dunia dah sampai ke pghujung...
mcm2 da berlaku sekarang...
dh tak aman.

Zul fattah said... BALAS

satu hari nanti.. bumi akan hancur. tp bumi akan melihat islam akan kembali hidup. selepas org islam tiada, maka bumi akan hancur..

Mohamad Fathi said... BALAS

Wah.. wa suka penulisan ini ha.. Terbaikk.. Boleh lah wa bersajak nanti.. =)

Unknown said... BALAS

errrr takutnya....diri masih belum bersedia...wuaaaa

aiEz said... BALAS

namee@masih ada masa dan waktu namee utk kita dekatkan dgnNya..

faaein@tulah,sama2 perbaiki diri kita..

janna@err...

jusna@yup betul tu,tanda2 makin jelas...

zul@hari itu kita akan dihisab..

Crewfathi@err,boleh terima kasih..:)

zila@masih ada masa lagi zila selagi hayat masih ada..:)

m said... BALAS

hmmm beginilah manusia. tak henti bersikap kejam. terhadap manusia mahupun bumi sendiri...

Unknown said... BALAS

aiez buat sendiri ke ni? nais !

:: cikNuurul :: said... BALAS

Assalamualaikum, ayie..

lame xmenyinggah baca puisi ayie,
lame xberblog lah senang cite, huhu..

ZULHILMI TEMPOYAK said... BALAS

hmmm... mendalam maknanya...

sy rs mcm tak cukup je ibadah..huhu

Free Blog Theme and Templates