perang era baru mula tercetus,
bagai ledakan gunung berapi yang bakal meletus
sang anak kecil melihat dengan hidung yang berhingus
siapa yang perlu percaya seratus peratus
siapa yang menang siapa yang hebat
yang mana menang pastilah yang kuat
kucar kacir disini sana bikin jadi darurat
benarkah perang sudah lama tamat?
khabar diberitakan perang sudah tamat
berita gembira buat semua umat
yang tersurat hanyalah perang yang tamat
yang tak terlihat hadirnya secara tersirat
caranya kini sudah berbeza
tak perlu lagi susah angkat senjata
sang pejuang tak perlu beradu tenaga
perang psikologi ilham akal miranda
warna kulit sama bahasa juga sama
yang tak sama pada cuma hanya cara fikirannya
kenapa perlu cari pada perbezaan yang ada
sedangkan berpaksi pada satu kiblat yang sama
bukan soal siapa besar dia berkuasa
sedangkan ada yang lebih besar Dia di atas sana
hidup hanya sekadar singgahan sementara
lebih baik cari bekalan untuk diakhirat sana
perang bila mahu tamat
mahukan sepuluh jari bertemu dan berjabat
bukan bersalaman tapi hati penuh muslihat
selesaikan yang dah bermula berakhir dengan selamat
ayie@aie2012
14 comments:
seronok gak layan pantun mlm2 nie, penuh nasihat :-)
yeay! moga negara kita akan tetap maju dan sukses. :)
selagi sejarah itu tak pernah dihayati.. selagi itu peristiwa itu berulang kembali..
=(
semoga negara kita aman selalu..
wahhh puitisnya...yg penting naseb org lain kan...sedara kite tu...ngra mundur yg ditindas...sobsss
peace no war!!!!
Dek angkara jiwa penuh nafsu serakah. Semoga bertemulah kata damai itu.
dunia manusia snduru. ssh sbnrnya ingin berjabat tangan
wahhh, puitis kemain ayat. maksud mendalam ni. semoga dunia aman. takde gaduh gaduh ni
terbaeklah ayie!
mendalam maksudnya..
Semoga Malaysia aman sentiasa hehehe
berdamailah demi kepentingan bersama :)
hemmmm..aku nak kasi 10likes!!
Perang baru nak mula
Post a Comment