May 28, 2012

Renungkanlah Dan Fikirkan...





hidup pelbagai warna,begitu juga manusia




assalamualaikum,


hiburan,siapa yang tak suka hiburan kan?tipu la kata kalau tak suka sesuatu yang menghiburkan...tapi,perlu ke hiburan tu jadi sampai melampau?semestinya takkan..hiburan itu boleh tapi biarlah berpada²..bukan sampai tahap melalaikan dan juga menjadi sesuatu yang sia²..

ini bukanlah nak cerita pasal hari belia negara,ketepikan itu semua..fikir dengan fikiran yang terbuka dan mata hati yang menilai segalanya..maaflah jika ada yang terasa,tapi sesuatu yang tak kena perlu ditegur juga.bukan untuk sesiapa,tapi untuk kebaikan bersama..

hari ini,kita boleh tengok pelbagai hiburan yang dihidangkan jadi santapan kita semua..tak kira lah,dengan rancangan berbentuk hiburan,gosip harian yang tak kesudahan,rancangan yang mencungkil bakat dari segenap umur..perhatikan,dari setiap peringkat umur kita disajikan dengan hiburan..dari yang kecil muda sampai keusia menjengah senja..segalanya ada didepan mata..perlukah itu semua?usah berikan jawapan,cukuplah anda sendiri yang tentukan jawapan...

cukup letih sebenarnya,malah rasa sedih juga ada..kemana arah tuju kita semua?adakah dunia yang dikejar semata?sampai akhirat bekalan lupa segala..percaya kalian juga perlukan sesuatu majlis yang pengisian..sama juga diri ini juga dahagakan ilmu yang boleh dijadikan panduan..tapi apa yang disajikan?lebih banyak pada hiburan...bukan itu yang diharapkan,bukan itu jadi bekalan...perbanyakkan majlis tentang kerohanian dan ketuhanan,dan bukan majlis atau perkara yang melalaikan..

tengoklah terlalu banyak hiburan menjadikan kita hari ini lemah..lemah dalam segala hal,terlalu banyak hiburan menjadikan kita lupa segalanya..sampai bila?sampai bila nak macam ni tu semua..cukup²lah..bila terlalu lama dibuai dengan keseronokan kita jadi lupa dengan segala batasan yang perlu dipelihara..sudah²lah

*ini cuma hanya pandangan peribadi,sekadar hanya meluahkan isi hati..memerhati dalam mencari,siapa kita hari ini...

May 20, 2012

Aku,Semut Dan Kita...












Assalamualaikum



"Ouch!"...kaki kena gigit semut.Semut kuning warna emas,orang panggil semut gatal.Tapi kenapa panggil semut gatal?ke lepas gigit mesti rasa gatal atau semut itu memang gatal?*sengal

Lepas kena gigit semut tadi,duduk tepi sambil garu² kaki.Mula terasa bintat sana sini.Tula padahnya jalan tak pandang ke bawah,habis sudah sarangnya kena redah.Salahkan diri sendiri,dan jangan salahkah situasi.Sarang semut diperhati dari tadi.Semut gatal mula berpecah sana sini.Mungkin trauma agaknya sarang diserang tiba² .Diserang dengan kaki bersaiz raksaksa.

5 minit sudah berlalu,sarang yang tadinya kelam kini kembali tenang.Semut gatal mula kembali ke sarang.Satu persatu semut masuk kedalam lubang.Ada juga yang berhenti komunikasi mungkin bersembang.Bincang nak makan malam barangkali,imaginasi diri membuat kesimpulan sendiri.

Semut kembali bekerja,rajinnya pula sungguh tak terkira.Ada yang mengangkat berat dikepala tak padan dengan kecilnya badan.Kagum melihatnya,rasanya kalau manusia buat kerja lebih dari kemampuan macam tu mesti mengeluh dan bising badan sakit menahan keletihan.

Salah satu lagi sifatnya semut suka berkomunikasi sesama komunitinya,Semut saling bertegur sapa sambil mengeselkan antena dikepala.Itulah uniknya cara mereka komunikasi sesama jenisnya.Manusia pula,komunikasi dengan bersalaman dan ber "hai" dengan kenalan.Senyum pun ada juga,tapi ikut angin dikepala.Musimnya okeh bertegurlah,tak okeh hal sendiri jawabnya.Kalau ada bercanggah pendapat,suka menuding melulu.Jarang sekali sependapat,tapi lebih suka pada perbalahan dan berdebat.

Ternyata manusia perlu amalkan sifat semut,rajin sepertinya.melakukan sesuatu tanpa merungut dan saling berkerja sama tak kira masa.Bersatu padu dalam semua perkara,bermasam muka jauh sekali sifatnya.



*malu dengan semut

May 05, 2012

Chenta Lara Lagi...













Assalamualaikum...




Kata orang itu buta?betul ke cinta tu buta?rasanya tak.Biasa bukan cinta yang buta,tapi manusia yang buta kerana cinta.Kerana terlalu memikirkan tentang cinta semua perkara jadi tak kena,makan tak kenyang,tidur tak lena.Otak pula jadi gila² kerana terbayang² kekasih yang dikenang.

Kenapa tetiba je sembang pasal cinta ni?Alkisahnya macam ni,ada seorang teman yang mana cintanya hatinya cuma hanya sekadar bertepuk sebelah tangan.Mula² cintanya semuanya indah macam biasa,tapi makin lama cinta makin suram cinta yang pada mulanya indah kasih kian kelam.Siapa yang salah dalam hal ni dorang ni?dorang tanya pendapat dari aku.Dan aku sekadar kongsikan kat blog aku ni jer.Dapat ler jugak aku isi blog aku ni dengan entri² baru,heh.Okeh serius ni...

Ini dari pendapat aku sebagai kawan,dari mana tengok dorang dari mula² bercinta dulu.Rasanya macam baru jer hubungan dorang ni.Nampak macam terlalu awal dan terburu untuk bercinta.Yela,bila sembang pasal cinta ni,umum mengetahui melibatkan soal hati dan perasaan.Seorang memberi dan seorang lagi jadi penerima.Bila mana kalau hati dah sudi untuk memberi, maka secara automatiknya hati tu dah sedia jugak untuk dikecewa kan?.Itulah risiko dalam bercinta,lagi²  cinta sesama manusia.Hati manusia boleh berubah bila² dan sukar sangat untuk kita duga.

Dalam hal teman ni pulak,bila mana kasih yang disemai kian suram ni susah jugak nak bagi pendapat ni.Takut nak bagi pendapat ni sebab diri pun masih mencari,heh.Rasa macam salah orang jer dier bertanya,ehehe.

Okeh,soal cinta semestinya memerlukan keserasian dari  kedua belah pihak.Perlu ditanya balik pada pasangan masing² dan jugak diri.Betul ke diri tu dah betul² bersedia atau sekadar bercinta yang hanya berlandaskan keinginan semata?.Tengok orang lain bercinta diri pun rasa nak cinta jugak.Lepas tu mulalah hati yang sebelum ni belum dimiliki sudi untuk memberi cinta dalam hati.Itu yang salah.Cinta perlu ada keserasian dan persefahaman antara kedua belah pihak.Bukan sebab keinginan perasaan untuk.mengisi hati yang sepi tu jer semata.

Percayalah bila mana diri tu kalau tak sedia nak bercinta tapi dipaksa²  jugak.Nescaya hubungan tu takkan kekal lama.Bukan mendoakan yang tak baik,tapi perbetulkan niat tu dulu kalau nak bercinta.Itu sebabnya bila bercinta biar berpada,fikiran tu biarlah waras.Agak rasa macam dier selesa bersama dan selalu buat kita ketawa dah jatuh cinta.Bukan semudah a b c.

Ini bila dah sama² baru rasa ada yang tak kena.Nampak tak ada keserasian antara masing².Tu yang parah jadinya.Jadi perbetulkan niat tu dulu.Nak cerita panjang pun tak pandai tapi tulah yang dapat dilihat antara dorang ni.Pada kawan² yang lain kalau ada nak kongsi pendapat komen jer terus,sikit sebanyak boleh jugak dibaca oleh teman tu..hee

*notakaki-cari isteri dan bukan cari awek...

May 04, 2012

Akak Macho Dan Abang...



Bunyi printer model Panasonic KXP-1121 memecah kesunyian dalam kedai.Dari tadi print 100 helai tak sudah² lagi.Printer model ni memang menguji tahap kesabaran yang ada dalam diri.Andai kata kesabaran itu boleh diuji dengan termometer makmal,sudah pasti suhu tahap sukat kesabaran dalam diri boleh memecahkan bebuli termometer  tu.Mana tidaknya, dahlah perlahan,bunyi bising pulak tu.

Tiba² terkenang zaman persekolahan,hati berbisik tertanya macam mana makcik PIBG yang kerja sebagai kerani sekolah boleh bertahan dengan bunyi bising masa nak print resit² sekolah dan juga dokumen lain?.Memang tabah betul makcik PIBG sekolah ni,pujian dan kenaikan pangkat harus diberikan pada mereka.Monolog aku sendiri dalam hati.


ni lah printer tu,grrr..memang sangat menguji anda





***********************


Lagu dari  winamp dimainkan satu persatu.Dan tibalah lagu seterusnya nyanyian Jimmy Palikat-Tanak Kampung.Nyayian penyanyi dari Sabah yang dah di translate ke bahasa Melayu.Sedap jugak lagu ni,entah bila minat lagu macam ni pun tak tahu.Dari liriknya bagai terkenang kisah sejarah lama.Ternyata,memori itu masih lagi dalam ingatan.Memang sukar bila melupakan sesuatu jika ia pernah ada dalam hidup.

“Argh,ternyata aku masih lagi terbawa dengan emosi,jangan sampai makan diri sudah.Soal hati bukan boleh dilayan sangat...”

Tiba² dengan perlahan pintu utama kedai ditolak.Sememangnya itu memang pintu utama pun,mana ada lagi dah tu satu je pun pintu masuk.Kelihatan seorang akak yang agak macho gayanya menuju ke arah aku dan bertanya sesuatu....

“Adik,akak nak beli printer..
Yang mana adik boleh rekemen pada akak?...”soalnya.

Lalu bermulalah sesi soal jawab antara penjual dan juga pembeli.Seronok sebenarnya kerja aku ni.Dari situ aku dapat perbaiki kelemahan aku yang agak gagap bila berkomunikasi dengan pelanggan.Lagi² pada yang bergelar perempuan ni.Tapi akak ni aku berani sikit,mungkin pada gaya dan caranya yang sempoi seakan ada keserasian disitu...ecehhhh..

Setelah selesai sesi soal jawab dan jawapan yang diberikan sangat memuaskan.Maka printer Canon E500 jadi pilihan.Kenapa?ianya sangat menjimatkan.

“Serius,tak perlu bersusah payah untuk buat tank tambahan dekat luar.Kebiasaanya printer normal hanya print 50-100 helai jer.Tapi yang ni,boleh sehingga 800 helai.Hebat bukan?..”

Itulah jawapan yang diberikan buat pelanggan yang bertanya.hehe..

Selesai sudah sesi jual beli tadi.Lalu aku kembali tengok printer yang dari tadi tak habis² lagi.Kertas yang keluar dari printer tadi,dilipat dengan cermat.Yela,kertasnya jenis panjang berjela.Bukan macam printer biasa yang kertasnya keluar sehelai² .

Pintu kedai ditolak lagi,dengan perlahan seorang lelaki berkaca mata dan bertopi merah pula masuk kali ini.Seperti biasa soalan di aju.Pelanggan pula diam seribu bahasa.Membuatkan hati tertanya.Senyum pun tidak,jawap pun tidak.


*********************** 



Langkah kaki diekori,gerak geri diperhati...


Lalu soalan berulang lagi,

“Abang cari apa ye?
boleh saya tolong abang nanti...”
soal ku dengan lagak bos jer caranya..

kepala dipusing mata menjeling.Dilihatnya atas dan bawah,seakan ada buat salah.Hanya mampu senyum jer,ditanya tak jawab ditanya lagi takut ler pulak.

Soalan ditanya lagi,

“apa yang abang cari?
tengok dari tadi cari macam tak jumpa lagi..”
soalan ditanya berulang kali .

Jawapan berbalas,telinga mendengar dengan pantas..


“adik mesin gunting rambut ada jual tak adik?
abang tengok dalam ni semua barang komputer je dik..”
soalan akhirnya ditanya...

“la,kenapa abang tak tanya dari tadi..
kita jual barang komputer dengan baiki komputer je abang..mesin rambut mana ada abang,”
dengan nada kelakar aku menjawab..

“err yeke,abang malu nak tanya tu yang abang nak tengok dulu
 kot² ada...”

Aku hanya mampu tersenyum dengan abang tu.Ternyata manusia banyak kerenahnya yang kadang kelakar pun ada.Betullah kata orang “malu bertanya sesat jalan”,Kesian abang tu,ni bukan sesat jalan dah ni,tapi jauh sangat menyimpangnya,hehe..

*kepada abang tu,sorilah ye..jadi topik entri kali ni...hehe..

May 02, 2012

Kau Dan Aku Pun Sama...












Assalamualaikum,






Bahang masih lagi terasa di media sosial mahupun diblog² dan juga dikaca tv dengan kejadian yang berlaku dari kejadian minggu lalu.Ini bukanlah isu berkenaan politik mahupun fahaman apa yang kalian pegang,tapi ini hanyalah satu penulisan picisan dari seorang insan biasa.Jika ada yang masih ingin berpolitik,itu tak salah.Itu hak setiap insan dalam memilih dan kepercayaan dan fahaman yang dipegang.Tapi berbicaralah dengan nada yang senada menjaga dari setiap bait kata dari apa yang diluahkan.


Sedih sebenarnya bila mana kita hari ini tak kira dimana pun,saling berpecah belah dan saling bertelagah.Kalau diikutkan jumlah populariti umat Islam hari ini amatlah besar jumlahnya.Tapi dapat juga dilihat kita saling berpecah belah dan bertelagah hanya kerana berbeza fahaman.Yang disana menyalahkan orang lain dan juga disini sebaliknya.Hanya kerana itu kita bermusuhan dan juga ada yang mana kawan menjadi lawan kerana pemikiran tak sebulu.Kenapa perlu perkara sebegini berlaku?.

Tak perlu untuk saling tuding menuding jari hanya kerana kau dan aku tak sama.Pada asasnya kita semua adalah saudara.Yang Islam pada nama tapi kadang perlakuan tak mengambarkan akhlak Islam yang sebenarnya.Ya,mungkin akan ada aku cuma berlagak bagus untuk semua ni.Tapi percayalah sedikit sebanyak,terasa bosan dan jelik bila mana melihat kita berpecah belah hanya kerana kuasa dan hal dunia.Hilang saudara dan agama dilupa hanya kerana terlalu taksub dengan kepercayaan dan fahaman masing².

Kita masih bawah satu bumbung yang sama,masih juga bercakap dan guna bahasa yang sama,masih juga bila mengadapNya berladaskan kiblat yang sama.Tapi kenapa perlu dicari perbezaan hanya kerana berlainan fahaman?Itu yang kadang agak menyedihkan bila difikirkan.

*politik menjengkelkan...

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates