July 21, 2011

Syukurkah Aku?...



Sebagai manusia kita takkan lari daripada masalah.Baik masalah yang kecil hingga pada masalah yg sebesar-besarnya.Setiap ujian itu datang dari Allah untuk menilai keimanan kita padaNya.Adakah kita semakin jauh atau selalu dekat denganNya.


Solat,salah satu cara mendekatkan diri dengan Maha Pencipta.Memohon keampunan dan dan merenung akan kekurangannya diri ini.Betapa kerdilnya diri kita diatas muka bumi ini.Walau sebesar mana pangkat kita sekalipun,kita semua sama disisiNya.Berkongsi bumi yang sama dan berkongsi oksigen yang sama.Jadi tak perlu kita saling membenci diantara satu sama lain.Saling menghina dan mencerca antara satu sama lain.Kerana apa?kamu dan aku adalah sama.


Terkadang diri terfikir akan kesilapan diri,bersyukurkah diri?betapa banyak kekurangan dan kesilapan yang dah dilakukan.Kerdil dan hinanya diri ini.Hanya mencari dan mengenal Tuhan tika diri hanya dalam kesusahan dan serba kekurangan.Memohon agar dapat permudahkan segala kesulitan yang ada,tapi bila diri dalam keadaan suka dan gembira lupa segala dan syukur padaNya.Lupa dan kadang leka,dengan semuanya.


Merenung dan meratapi diri lagi,perbaiki akan kesilapan diri.Banyak kekurangan yang harus diperbetulkan.Jauh,diri takut semakin jauh.Moga diri akan dapat perbetulkan segala kesilapan sebelum terlewat untuk semuanya...

22 comments:

Yildirim Fateh said... BALAS

syukur itu harus dibumikan ia

~yildirim fateh~javascript:void(0)

anismelon said... BALAS

syukur itu perlu sbb kite msih diberi peluang untuk memperbaiki kesilapan..:)

psss..mcm kenal bukit nie..g jogging kew..

ayuni said... BALAS

manusia ada sikap suka melupakan.
senang sikit..lupa daratan.
susah..baru terpinga2.
bukan utk individu tertentu. tapi semua individu.
moga kita sedar hal ini. dan semoga kita sentiasa di jalan NYA. :)

adan said... BALAS

nice entri bro..

amna said... BALAS

masyaAllah, siapa lah hamba pada Dia. Terasa betapa lemahnya diri ini.. teman, sama2 kita menadah tangan memohon agardijadikan sebagai hamba yang bersyukur atas segala nikmatnya..

ILA HonEyBuNNy said... BALAS

entry y best...

diri ini juga banyak kesilapan..tapi alhamdulillah...kita d beri peluang tersedar n baiki kesilapan kita...

aiEz said... BALAS

shairazi-sujud syukur pdNya..;)

aiEz said... BALAS

anis-betul,perbaiki mana yg kekurangan..^^

*mmg knl,sekolah kita..^^,err jln2 ambil gambar..;)

aiEz said... BALAS

ayuni-sifat manusia,mudah lupa dgn apa yg ada..dan bila ditimpa musibah baru beringat..peringatan utk diri jugak..^^

aiEz said... BALAS

adan-err,thanks..^^

Scha Nazri said... BALAS

syukur itu perlu supaya kita dapat muhasabah diri kita sendiri.

aiEz said... BALAS

amna-kerdil,teramat kerdil diri ini sebenarnya..sama2 kita perbaiki akan kekurangan diri dan tahu erti syukur pd Maha Pencipta..insyaAllah..

aiEz said... BALAS

ila-terima kasih,sama2 kita perbetulkan..selagi masih ada ruang yg diberikan..insyaAllah..:)

aiEz said... BALAS

syazana-betul,melihat pada diri dan menilai akan sesuatu nikmat yg diberi..:)

Afzainizam said... BALAS

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
generasi nissan sentra

Syukur atas segala nikmat.... kurniaan Allah melimpah ruah pada hambanya...

aiEz said... BALAS

Afzainizam-syukur,alhamdulillah..:)

AnakPakZohar said... BALAS

bersyukur dengan segala nikmat yang diberi Allah walau ianya hanya sebezar zarah.. sebab nikmat yang ada boleh ditarik bila2 dan sekelip mata... and bersyukur lah dengan ujian yang datng .. kerana itu tanda Allah menyayangi kita sebagai hambaNya.. =)

Fyqa said... BALAS

syukur.

:')

merahitujambu said... BALAS

rasa bersyukur bila bangun masih hidup sampai sekarang..=)

Unknown said... BALAS

kadang2 kita tlupa tuk bsyukur
thanks coz saling mengingatkan (:

Dinkyrara :) said... BALAS

entry yang bermanfaat :)
muhasabah diri ^^

Anyyss Shuhaimi said... BALAS

jadikan kekurangan sebagai sumber kekuatan..entry yang cukup bermakna..:)

Free Blog Theme and Templates