July 14, 2011

Berlapang Dada...



Dalam beberapa minggu yang lepas dan juga minggu ni masih juga terasa bahang kepanasan dengan apa yang berlaku baru-baru ni.Masing-masing punya pendapat dan juga pengikut masing-masing.Melihat setiap blog yang sempat disinggah,masing-masing saling bertelagah antara satu sama lain.Ada yang katakan itu dan ada yang katakan ini.


Dan aku melihat situasi ni seakan berpanjangan.Bertelagah dan dan saling berpecah belah.Kita sesama kita,satu negara dan satu agama.Ada yang menggunakan kata-kata yag berbau makian dan cacian.Ada juga yang menggunakan  cara yang lebih berhemah dalam menyatakan pendapat dan hujah.Berbeza pendapat dan fahaman menjadikan kita ada yang berpecah belah.Ada yang bermasam muka dan saling tak bertegur sapa disebabkan oleh fahaman berbeza.Pelik,tapi itulah kenyataan.

Berbeza pendapat itu perlu,tapi usah sampai berpecah belah.Kita punya agama yang satu,Allah yang satu.Tapi kita bertelagah hanya kerana berbeza fahamannya.Walaupun kita berbeza pada fahamannya tapi kita juga diajar untuk mengunakan pendekatan yang lebih baik,bukan dengan emosi.Api jika dilawan dengan api makin besar pula jadinya,Jadi berbincang dengan sebaiknya.Kerana itu yang telah diajarkan pada kita.



Dunia semakin tua,kita semakin alpa dan leka.Sedangkan syaitan takkan pernah lupa untuk memecahkan silaturahim sesama kita.Jadi bersatulah sesama kita.Lupakan sengketa yang ada,bukan untuk sesiapa tapi demi agama tercinta.

p/s-aku buat entri ni sebab ada kawan yg bermasam muka sebab berbeza pendapat tentang baru-baru ni..

30 comments:

Nur Ayuni said... BALAS

memberi pandangan itu tidak salah. sbb semua org akan menegakkan pndpt masg2.tapi,haruskah kita bermasam muka dek pendapat yang entah betul entah tidak.? tanya pada diri, sudah telalu bijak kah kita? sudah terlalu hebat kah kita? beri pendapat dan selesaikan dengan berhemat. itu mungkin lebih baik :)

Faez Rusni said... BALAS

tengok pada apa yang diperkatakan,bukan siapa yang berkata

i'm ezza haniza said... BALAS

manusia yang susah menerima pendapat adalah manusia yanh paling susah nk maju!

bunga said... BALAS

betul..kadang2 berbeza pendapat xmengapa..tapi jangan sampai bermusuh.

aiEz said... BALAS

ayu-yup,masing2 ada pendapat dan hujah sendiri..tp xperlu sampai nak bermasam muka bagai...berbincang secara baik..^^

aiEz said... BALAS

faez-err,hee..^^

aiEz said... BALAS

ezza-yup,xleyh terima pendapat org lain hanya pendapat sendiri..;)

aiEz said... BALAS

bunga-yup,ukhwah sesama kita itu lagi baik..^^

aremieroul said... BALAS

hurm.kadang2 dengan kata2 ukhwah yang terbina tu senang sahaja terpisah..hu3..

Hans said... BALAS

bila mereka terlalu taksub itu yang payah tu
fikir mereka sahaja betul dan tak mahu terima pandangan orang lain
susah kalau macam tu
:-)

http://hanspunyablog.blogspot.com/2011/07/review-filem-harry-potter-and-deathly.html

nabilah_2908 said... BALAS

setuju...

kenalan sy pun alami masalah mcm ni..dek kerana berbeza fahaman..ikatan persahabatan yg telah lama terjalin sejak dari kecil kita putus...

kot yer pun...jgn la terlalu fanatik kan...? berpada-pada lah....

pengajaran tuk kita semua...

Maii Yusre said... BALAS

Sabar je la eh..manusia mmg gitu :D

aiEz said... BALAS

aremieroul-erk,syg ikatan yg terjalin jd terpisah disebabkan berbeza pendapat..:)

aiEz said... BALAS

hans-yup itu yg terjadi bila2 masing2 xnak mengalah n taksub sgt..;)

aiEz said... BALAS

nabilah-yup,syg jer...apa2 pun setiap apa yg diikutkan kena berpada2..sama2 kita..^^

aiEz said... BALAS

maii yusre-macam2 ragam..^^

pCL [p@kcikLie] said... BALAS

masing2 punya pandangan dan pendapat yg berbeda...

MaMa AiNi said... BALAS

salam kenal dr mama..mama bersetuju dunia semakin tua..tapi kita semakin berpecah belah kerana berlainan pendapat dan pandangan !!..sepatutnya kita orang islam bersatu biarpun berlainan fahaman politik kerana diluar sana byk syaitan yg cuba menghancurkan org2 Islam juga

aiEz said... BALAS

pcl-yup,masing2 ada pendapat masing2..^^

aiEz said... BALAS

mama aini-salam kenal juga mama,^^

yup,tu yg dpt dilihat hari ni..sepatutnya memang kita perlu bersatu,bkn saling berpecah belah..jgn terlalu leka dan taksub dgn apa yg ada sekarang..^^

Namee Roslan said... BALAS

bicara tentang politic kah? :) kalau bab tu mmg boleh smpai bergaduh n selisih pendapat. tak macam kita study add math buat study group..kalau bertelagah pun kita masih kawan. kalau bab ni...:) mmg lah..issue sensitive :)

aiEz said... BALAS

namee-err..hee..^^
mmg klu bab tu mmg kita saling bercakaran antara satu sama lain..err,klu study group mmg lain..hee..;)

dzafira said... BALAS

Biasa la tu kengkawan kalau bercanggah pendapat.. Main bangkang2.. Pastu tacing. Pastu tarik muka.. Tapi harapnya tak lama la mende tu.. Tak kemana jugak kalau gaduh lama2...

echaRierie said... BALAS

hehe..bersatu kita teguh, bercerai kita roboh ! :D

'Aisya Salim said... BALAS

yupp, betul tu. tak salah untuk kemukakan pandangan, sebb kita punya pndangan masing2. dalam hal ni, aisya rasa kita patut hormati pndangan org lain jugak sebb mgkin pndangan dia lebih baik drpd kita :D salam ukhwah :D

amna said... BALAS

tak mengapa.. biasalah tu. masing2 ada pandangan & perangai tersendiri. so, kita kena terima fitrah tu semua. cuma berikan yang terbaik buat pasukan tu ye~~

Zuha said... BALAS

Apa2 pun sebelum kiamat pemenangnya islam dan tiada melayu disitu..ini realiti...agungkan Allah pujilah nabi2 sentiasa cukupkan amalan..

http://mat-jungle.blogspot.com/

nice entry

merahitujambu said... BALAS

tak semua org sama pendapatkan??tu kadang2 boleh jadi gaduh

EZAN IDMA said... BALAS

wlaupun berbeza pendpt, tak smstinya bertegang urt :) nice entry

grape_apple,Khairul_hafiez_kalim said... BALAS

skarang ni lau kta g mna2 or bca kat mna2 pn,msti makhluk sesama makhluk akn bertengkar sbb bnda yg kcik je...ada yg smpai maki hamun,bertumbuk n sbgainya...nilai pd dri dh pupus dh..masing2 ego n slalu salhkan org lain...astagfirullah

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates