Assalamualaikum...
Kata orang itu buta?betul ke cinta tu buta?rasanya tak.Biasa bukan cinta yang buta,tapi manusia yang buta kerana cinta.Kerana terlalu memikirkan tentang cinta semua perkara jadi tak kena,makan tak kenyang,tidur tak lena.Otak pula jadi gila² kerana terbayang² kekasih yang dikenang.
Kenapa tetiba je sembang pasal cinta ni?Alkisahnya macam ni,ada seorang teman yang mana cintanya hatinya cuma hanya sekadar bertepuk sebelah tangan.Mula² cintanya semuanya indah macam biasa,tapi makin lama cinta makin suram cinta yang pada mulanya indah kasih kian kelam.Siapa yang salah dalam hal ni dorang ni?dorang tanya pendapat dari aku.Dan aku sekadar kongsikan kat blog aku ni jer.Dapat ler jugak aku isi blog aku ni dengan entri² baru,heh.Okeh serius ni...
Ini dari pendapat aku sebagai kawan,dari mana tengok dorang dari mula² bercinta dulu.Rasanya macam baru jer hubungan dorang ni.Nampak macam terlalu awal dan terburu untuk bercinta.Yela,bila sembang pasal cinta ni,umum mengetahui melibatkan soal hati dan perasaan.Seorang memberi dan seorang lagi jadi penerima.Bila mana kalau hati dah sudi untuk memberi, maka secara automatiknya hati tu dah sedia jugak untuk dikecewa kan?.Itulah risiko dalam bercinta,lagi² cinta sesama manusia.Hati manusia boleh berubah bila² dan sukar sangat untuk kita duga.
Dalam hal teman ni pulak,bila mana kasih yang disemai kian suram ni susah jugak nak bagi pendapat ni.Takut nak bagi pendapat ni sebab diri pun masih mencari,heh.Rasa macam salah orang jer dier bertanya,ehehe.
Okeh,soal cinta semestinya memerlukan keserasian dari kedua belah pihak.Perlu ditanya balik pada pasangan masing² dan jugak diri.Betul ke diri tu dah betul² bersedia atau sekadar bercinta yang hanya berlandaskan keinginan semata?.Tengok orang lain bercinta diri pun rasa nak cinta jugak.Lepas tu mulalah hati yang sebelum ni belum dimiliki sudi untuk memberi cinta dalam hati.Itu yang salah.Cinta perlu ada keserasian dan persefahaman antara kedua belah pihak.Bukan sebab keinginan perasaan untuk.mengisi hati yang sepi tu jer semata.
Percayalah bila mana diri tu kalau tak sedia nak bercinta tapi dipaksa² jugak.Nescaya hubungan tu takkan kekal lama.Bukan mendoakan yang tak baik,tapi perbetulkan niat tu dulu kalau nak bercinta.Itu sebabnya bila bercinta biar berpada,fikiran tu biarlah waras.Agak rasa macam dier selesa bersama dan selalu buat kita ketawa dah jatuh cinta.Bukan semudah a b c.
Ini bila dah sama² baru rasa ada yang tak kena.Nampak tak ada keserasian antara masing².Tu yang parah jadinya.Jadi perbetulkan niat tu dulu.Nak cerita panjang pun tak pandai tapi tulah yang dapat dilihat antara dorang ni.Pada kawan² yang lain kalau ada nak kongsi pendapat komen jer terus,sikit sebanyak boleh jugak dibaca oleh teman tu..hee
*notakaki-cari isteri dan bukan cari awek...
34 comments:
yeah . cinta tak semudah abc rite ? huhuhu
Cinta datang tak dipaksa.
Cinta datang masa tak diduga.
Cinta datang dalam keadaan lain daripada yang disangka.
Cinta dari hati atau cinta sekadar memenuhi nafsu hati?
Berminat untuk mendapatkan cendawan susu harimau Ligno, sila email ada_shaq03@yahoo.com
Cari cinta kepada Allah lebih baik.
Yang penting..keserasian.. persefahaman & kejujuran dalam sesebuah perhubungan..Insyallah..akan berkekalan selamanye..^^
*suka dgn kata2 notakaki tu..^__^
assalamualaikum..nak cari suami disini...ada tak? heheh
assalamualaikum..nak cari suami disini...ada tak? heheh
betul tu ayie.. aku stuju.. kalau couple sbb nafsu je.. memang tak kemana la..
betul.. cinta tak semudah abc..
cinta ibarat menanam pokok....
kena hati2 menjaganya..
silap baja, layu tak dpt berputik lagi.
ok ok.. nnt nurul nak cerita yang kaw kaw punya..sharing is caring hihi =)
@LiLy @ MumMyQiStInAsetuju dengan akak...terima kasih akak...:)
@Cikgu Mawaalaikumsalam akak,err tak terkata..hehe..;)
sini ada juai kopok lekor? *tiba2. takpelah dah kenal baru dah tau serasi kan, blm kahwin lg ni....serahkan je jiwa raga pada Dia ya...yay!!~
salam..dh lma xmsuk blog ni...em entry yg baik..lau ckp sal cinta ni,rsanya mcm2 jawapn yg kita dpt,berbeza jwpn drp org yg berbeza...tp hakikatnya mnusia 2 sndri xthu apa 2 cinta n ada yg ikut apa yg org lain kata...bergantung pada mnusia 2 sndiri nak menilai cinta tp mstilah cinta sesama mnusia xmelebihi cinta kpd Allah..wallaualam
cari suami.. bukan cri pakwe.. hehe.. :))
*cinta xsemudah a.b.c...1.2.3..alif..ba..taa.. :)
Berminat untuk beriklan? Klik sini. Erkkk salah komen hahahah. Cinta tu manis aiEz. Lagi-lagi kalau dah putus cinta. Bila kenang balik ooohhhhh indahnya.... kannnnnn.....
@EmpayarUtama-ehehe,tula bro..tersenyum jugak bacanya masa mula..hehe...err,ada yg manis dan ada yg suram bro...=='
cinta lepas kahwin.. pasti lagi indah kan..
ya.. cari suami/isteri bukan cari pakwe/makwe..
sayang dan cinta..ia berbeza...
cinra abadi pd ilahi
~jangan salahkan cinta bila timbul masalah tapi cuba muhasabah diri balik..orang cakap masa tengah suka semua cantik tapi bila dah lama yang cantik dah nampak kekurangan..cintalah dengan hati bukan nafsu..dan yang penting jangan sampai melebihi cinta DIA. (^_^)
hahha takot nak bercinta
sepertinya kamu ini orang yang sedang bercinta saja gayanya..
ehem ehem..
kapan akan ketemunya??
semoga jumpa cik-bakal-isteri!!
Kiranya kau doktor cinta untuk diaorang la ni eh? hehe.
Aku tak berapa pandai nak bercerita pasal cinta.Belajar dari kesilapan je. Tapi yang aku tau, aku cuba letakkan cinta kepada Ilahi di tempat teratas kemudian kepada Rasul kemudian baru kepada manusia..
susahkan nak faham hati..
harap2 cinta yang akan hadir adalah cinta yang berlandaskan agama disulami keikhlasan. insyaAllah..
aiez ! update ! :)
cinta eyh...hrmmmmmmm sedap hahaha
@Miss Butterfly-err,akan update...skrg agak bz sikit..inshaAllah...:')
yup..betul tu aie..cinta tu datang sendiri..bukan dipaksa...
Betul2! Suka nota kaki awak, nice! ;)
Lama betul bercinta ni, sampai xupdate blog hehehe
susah jugak ayie kalau, cinta tu kian pudar. kadang2 mungkin pasangan rasa hubungan tu hambar. tu yang buat makin pudar.relationship ni macam2..aihh takut nameee..i wont take the risk.
cinta lepas kahwin ja. senang cta. :D
cinta itu mcm cili padi..lagi pedas lagi masyuukk...fuhh ayat...
Post a Comment