May 28, 2012

Renungkanlah Dan Fikirkan...





hidup pelbagai warna,begitu juga manusia




assalamualaikum,


hiburan,siapa yang tak suka hiburan kan?tipu la kata kalau tak suka sesuatu yang menghiburkan...tapi,perlu ke hiburan tu jadi sampai melampau?semestinya takkan..hiburan itu boleh tapi biarlah berpada²..bukan sampai tahap melalaikan dan juga menjadi sesuatu yang sia²..

ini bukanlah nak cerita pasal hari belia negara,ketepikan itu semua..fikir dengan fikiran yang terbuka dan mata hati yang menilai segalanya..maaflah jika ada yang terasa,tapi sesuatu yang tak kena perlu ditegur juga.bukan untuk sesiapa,tapi untuk kebaikan bersama..

hari ini,kita boleh tengok pelbagai hiburan yang dihidangkan jadi santapan kita semua..tak kira lah,dengan rancangan berbentuk hiburan,gosip harian yang tak kesudahan,rancangan yang mencungkil bakat dari segenap umur..perhatikan,dari setiap peringkat umur kita disajikan dengan hiburan..dari yang kecil muda sampai keusia menjengah senja..segalanya ada didepan mata..perlukah itu semua?usah berikan jawapan,cukuplah anda sendiri yang tentukan jawapan...

cukup letih sebenarnya,malah rasa sedih juga ada..kemana arah tuju kita semua?adakah dunia yang dikejar semata?sampai akhirat bekalan lupa segala..percaya kalian juga perlukan sesuatu majlis yang pengisian..sama juga diri ini juga dahagakan ilmu yang boleh dijadikan panduan..tapi apa yang disajikan?lebih banyak pada hiburan...bukan itu yang diharapkan,bukan itu jadi bekalan...perbanyakkan majlis tentang kerohanian dan ketuhanan,dan bukan majlis atau perkara yang melalaikan..

tengoklah terlalu banyak hiburan menjadikan kita hari ini lemah..lemah dalam segala hal,terlalu banyak hiburan menjadikan kita lupa segalanya..sampai bila?sampai bila nak macam ni tu semua..cukup²lah..bila terlalu lama dibuai dengan keseronokan kita jadi lupa dengan segala batasan yang perlu dipelihara..sudah²lah

*ini cuma hanya pandangan peribadi,sekadar hanya meluahkan isi hati..memerhati dalam mencari,siapa kita hari ini...

27 comments:

Unknown said... BALAS

Iya. Letihlah nak difikir benda tu semua tapi kalau tak fikir pun tak boleh juga. Dah rasa muak tengok. Benda tidak penting diutarakan berkali-kali sehingga benda penting tertinggal.

Syazwan Che Deraman said... BALAS

aku rasa, ni punca astro nih.
kan?

cimöt said... BALAS

Aku pon rase sama macam ko jugak aie..

hiburan melalaikan membuat kita leka dan alpa..

ShalleyshaLina a.k.a ChaLie said... BALAS

Yeaaaaa rite =)

LiLy @ MaMaQiStInA said... BALAS

Setuju dengan Aie...
skrg ni terlalu byk hiburan yang disajikan utk santapan..risau juga...
Moga kita tak leka & lalai dengan semua tu...

Atiqah Wadiah said... BALAS

heee~betul tu..skrg ni manusia lbh t'kejar2 kan hiburan drpd kerohanian..apa2 pon i lebiu ustaz don dan ustaz azhar idrus..eh eh..

kajaharuna said... BALAS

kadang-kadang saya bertanya, takde ke hiburan yang bole atau ade kene mengene kepada akhirat??

Rtp Farra Arisha said... BALAS

different people, different opinions. apa yang ayie bagitau ada benarnya juga. kita dah tau bahwa apa yang baik itu datang dari Allah. makanya yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan. :)

rahmatArtCreative said... BALAS

btol gak ape yg dikatekan...ikot mne yg elok n elakan mne yg x elok...yg pnting ingat akhirat....

YouSOF said... BALAS

Berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah.. (lagu Raihan) ;)


Tapi hiburan depan mata kita sekarang ni, dekat Malaysia ni dah melimpah-limpah-limpah sangat..


Aku sentiasa cuba hadkan hiburan aku, Alhamdulillah buat sikit² lama² makin terbiasa..

anamizu said... BALAS

biar hapdet sekali sekala.
aslkan jgn tutup terus.

garang nih ! =P







luv,
cik ana

Zehan Ilyana said... BALAS

saya setuju dengan awak..hiburan ni memang melalaikan dan mengalpakan..

kita lemah sebab susah nak tinggalkan hiburan.. :(

Zul fattah said... BALAS

kadang2 diri ini pun terjebak dgan hiburan yg melampau.. insyaAllah.. hrap2 masih dlm jalan yg benar..

♥ Nana BamBam ♥ said... BALAS

nak denga muzik,tengok tv, main gitar,dram, piano, trumpet, keyboard atau sewaktu dengannya boleh....tapi jangan sampai leka tanggungjawab sebagai orang islam (solat). konsert2 yg x berfaedah baik x yah gi..lagi melalaikan..

Faaein Talip Roy said... BALAS

Dunia kita di masa hadapan di tentukan oleh remaja kita di masa kini..


hurmmm... =(

MalizaMah said... BALAS

remaja skrg belia skrg.
sukar digahami scr menyeluruh.
"melentur buluh biarlah dari rebungnya"...
generasi akn dtg lahir dr didikan awal..

MalizaMah said... BALAS

remaja skrg belia skrg.
sukar digahami scr menyeluruh.
"melentur buluh biarlah dari rebungnya"...
generasi akn dtg lahir dr didikan awal..

Dkna Abza said... BALAS

memang melalaikan

m said... BALAS

salam aie. lama mya xlawat sini sejak lappy rosak n internet connection yg limited :( betul tu, hiburan ni sebenarnya baik jika tahu limit. tapi dgn sumber yg makin meriah dan pelbagai ni adakala meletihkan dan membuat terleka. padah tu. kena wasatiah selalu :)

en_me said... BALAS

letih kanns.. uhhhuu

EmpayarUtama said... BALAS

Luas skop ni bro. Internet ni pun antara hiburan juga pada aku. Tu yang cuba elak semenjak dua menjak nih takut kerja sangkut ^_^

Anonymous said... BALAS

hhhehe sabar jelaaaaaaaa

Unknown said... BALAS

betul tu aie....zila rasa tergoda dgn hiburan semua nih. lgsg xde faedah! time kasih atas entry nih....time kasih mengingatkan...time kasih!!

fatin said... BALAS

ya..dgn hiburan yg melebih2 juge membuatkan kerajaan islam turki uthmaniyyah jatuh dulu...

AnakPakZohar said... BALAS

hiburan wat kita leka.. hukhuk..

maaf aie lama tak singgah sini.. =)

say to easy=) said... BALAS

hiburan jgk wat kita mudah alpa.lama x jenguk blog aiez.hope sihat2 k :)

EmpayarUtama said... BALAS

Singgah; nampak aktif kat fesbuk ^_^

Free Blog Theme and Templates