August 06, 2013

Gambar Dan Bonda...

Assalamualaikum,







 



 *antara gambar kegemaran*



Pagi tu,aku duduk seorang diri sambil main telefon bimbit..sambil godek-godek telefon aku buka aplikasi untuk kamera..ya,memang hobi aku suka mengambil gambar. Mencari sudut yang sesuatu mengambil gambar,aku cuba menangkap gambar kemuncup yang pada aku nampak sangat unik..kuasa Allah dalam menciptakan sesuatu kejadian, betul takde siapa yang perasan yang ni adalah kemuncup yang ada dilaman rumah.Sebenarnya aku juga tak perasan,tapi sebab cuba tangkap gambar embun maka aku pun jumpa kemuncup ni. cantik bukan?berbentuk love..takde siapa peduli kemuncup,tapi bila diambil gambar macam ni,baru kita tahu indahnya alam kebesaran kuasa Allah..:')



                                   *ini sebenarnya kemuncup,sebelum berkembang jadi lurus*


Berbalik pada cerita,hobi aku memang suka tangkap gambar..gambar yang menjadi kesukaan,gambar alam.Tu adalah target aku tiap kali ambil gambar.berbekalkan dengan telefon ambil gambar dimana jer aku suka. Senang dan mudah dibawa.Kagum sebenarnya bila kita ambil gambar dan tengok balik gambar tu,ada kecantikkan yang kita sendiri jarang perasan.Benarlah kata orang,Allah tak jadikan sesiatu sia-sia melainkan untuk kita mengkaji dan menghayati apa yang Allah dah ciptakan untuk kita.Dari situ dapat kita lihat betapa kecilnya kita,kebesaran Allah.Walau teknologi secanngih mana,takkan sekali mampu serupa Allah jadikan.

Dalam masa aku tangkap gambar dan simpan kat komputer tu,aku mula sedar sesuatu.Satu perasaan yang bersalah dalam diri.Aku terkedu sebenarnya selama ni aku tak perasan benda ni..Apa dia? baru aku perasan dalam banyak-banyak gambar hanya sekeping dua jer muka bonda kesayangan aku.Ya Allah,aku benar-benar tak perasan selama ni.Dalam beratus gambar yang aku ambil,dengan gambar awannya, permandangan,kanak-kanak,bunga,dan unggas lain tapi gambar bonda aku hanya sekeping dua?Rasa bersalah teramat sangat,bonda yang melahirkan aku dan membesarkan aku tapi gambar hanya ada sikit jer. Bagi aku,bonda aku adalah segalanya,apa salahnya berikan memori kegembiraan gambar bersama aku dengan bonda.Bonda cuma satu,tiada bandingnya dengan orang lain. sejak aritu,aku ambil gambar bonda dan dijadikan satu kenangan buat aku.Dari raut wajah bonda,kelihatan bonda telah tua dan berusia.Rambut beruban dimakan usia,ya aku semakin dewasa dan bonda semakin tua. Hargai mereka yang kita sayang selagi masih ada.Sayang bonda buat selamanya..:')

Berapa ramai antara kita yang simpan gambar orang tua kita dalam telefon ataupun dalam wallet?soalan jujur untuk kalian untuk sama-sama renungan dan sama perbaiki kekurangan Ni dah nak dekat raya,pada yang jauh pulanglah jumpa ayah dan bonda,gembirakan hati mereka dihari-hari tua..usah abaikan mereka,kerana tanpa mereka siapalah kita hari ini..



p/s:maaf jarang update blog sekarang,terima kasih sudi singgah...

6 comments:

Anum said... BALAS

Selamat Hari Raya Aidilfitri

EmpayarUtama said... BALAS

Canggih enset bro.

Iyalah, akupun, amik gambar bonda time raya je. Bila kumpul dalam satu album, nampak perubahan ketara raut muka dan susuk tubuh beliau.

Unknown said... BALAS

slmt ari raya aie :)

Sya_Merpati Putih 88 said... BALAS

cantik sungguh gambar2 itu ...
kamu mmg berbakat besar dlm seni foto..
semoga sukses dlm bidang yg kamu mintai ini...
sayangilah bonda selagi masih ada, terima kasih kerana mengingatkan diriku jua..

selamt hari raya, maaf zahir & batin...

Unknown said... BALAS

cantik gambar :)

m said... BALAS

cantik2 gambar awk tangkap! salam raya:))

Free Blog Theme and Templates