June 29, 2011

Wordless Wednesday...

 Apakah itu Wordless Wednesday?


-WW ni satu trend utk semua bloggers di alam Maya. Di mana setiap rabu semua bloggers membuat post tanpa apa2 caption/penerangan/cerita dan sebagainya.

Kali kedua join WW ni..

















berminat nak join jugak?like page ni di fb...^^,dan juga Sekapur Sirih diblog mereka...

June 27, 2011

Hari Ini...



Sekarang ni dah jadi macam satu trend pula bagi semua stesen tv nak adakan program realiti.Semuanya tumbuh bak cendawan selepas hujan.Ada yang mengetengahkan program yang berbentuk mencungkil bakat terpendam yang selama ini tersimpan.Baik dari segi nyanyian dan dan sebagainya.Tak cukup dengan itu,ada pula program bagi usia emas menunjukkan bakat yang terpendam.Terlalu banyak untuk dikira sebenarnya program realiti yang berbentuk hiburan semua ini.Tapi bagi program yang berbentuk keagamaan pula?boleh dikira cuma seberapa sahaja.

Hiburan yang semata-mata dunia.Ada yang berpesta berpegangan tangan tanpa ada rasa segan silu antara lelaki dan perempuan.Menari dan berpacaran seiringan senada dengan alunan muzik yang dimainkan.Penonton bertepuk tangan dan sorakan tanda memberi sokongan dan kekuatan.Hiburan yang tanpa batasan,bila dunia yang selalu diagungkan.Kemasyuran jadi keutamaan,dunia jadi pilihan dan hiburan jadi pegangan.

Itulah realiti hari ini,rancangan yang berbentuk hiburan semestinya menjadi pilihan yang pertama.Keseronokkan dan hiburan itu mesti ada.Lumrah,sebagai manusia biasa aku pun kadang-kadang inginkan hiburan juga.Tapi perlu ada batasannya,usah terlalu mengejar dunia semata.Sekadar berpesan-pesan sesama kita kerana aku juga tidak juga sempurna sifatnya.

Selama mana hidup kita?adakah hidup untuk selamanya?sedangkan kematian itu bila masa sahaja.Sudahkah kita bersedia,bila saat itu menjelang tiba.Saat diri masih lagi alpa dengan berhibur disini sana....

June 25, 2011

Kita Mudah Lupa?...



Sebagai manusia sifat lupa takkan boleh lari dalam diri.Ada yang kata lupa ni terjadi bila banyak sangat makan kepala ikan,err betul ke?Kalau kata tertelan semut tu pun boleh menyebabkan kita lupa juga ye?.Banyak juga faktor yang boleh menyebabkan kita lupa ni.Dan kalau kita ingat,kita juga pernah berjanji.Agak-agak kita ingat tak?mungkin ada yang terlupa...

Agak dengan siapa ye?sewaktu kita dialam roh kita pernah berjanji dengan Pencipta bahawa kita bersaksi Allah Tuhan yang satu,dan akan menuruti segala arahannya dan menjauhi apa yang terlarang.Pada ketika itu kita berjanji takkan merosakkan alam ini tika kita berada di dunia.Menjauhi perkara yang dilarang dan menjadi hambaNya yang soleh.Berjanji takkan melupakan janji yang pernah dilafazkan,sebelum dilahirkan didunia.

Pada ketika itu juga kita berjanji akan berusaha menjadi anak yang soleh dan mendengar kata orang tuanya.Mendengar kata apabila dibicara dan akan menjaga orangnya apabila sudah tua.Begitu besarnya pergorbanan seoarang ibu dalam melahirkan kita sehingga hari ini.Walau apa jasa dan kebaikan yang kita lakukan takkan mampu terbalas dengan apa yang telah ibu berikan.Berjanji untuk bahagiakan kedua orang tua hingga keakhirnya,tapi kita lupa bila usia menjelang dewasa.


Bila usia menjengah dewasa,mula kenal dunia sebenarnya.Janji yang pernah dilafazkan lupa segala.Dibuai indah godaan dunia.Dunia yang besar masih belum banyak diteroka,keseronokan dunia masih belum puas dirasa.Lupa dan terus lupa.Leka dan lena dengan semuanya.Janji yang diucapkan masih belum dikota.Lupa dan terus lupa.


Mana janji yang pernah dikatakan?masihkah ada ruang dan kesempatan untuk berubah perbaiki kesilapan dan menunaikan janji yang pernah diberikan?.Jalannya masih ada,ruangnya sentiasa terbuka.Selagi nyawa masih ada,selagi jasad masih terdaya.Dia sesekali takkan pernah melupakan hamba-hambaNya.Kita yang sebenarnya lupa padaNya.Betapa diri ini rapuh,moga ada kesempatan untuk perbaiki kesilapan dalam perjalanan sebuah kehidupan...

June 23, 2011

Itu Hak Aku...





"Itu hak aku untuk bersuara,aku adalah aku... "

Pernah dengar ayat diatas?kebebasan bersuara yang selalu kita agung-agungkan.Hak individu dalam meluahkan setiap pendapat dalam diri dari menjadi seorang yang hipokrit pada diri dan orang lain.


Benar,itu hak kita untuk bersuara.Kerana kita juga negara yang mengamalkan sistem kebebasan untuk bersuara dalam meluahkan ketidak puasan hati dalam sesuatu perkara.Tapi jangan dipandang terlalu jauh,lihat pada sekeliling kita.Kita sebolehnya ingin menjadi seorang yang jujur dalam sesuatu perkara,tak ingin untuk menjadi yang menampakkan sikap hipokrit dalam diri.Mungkin jawapan yang diberikan adalah mudah,itu adalah aku.Kenapa perlu menjadi orang lain sedangkan itu bukan sikap dalam diri?benar,tapi harus diingatkan.Dalam sikap kita yang terlalu tidak mahu hipokrit dalam diri,ada juga hati yang perlu dijaga.
Dengan orang sekeliling kita.Kita tak hidup didunia ni sendiri,ada juga hati yang perlu dijaga.

Tak semua diantara kita yang mampu menerima apa yang disampaikan dengan kata yang secara terus.Seeloknya disampaikan secara yang lebih berhemah,bukan dengan nada yang berbaur sindiran dalam meluahkan apa yang dirasakan.Kita punya adab dan agama,diajar juga berbudi bahasa.Gunakan tutur kata yang sebaiknya dalam setiap butir bicara.Ini bukan soal hak dalam setiap apa yang disuarakan tapi kesan dari jangka panjang dari apa yang dituturkan.Setiap kata juga adalah satu doa,baik buruk dalam apa yang dikata.


Hati kita semua tidaklah sama,ada yang elok dalam menerima dan ada juga yang akan terasa dengan apa yang dikata.Membina sesuatu persefahaman mungkin mengambil masa,tapi dengan merosakkan sesuatu perhubungan dalam silaturahim sesama insan itu amatlah mudah caranya...

June 15, 2011

Wordless Wednesday...Entri Tanpa Cerita...

















p/s-hanya gambar yang akan menceritakan segalanya...:)

nak join?klik sini...





Free Blog Theme and Templates