December 09, 2011

Contengan Kehidupan...








Assalamualaikum,




contengan hanya sebuah nukilan,
hanya luahan dari seorang insan,
yang melihat pada sebuah lukisan,
potret perjalanan sebuah kehidupan.

setiap dari sebuah perjalanan,
ada episod yang ceritanya berlainan,
kita yang menjadi watak dalam sebuah lakonan,
pentas kehidupan episod seharian.

ini kisah tentang mereka dan dia,
yang punya pelbagai gaya dan cara percakapannya,
slanga juga ada dalam bicara,
gaya barat ikutan budaya.

melihat  pada cara mereka,
membuatkan kadang terfikir juga,
adakah terlalu berfikiran terbuka?,
bagai agama hilang entah kemana.

bila dibicara tentang agama padanya,
dikata kita ceramahnya pula,
sedar juga diri ilmu tak seberapa,
tapi,sebagai saudara harus berpesan juga.

hidup ini bukan untuk meninggi diri,
hingga terlupa usul dan berpijak dibumi,
sedarlah,esok mati adalah pasti,
pasti jua akan dikebumi nanti.

ragam manusia pastinya berbeza,
perangai kita tak semua sama,
apalah ada pada nama,harta,rupa dan wang berjuta,
akhirnya nanti ditinggal juga.

berpijaklah pada bumi yang nyata,
usah terlalu lena mimpi tidurnya,
andai terlena terlalu lama,
leka,alpa jadi teman setia.

begitulah corak mainan dunia,
yang penuh dengan seribu satu daya,
yang terleka terus terlena,
dibuai mimpi yang indah sementara cuma

*aie@ayie*

61 comments:

Abu Huzaifah said... BALAS

nice... :) keep it up..

Qaseh Qistina said... BALAS

wow..karya sendiri ka aie?? pandai menulis ek...

sy tag aie.kalu sudi join la eh.
http://qesahqaseh.blogspot.com/2011/12/1st-giveaway-lily-butterfly-by-miss.html

say to easy=) said... BALAS

ragam manusia beza bicara,tak semudah untuk menilai

kajaharuna said... BALAS

woah saya suka ayat awak..
senang faham..
saya baca dengan adik2 saya..
dorang pun suka.. :)

enyheartsdiamond said... BALAS

suka perenggan kelima :)

cimöt said... BALAS

manusia yang beribu ragam..
tak mampu untuk kita genggam..

LiLy @ MaMaQiStInA said... BALAS

Nice post..
I Like.. :)

x salahkan kalau saling menegur utk kebaikan dunia & akhirat.tegur menegur amalan mulia.. :)

MalizaMah said... BALAS

saya suka berkarya.. tapi sekarang ni dah ketandusan idea.. kena selami jiwa sedalamnnya utk melahirkan menjadi bait-bait indah.. namun adakala mengundang satu rasa yang cukup aneh .. rasa itu amat tidak digemari...

btw, puisi yang indah..

CintaZulaikha said... BALAS

wowwwwww..yg terlena mmg akn salu terleka

fatin said... BALAS

'contengan' tentang 'hasil bacaan' tentang mereka...

membuka minda. terus berfikir.
kehidupan..
dunia oh dunia..

p/s:nice writing here, aie...=]

محمد رازيق said... BALAS

nice ayie.. like. penuh kenyataan tntang hidup manusia.. manusia itu mudah lupa.. bagi yg beringat mengingatkan si lupa.. bila lupa dah ingat, si lupa pula ingatkan yang lain..

adwafarahin said... BALAS

dunia nie sementara
kita mencari hakiki di akhirat sana

Anum said... BALAS

corak dan mainan dunia

Aien Not Alien said... BALAS

nice entri ayie...

contengan yang menggambarkan aksara kehidupan...^_^"


gambar cantik..koleksi sendiri ke?

aiEz said... BALAS

abu@terima kasih sahabat...^^

qaseh@yup,masih belajar menulis macam ni...^^,

ida@yup betul tu,pelbagai ragam ceritanya..^^

kaja@err,terima kasih awak...^^,

eny@pesanan sebagai saudara seagama...^^

cimot@yup betul tu,hanya mampu berpesan sesama kita...^^

sislily@terima kasih kak,betul kak...harap ada juga yg tegur aie andai ada silap dalam tutur kata...^^

alieza@terima kasih,err jom berkarya kembali..^^

siszulaikha@yup betul tu kak,jom kejutkan..ehehe..^^

FM@yup,hanya contengan berkisar pd sekeliling dan diri,mengajak utk berfikir utk seketika...^^

ajik@terima kasih ajik,yup jadi kita selalu beringat2..^^

adwa@yup betul yu adwa,singgahan yg sekejap jer...^^

sisanum@yup,kita pelakonnnya..^^

aein@terima kasih ain..^^
yup,koleksi sendiri...mana yg dr google kena krdt kat google,hee..;p

So Shy Lady (SSL) said... BALAS

Dunia ini ibarat pentas lakonan. Manusia itulah pelakon dan pengarah utama. Al Quran dan Sunnah adalah skripnya,malaikat adalah jurinya,syurga neraka adalah anugerah dan Allah adalah hakimnya ;D

Aki said... BALAS

Bro,you got nice full word.. ^_^.v.. Thanks for the sharing.. he he he.. ni syair ke?? ;-p

Dina Ifhami said... BALAS

nicee :)

fatema said... BALAS

dunia hanya pinjaman,akhirat kekal,jangan lupa akhirat kerana dunia,tak apa kalau tak dapat dunia tapi dapat akhirat,tp jgn sampai tak dpt dunia dan tak dapat juga akhirat...

m said... BALAS

maaf aie. skang jarang2 dpt belogwalking maklumlah laptop mya masih koma sobsobbb T_T

tapi hidup sebagai manusia memang kena selalu beringat, dan biarlah rendah diri. paling penting kesederhanaan. salam jumaat aie:)

YouSOF said... BALAS

Like sekali lagi! ;)


Hidup penuh dengan fatamorgana, salah atauu betul menanganinya itu terpulang pada manusia..

Rtp Farra Arisha said... BALAS

warna-warni kehidupan..hidup yang penuh dengan pancaroba..have to be more careful when doing something and anything you gonna do..:)
happy weekend aie..

cik ika said... BALAS

bnyk orang banyak ragam..

Lea Isnawi said... BALAS

nice. suka bait2 ayat ko

anamizu said... BALAS

hemmmmm *urut-urut dagu memikir* =P
selagi namanya MANUSIA,begitulah..






luv,
cik ana

Anak Wak Mail said... BALAS

nice!

tak semua orang sama.hidup tetap perlu diteruskan..;)

MalizaMah said... BALAS

aiez... saya ada ketengahkan entri / blog awak kepada rakan saya.. dia peminat puisi.... hihihi.....

tak nak hantar ke TUNAS CIPTA... kalau terkeluar dpt rm100.. cuba2 nasib...

aiEz said... BALAS

soshylady@terbaik,betul sgt apa yg dikatakan..aie setuju,kita adalah pelakon dipentas yg sementara cuma...^^v

aki@aki,aie masih baru..^^,syair pari-pari,hehe...sajak aki..^^

dina@thanks dina..^^

imie@betul,jangan lupa akhirat sana..^^

mya@tak apa mya,aie fhm...^^
betul,keserderhanaan dlm segala hal,itu yg terbaik mya..^^

yousof@terima kasih sahabat,^^
betul tu yousof,hitam putih kehidupan...

farra@betul tu,kisah pelbagai dlm setiap cerita sebuah kehidupan...terima kasih farra juga..^^

ika@yup,kerenah kita manusia..^^

lea@err,thanks...^^

ana@nanti panjang dagu,hee..;p
yup,macam2..^^

anakwakmail@yup hidup perlu diteruskan..^^

alieza@err yeke?terima kasih sgt...err macam mana nak buat ye?berminat juga ni...

Namee Roslan said... BALAS

ayie sungguh puitis. :)

hidup ni cabaran. kita yg kena corakkan kain putih yg diberi. sesama manusia pun perlu saling mengingati tp pd siapa yg tak suka hidup saling mengingati tu..silakan sesat sorang2. salam jumaat ayia :)

Juliet_iRa~" said... BALAS

wahh..pndai mengarang..:)

keep it up..

jom jalan2..heee

Ungu Violet said... BALAS

yep...kita hanya pelakon di pentas dunia...

pandai2lah nak memilih wataknya..:)

yana-feehily said... BALAS

manusia mudah lupa diri..maka perlu untuk saling ingat mengingati..supaya tidak disoal nanti.. ^^

MalizaMah said... BALAS

Encik Ruslan Abdull Raffar (Editor)
(arruslan@dbp.gov.my)
ni emel nya untuk emelkan karya..
tapi be4 hantar.. awak kena sertakan sekali maklumat awak dan surat pengakuan...
beri emel.. nnt saya 4ward kan contoh surat pengakuan dan butiran2....
kawan saya dah 2 kali kuar.. ada yg dah berkali2... isyyhhh......
saya nak mula berkarya, tapi punya lahh malas..

aiEz said... BALAS

namee@err,namee...^^
yup betul tu namee,kita yg corakkan apa pilihan dan jln yg diberi..salam jumaat juga namee..^^,

unguviolet@betul tu..^^

yana@setuju,betul tu...^^,

alieza@baik,terima kasih sgt2..^^
cuba kan,untung nasib timbul.err jgn mls2,hehe...

ira@err,percubaan aie ni..^^
jom2,amboih...;p

Cikgu Ma said... BALAS

puisi jiwa tak tenteram...
tak terukir dengan minda krem =)

meisnani said... BALAS

<<<terlambat

hidup = pentas

manusia = pelakon

lakonan yg baik akan selamat
lakonan yg teruk akan susah kelak


p/s : tersirat..

Rafi Harumin said... BALAS

Assalamualaikum.

Puisi yang menarik. Teruskan berkarya.

EmpayarUtama said... BALAS

ermmm, aku tak reti nak komen yang ini :(

Unknown said... BALAS

wahhhh...penuh dgn makna...nice2~~

syafiqa said... BALAS

jeling2 di bawah bila dah mula mendongak ke langit.
takot kita di bawah kalau terusan alpa.

Little Faa said... BALAS

good job !

bw here, for the first time ^^

RinsyaRyc said... BALAS

nothing everlasting.. satu hari nanti smua lenyap dn kita hnya bwa amalan kita <3

Addin said... BALAS

suka :)

di dunia, kita adalah pelakon, org sekeliling adalah penonton, Allah adalah pengarah dan dunia ini adalah pentas nya sendiri.

hani said... BALAS

saya suka..

sangat!
:)

Mrs Nurul said... BALAS

Salam ayie...tanx sebab sudi komen blog nurul..i pon jrg komen blog org :-)

Neway...

Yang jahil ttg ilmu agama ni..banyaknya sbb kurang didikan dari mak ayahnya...didikanmya lain....pastu hasilnya...anak yang jahil ttg agama..

Harap sama sma sedarkan yang lupa...dunia pun semakin tua...

alyachan said... BALAS

waahhh... terbaik lahh..

suke bace :)

rozeeta rashid said... BALAS

fuiyo! ada bakat ni. hehe.

betul tu. jangan terlalu leka dengan dunia.

Fyqa said... BALAS

wowww. puitis .

:)

cimöt said... BALAS

jom join kontest gua!!

http://akupunyepasalaaa.blogspot.com/2011/12/mimik-momok-contest-is-released.html

syakirahmn said... BALAS

dunia menelan jiwa manusiaa.

nice!

RinsyaRyc said... BALAS

slm <3 , aie tu kalau 1.5 k ke bwh, carik bini yg gaji 2 k ke atas . keh-3 *okcdnganmengarut +_+

m said... BALAS

boleh kalau nak berfikiran terbuka, asalkan masih ada landasannya:)

hanaahmad said... BALAS

manusia memang ada banyak peel.

Faaein Talip Roy said... BALAS

nice lah!..

kita hanya pelakon di dunia sementara..

cik ika said... BALAS

pndailah buat puisi cmni..ika ta pndai pun..

CintaZulaikha said... BALAS

suka, pandai aie olah ayatnya..penuh ngn metafora...:)

Faaein Talip Roy said... BALAS

nice word lah ayie..

tapi tak sempat baca habis..

blogwalking secepat mungkin.. hehehe..

maisarah sarah said... BALAS

aiseyman baru terjumpa la orang tapah.hahaha xsengaja terjumpa blog anda di latest entry kak faaein

aiEz said... BALAS

terima kasih semua,hrp beri tunjuk ajr mana yg aie kurang..^^,

maisarah@hee,tau jer td maisarah komen situ,^^

amna said... BALAS

sgt kreatif :')
kehidupan banyak mengajar dan membentuk diri kita..
kehidupan banyak mengubah dan mencorak ke mena arah tuju kita..

aiEz said... BALAS

amna@err,terima kasih..^^,
betul tu,kehidupan yg mengajar erti jatuh bgn sepanjang perjalanan hidup kita..

Free Blog Theme and Templates