March 23, 2012

Diri Mu Bunga Jelita...






wahai dirimu bunga jelita,
nilainya tinggi penyejuk mata,
biar ramai yang cuba menduga,
namun iman masih lagi teguh didada...

wahai dirimu bunga jelita,
menjadi idaman para jejaka,
biar yang datang lebih buaya dari yang ikhlasnya,
namun dikau masih lagi tetap pendiriannya...

wahai dirimu bunga jelita,
maruahmu itu jagalah ia,
kembang perawan peliharalah ia,
buat yang berhak memilikinya...

wahai dirimu bunga jelita,
pelihara batas dengan sebaiknya,
jangan dicemar dengan kumbang durjana,
kelak menyesal tiada berguna...

wahai dirimu bunga jelita,
dirimu itu tinggi nilainya,
janganlah dicemar akan ia,
dengan tangan yang sengaja yang menyentuhnya...

wahai dirimu bunga jelita,
manis dirimu penambat jiwa,
janganlah disalah guna ia,
kelak menabur fitnah dunia...

wahai dirimu bunga jelita,
dirimu teguh yang sebenarnya,
bukannya mudah layu kerana kata manis belaka,
kerana dari manisnya kata kelak dirimu akan binasa...

wahai dirimu bunga jelita,
bukan memuji mahupun cuba memuja,
kerana dirimu terlalu istimewa dan berharga,
peliharalah maruahmu janganlah dipersia akan ia...

18 comments:

anamizu said... BALAS

lama sepi.. finaly ayie is backkk!
welkem back brader ;)








luv,
cik ana

AnakPakZohar said... BALAS

Insya Allah... inginkan diri ini menjadi bunga jelita ^^

Syazwan Che Deraman said... BALAS

jelita rupa dan jelita perangan adalah sangat sangat jelita.

lama kau tak update.

Cikgu Ma said... BALAS

rindu jugak dgn blog ni ^_^

hope, akk mnjadi bunga jelita buat psangan ^_^

syakirahmn said... BALAS

loike!

Unknown said... BALAS

Oh bunga jelita, apakah ada tercipta untukku?

Unknown said... BALAS

Oh Bunga Jelita, adakah tercipta untukku?

Anum said... BALAS

welcome back

Amin Hafizy said... BALAS

semoga menjadi seperti bunga jelita...

Zehan Ilyana said... BALAS

wahh..lama dah xdtg cni..:DDD


nice puisi..:D like it!!

nollyfyenee said... BALAS

nice entry...

Unknown said... BALAS

wow...bemadah...teringin dlm kelompok bunga jelita itu...tp...entah...lama xupdate ni...

Namee Roslan said... BALAS

bunga jelita itu menuju kepada wanita kan ? dan wanita kena jaga maruah diri.:) ayie, welcome back :)

aiEz said... BALAS

namee@yup merujuk pada wanita...:)
thanks namee,:')

CintaKhadijah said... BALAS

tetibe CK feeling jadik bunga jelita.
#perahsantan.#

ahaks!
:p

cimöt said... BALAS

wahhhhhhh..sape bunga jelita ayie ni???

jeng jeng jeng

aiEz said... BALAS

cimot@masih mencari...==''

amny said... BALAS

best la ayat ^^,

Free Blog Theme and Templates