February 05, 2014

Siapa Wanita Tu?....



Pertama kali nak share cerita seram dalam belog setelah lama menyepi..ada masalah peribadi yg susah nak ceritakan..tu yg lama menyepi dr belog..kat fb dgn ig jer rajin post tu pun sbb bendanya senang type sikit post..huhu...okehlah nak ceritakan misterinya..ceritanya macam ni,ak ada kawan yg boleh nampak benda2 ni..selalunya dia akan nampak lepas pada asar...bila dah masuk maghrib tu jgn cakaplah memang waktu benda2 tu bergerak aktif..katanya tiap kali azan maghrib,benda2 tu semua akan terjerit2,lari bertempiaran masuk dlm toilet,cari tempat kotor utk sembunyi.,ada jugak yg lari menyempit  bawah2 sinki bila tiap kali azan..ada jugak yg masuk celah2 tingkap sebab nak masuk rumah elak dr azan..ak percaya sbb benda ni dalam keluarga dia bukan dia sorang je yg nampak tp famili dia pun sama..tapi apa yg ak nak ceritakan ni bukanlah hal famili dia,haha..tu dah lari topik dr apa ak nak cerita...hehe..sorilah ak cerita selit kelakar sikit,sbb ak tak nak korang rasa bosan bila nak cerita berjela ni..hahaha..

okeh serius,ceritanya macam ni..bukan macam tu ye,haha..ingat lagi cerita conjuring?cerita hantu tu?..haa masa ak dengan kawan ak yg boleh nampak benda tu lepak sama nak tgk wayang..asalnya nak tgk cerita lain,tapi sbb tempat ak nk tgk tu dorang tak amik cerita nak tgk tu,maka kiteorang pun amiklah tgk cerita conjuring tu..masa beli tiket lagi dia dah mengeluh,cakap kat ak buat apa ak tgk cerita hantu sbb ak dah tgk pun hantu hari2..katanya..tapi ak pulak nak tgk jugak sbb kat fb cakap bestlah semua..haha..nak taknak dia ikutlah jugak..

lupa pulak..ak dgn dia selalu lepak sama2..keluar makan tiap sabtu malam..kenapa malam sabtu?sbbnya ahad je ak cuti keja..so kira malam sabtu tulah hari boleh lepak dgn kwn2..hari lain bukan tak boleh cuma,esok nak keja kan..so malaslah ak nak lepak balik lambat..dah lah ak keja balik pukul 7 malam..nak lepak lagi?memang taklah..tu jelah masa ak nak sama famili ak..hargai masa yg ada..ye dak?...tapi kan bukan ni ak nak cerita..kita balik pada cerita ak okeh,hahaha..

masa sebelum wayang mula,biasalah kn iklan2 dan promo wayang2 akan datang..ak dgn kwn ak ni dah duduk dh..dia borak2 dgn ak..tiba2 senyap..haaaa,masa nilah ak tau ada benda yg dia nampak..selalu kalau ada benda tu dia nampak dia akan senyap..buat2 pandang tempat lain..tp macam ak memang dah biasa dan tau sgt dah dia selalu macam tu..macam mana ak tau?sebab tiap kali dia senyap dan nampak benda tu..keliling ak jadi sejuk..bulu roma ak meremang..so memang taulah benda tu ada dekat2 kiteorang..masa dia senyap tu,ak tanyalah dia..benda tu ada sini kan?dia angguk..ak pun cakaplah,takpelah dia pun nak tgk cerita conjuring jugak..hahaha..

sepanjang tgk wayang tu,ak tak rasa seram pun..kelakar adalah..serius cakap,biasa sgt jalan cerita...bg ak tak seram..tak tau mana yg seram..kwn ak ni pulak,tiap kali hantu tu keluar,dia cakap dgn ak..hantu rupa macam ni?tak macam rupa dia nampak..tu semua tipu..dlm wayang,org keliling pelik apesal ak dgn kwn ak boleh gelak tgk cerita hantu..haha..bila orang tgk kami diam kejap..pastu gelak2 bila tgk rupa hantu conjuring tu..huhu..

abes jer cerita tu pukul 12 malam..tgk wayang yg pukul 10 tu..tu yg abis lwt..masa keluar abis cerita tu,nak turun tangga dia cakap2 dengan ak..dekat tangga ada benda tu tgh duduk diam je..ak boleh melawak kata,ala dia lepak layan jiwa la tu..kwn ak ni diam je..so dia diam,ak pun senyaplah..

sebelum balik lepak2 warung dulu..pekena   nasi goreng ayam dgn chicken chop..haha sedap kot..suka makan warung tu sebab ada awek lawa..makan2 selesai sudah..lepak kejap jalan2 pergi tasik..nah,kat tasik malam hujung minggu..ramai umat manusia,awek2 mat motor semua ada..jam dekat 1lebih..tak tido ke dorang?tak tido lagi..taulah esoknya ahad..kemain lagi lepak lewat balik..hehe...

ak dengan kwn ni lepak sana kejap..mata pun tak larat ajaklah balik..masa dlm kereta dkt dgn tasik tu ada kubur..bg ak yg tengok memang takde apa..tp kawan ak nj cakap,kat situ skrg ada pocong,pontianak dgn org yg muka hodoh2 duduk situ..arghh,ak yg tak seram td tetiba bulu roma naik..ak usha jela kubur tu,dlm hati seram jugak..huhu..

sepanjang jalan dlm kereta sembang2 lah..dia nampak benda2 tu semua..tp takleh tgur sgt..dia senyap ak senyap...sedar tak sedar eh dah nak sampai umah ak..haha gila laju dia bawak kereta..masa nak sampai umah ak tu,ak cakaplah dia...umah taman ni dlu ada kes org kena bunuh..dia cakap dia tau,ak pun dlu tau org tu kena bunuh sbb dulu taman tu semak gila..skrg ni je taman tu naik buat rumah..haha sape org asal situ taulah tu tanah apa..

nak sampai umah,dlm kereta kwn ak cakap kat ak.."eh rajin mak ko tunggu ko eh?ko ada call mak ko suruh tunggu ke?..."

ak dah blur..bila masa pulak ak call mak ak?argh sudah...ak tanya kwn ak,mana mak ak?

"tu yg duduk atas bangku pakai baju putih tu..."

masih dalam kereta ak usha dari jauh..mana ada orang atas bangku kat luar rumah ak tu..muka ak dah lain..bulu roma dah naik tetiba...kwn ak tgk ak dah lain dia tukar cerita.."eh ak silaplah...tu bangku mana ada org.."

dalam hati ak dh cakap "suwey betul"..huhu ..

dari dalam kereta,ak call mak ak..kunci rumah ak tak bawak..ak call mak ak minta bukak pintu siap2..mak ak tunggu dengan pintu lapang..ak tgk mak ak bukak pintu,baru ak turun kereta..tak pasal2 ak jadi seram sejuk satu badan...masa nak turun kereta tu nak masuk rumah..kat bangku tu ak rasa macam ada benda..kwn ak cuma tgk dr jauh..bila dah masuk rumah,kawan ak baru gerak kereta balik..ak ttp pintu..mak ak tanya.."kenapa kawan tnggu kat kereta tadi"...
aku pun jawab.."dia nampak ada org duduk kat bangku luar td,ingatkan mak..pakai baju putih..bila cakap takde sape dia cakap silap cakap..."
mak ak dah muka lain,ak pulak dah seram sejuk..sampai sekarang masih tertanya..sape perempuan baju putih yg dok luar tu?...wallahualam...


September 26, 2013

Amarah...


assalamualaikum...

berita semasa yang tengah jadi viral di laman sesawang adalah berkenaan tentang perilaku seseorang kepada seorang tua..siapa?tak perlulah nak bagitahu sebab umum dah sedia tahu kan?fiuhhh..

tapi bukanlah nak cerita tentang orang tu tapi sekadar mengajak berfikir sebagai manusia yang dikurniakan akal adalah kita luaskan pandangan tentang apa yang terjadi..

rata-rata komen berkenaan tentang apa yang terjadi banyak yang basuh betul dengan orang tu,heh..aku pun rasa geram juga dengan apa terjadi pada pakcik tu..manakan tidak orang tua diperlakukan sedemikian rupa..bayangkan orang tua itu adalah orang tua kita sendiri,tak ke pilu rasa hati?dimaki dan dikeji tak cukup lagi disepak pula dengan kaki..haih,naik berapi jugalah rasanya..sabarjelah

okeh taknak cerita lebih,aku bacalah komen tentang perkara tersebut rata-rata pun marah dan maki..tapi kan,sangatlah sedikit aku baca yang komen agar dibukakan hati orang tersebut untuk bertaubat dan dibukakan hidayah agar berubah..yeah,itu fakta..

bukanlah nak belahkan mana pihak,tapi agak kesian juga bila mana ibu bapa orang tu pun dipalitkan sekali..yang buruk perangai anaknya tapi terpalit sama kedua orang tua..tak kesama kita sama jer macam mereka yang mana mencaci dan menghina?

sama jer dah jadinya kita bila kita turut sama dan menghina mereka..adalah lebih baik agar didoakan agar terbuka hatinya dibukakan mata melihat akan dosa dan menyesal akan silapnya..dari kita sibuk mencaci dan menghina juga..yang mana tanpa sedar kita sama seperti mereka..

agak ada yang marah kan bila aku cakap macam ni?hehe..taklah,aku tak sokong pun apa yang terjadi,sebab masih guna akal yang diberi..orang tua perlu dihormati..cuma tanpa kita sedar dalam marah kadang kita tersasar,tersilap kata dalam bahasa..tu yang jadi kes maki memaki macam kat pakcik tu..

apa pun,anggaplah ini hanya entri santai..sejenak ajak memikir,kita semua manusia biasa..masing-masing membuat silap,selagi ada masa kita perbaiki mana yang kurang..ada yang silap kita betulkan dan tegur sebaiknya..hemah juga perlu ada,walau hati panas juga terasa tapi kawal sebaiknya...moga kita doakan agar orang tu menyesal akan segala dan sedar akan silapnya..


August 20, 2013

Doa Untuk Mereka...



kuasa yang haq telah dinafikan,
 kejatuhannya telah lama dirancangkan,
 firaun moden manusia berwajah syaitan,
al sisi kamu bakal dilaknatkan..

yang tak berdosa menjadi mangsa,
 baik yang tua muda dan wanita,
dosa mereka kerana perjuang haq yang sebenarnya,
betapa kamu dayus wahai pendusta..

tangan halus cuma bermuka-muka,
kononnya kejadian bukan salahnya,
cuba mengambarkan dia adalah wira,
 binasalah kamu wahai tangan yang durjana...

duri dalam daging juga telah mendedahkan dirinya,
 siapa dia yang sebenarnya,
 misi apa yang dimahukannya,
bergabunglah sunni kita bersatu bersiap sedia dengan mereka...

anak muda yang masih leka,
 masihkah kamu terus terlena,
dibuai dengan indahnya dunia,
 sedangkan syahid dan jihad telah memanggil kita...

jika kalian tak punya upaya,
 palinglah muka tolaklah mereka,
doa kita senjata yang utama,
doakan saudara kita di Mesir dan seluruh dunia...

bangkitlah dari tidur yang lama,
bersatulah hatilah kita semua,
kenapa perlu sengketa yang sia-sia?,
 perpaduan kita lebih utama...

sudahlah dari mimpi yang lama,
ayuh doakan saudara kita,
 siap sedia dengan bakal berakhirnya dunia,
kerana ini adalah salah satu tanda kiamat bakal tiba...

August 06, 2013

Gambar Dan Bonda...

Assalamualaikum,







 



 *antara gambar kegemaran*



Pagi tu,aku duduk seorang diri sambil main telefon bimbit..sambil godek-godek telefon aku buka aplikasi untuk kamera..ya,memang hobi aku suka mengambil gambar. Mencari sudut yang sesuatu mengambil gambar,aku cuba menangkap gambar kemuncup yang pada aku nampak sangat unik..kuasa Allah dalam menciptakan sesuatu kejadian, betul takde siapa yang perasan yang ni adalah kemuncup yang ada dilaman rumah.Sebenarnya aku juga tak perasan,tapi sebab cuba tangkap gambar embun maka aku pun jumpa kemuncup ni. cantik bukan?berbentuk love..takde siapa peduli kemuncup,tapi bila diambil gambar macam ni,baru kita tahu indahnya alam kebesaran kuasa Allah..:')



                                   *ini sebenarnya kemuncup,sebelum berkembang jadi lurus*


Berbalik pada cerita,hobi aku memang suka tangkap gambar..gambar yang menjadi kesukaan,gambar alam.Tu adalah target aku tiap kali ambil gambar.berbekalkan dengan telefon ambil gambar dimana jer aku suka. Senang dan mudah dibawa.Kagum sebenarnya bila kita ambil gambar dan tengok balik gambar tu,ada kecantikkan yang kita sendiri jarang perasan.Benarlah kata orang,Allah tak jadikan sesiatu sia-sia melainkan untuk kita mengkaji dan menghayati apa yang Allah dah ciptakan untuk kita.Dari situ dapat kita lihat betapa kecilnya kita,kebesaran Allah.Walau teknologi secanngih mana,takkan sekali mampu serupa Allah jadikan.

Dalam masa aku tangkap gambar dan simpan kat komputer tu,aku mula sedar sesuatu.Satu perasaan yang bersalah dalam diri.Aku terkedu sebenarnya selama ni aku tak perasan benda ni..Apa dia? baru aku perasan dalam banyak-banyak gambar hanya sekeping dua jer muka bonda kesayangan aku.Ya Allah,aku benar-benar tak perasan selama ni.Dalam beratus gambar yang aku ambil,dengan gambar awannya, permandangan,kanak-kanak,bunga,dan unggas lain tapi gambar bonda aku hanya sekeping dua?Rasa bersalah teramat sangat,bonda yang melahirkan aku dan membesarkan aku tapi gambar hanya ada sikit jer. Bagi aku,bonda aku adalah segalanya,apa salahnya berikan memori kegembiraan gambar bersama aku dengan bonda.Bonda cuma satu,tiada bandingnya dengan orang lain. sejak aritu,aku ambil gambar bonda dan dijadikan satu kenangan buat aku.Dari raut wajah bonda,kelihatan bonda telah tua dan berusia.Rambut beruban dimakan usia,ya aku semakin dewasa dan bonda semakin tua. Hargai mereka yang kita sayang selagi masih ada.Sayang bonda buat selamanya..:')

Berapa ramai antara kita yang simpan gambar orang tua kita dalam telefon ataupun dalam wallet?soalan jujur untuk kalian untuk sama-sama renungan dan sama perbaiki kekurangan Ni dah nak dekat raya,pada yang jauh pulanglah jumpa ayah dan bonda,gembirakan hati mereka dihari-hari tua..usah abaikan mereka,kerana tanpa mereka siapalah kita hari ini..



p/s:maaf jarang update blog sekarang,terima kasih sudi singgah...

July 24, 2013

Kuasa Menulis Tuu..










Assalamualaikum,



lama dah tak menulis blog,sibuk jer memanjang dengan kerja dan dengan keadaan tangan yang kadang asyik lenguh kesan dari di gigit kucing dan operate tu,membataskan diri nak menulis..banyak sebenarnya nak cerita tapi tu lah ada jer halangan.Dan bila halangan tu makin lama jadi penyakit M ler pulak..huhu

okeh abaikan mukadimah yang panjang berjela tu...

apa cerita nak kongsi kali ni?ni nak cerita tentang kuasa seorang penulis blog ni..nah bukanlah kuasa macam kuasa IronMan tu ke,Spiderman ke apa tapi kuasa kita bila menyampaikan sesuatu dalam penulisan..
bukan senang sebenarnya nak bagi orang suka dekat blog kita ni..bermacam idea diperah untuk di isi sampaikan pada pembaca..ada cerita yang disampaikan tu cerita gosiplah,masakan ke apa dan berbagai lagilah..

demi menyampaikan sesuatu pada pembaca..tapi harus diingat jugak,setiap apa yang kita sampaikan biarlah pada sesuatu yang benar dan mendatangkan kebaikan bersama..besar sebenarnya tanggungjawab sebagai penulis blog ni..bagai menjaga satu amanah buat semua.yela kan,kalau buat cerita yang sekadar cerita tanpa ada fakta,fitnah dan pepecahan akan jadi lepas tu..tak ke jadi naya?

harus diingat,selain dari media di tv atau di maya contohnya facebook,penulis blog memainkan peranan dalam sesebuah penyampaian maklumat..jadi apa pun yang kita sampaikan atau cerita bukanlah pada sekadar ikut emosi sesuka rasa,tapi pada amanah dalam menyampaikan sesuatu yang manfaat pada orang lain..kena ingat apa yang kita sampaikan dalam dunia maya ni adalah kekal,apa yang kita buat dengan mudah jer boleh jadi bahan untuk masa depan..dengan teknologi telefon canggih bertambahlah mudah ia tersebar dengan cepat..

fikir dengan bijak bila nak menulis sesuatu perkara,lagi-lagi dalam kehidupan kita kat Malaysia ni yang pelbagai bangsa,agama dan budaya..banyak perkara nak dijaga,berakal dalam menyampaikan sesuatu..fikir berpuluh kali pun takpe sebelum nak buat sesuatu..sekali dah terlajak memang
agak susah dah nak berpatah balik...ni potpet ni pesan jugak kat diri sendiri..sebab dah seronok sangat menulis memang takkan sedar apa kesan baik buruknya benda tu..bila dah terlajak baru nak menyesal takkan berguna lagi dah...
Free Blog Theme and Templates