May 27, 2011

Entri Tanpa Nama...




Entri sekadar renungan sejenak bersama.Walau ada yang elok jadikan sebagai pedoman,aku pun nak bagi nasihat bagai pun tak tahu sangat sebab aku pun ada buat silap secara sedar dan tidak.Kalau kita baca suratkhabar hari bermacam berita yang dapat kita lihat.Dengan kes si polan tu dan ini.Agak ngeri juga baca dengan berita kes jenayah,masalah sosial dan lain-lain.


Yang terbaru seperti kejadian tanah runtuh yang melibatkan anak-anak yatim.Kasihan pada anak-anak yatim sebegitu rupa apabila ditimpa ujian.Pada yang meninggal kita sedekahkan al-Fatihah bersama,moga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman.Tika ujian dan musibah datang menduga tak ada siapa yang terkecuali.


Okey,yang aku nak ceritakan bukanlah tentang anak yatim tersebut,tapi berkenaan kejadian tanah runtuh dan bencana alam kita hari ni.Tanda-tanda yang berlaku pada hari ni,salah satu dari tanda kiamat kecil.Mungkin ada yang kata,alah dah duduk kawasan berbukit bagai.Ye tak dinafikan,tapi cuba perhatikan keadaan kita sekeliling kita hari ni,dengan masalah yang ada dikalangan kita sebagai remaja.Tak kira remaja atau tak tapi keadaan kita sebagai umat hari ni.Agak terleka dengan apa yang ada.


Boleh dilihat dengan tanda-tanda lain,macam kejadian yang terbaru seorang lelaki yang ingin mengubah kejadian yang diciptakan kerana kehendak naluri dalam diri.Lelaki berpakaian seperti wanita dan sebaliknya.Masalah sosial ada dimana-mana,tak kira masa dan ketika.Bukan ke itu adalah salah satu tanda ang terang dan nyata?..


Entri kali ini agak serius,tapi cuma sekadar berfikir bersama kita dengan apa adanya.Dan entri kali ini juga atas permintaan rakan yang meminta untuk kongsikan bersama teman dan rakan blogger sekalian..Sama-sama kita berpesan..

13 comments:

ayuni said... BALAS

syabas untuk entri kali ni.
masing-masing diberi akal untuk berfikir. mungkin masih tiada kesedaran,yang ajal akan sampai tak kira waktu. dalam fikiran hanya pentingkan keseronokan yang sementara tanpa berfikir akhirat kelak. berusaha la ke arah amal makruf nahi mungkar.

al-fatihah buat mereka.

Faez Rusni said... BALAS

Allah turunkan bala untuk menguji hambanya..Allah xkan membebabkn mereka melainkan dengan apa yang kita mampu...

kite kna recap balik..nie semua peringatan drpd Allah

aiEz said... BALAS

Ayuni-betul,kita diberi akal utk berfikir..renungkan sejenak ada sebabnya sesuatu terjadi..insyaAllah sama2 kita ayu..

Faez-betul paeh,dan kita kena ingat tu juga sebagai peringatan sesama kita manusia..jgn sekali kita lupa..

Unknown said... BALAS

masalahnya..org lain yg wat maksiat, tp anak yatim pula yg kena.. cuba pikirkan juga.
*komen tanpa nama :)*

vignarulo said... BALAS

very nice blog!!!!!!!!!!
visit my site and express opinions!!!!!!!!!!!!

aiEz said... BALAS

phycrewz-Allah berikan peringatan pada kita juga,sama2 kita beringat..melihat dan mendengar apa yg tersirat..^^,

vingnarulo-thanks...^^

Unknown said... BALAS

Pengajaran telah diberikan Allah pada umat zaman terdahulu. Mengapa hari ini masih ada yang buta? Mungkin mereka mahu merasai sendiri bagaimana rasanya azab yang Allah turunkan suatu ketika dulu.

p/s: Awan budak jahat.

aiEz said... BALAS

Awan-moga dibukakan hati mereka..sebab kita tidak merasa apa yg pernah terjadi,jadikan iktibar apa yg baik..awan,kita sama2 manusia pernah buat silap,dan apa yg penting cuba perbaiki kesilapan lalu kita dulu..^^

Chris Salin said... BALAS

Artikel Yang Sangat Bagus..Nice Sharing

Terbaru di blog Aku "Ketahui Rahsia Buah Dada Wanita (18sx)"

Penyu said... BALAS

banyak bala bencana berlaku sekarang :(
sama- sama lah kite beringat.

aiEz said... BALAS

chris™-thanks..^^,

Muhd Fadil-betul tu,sama2 kita beringat sesama kita..^^

Nazihah@Jiha said... BALAS

Assalamualaikum akh^^

oleh keran entri ini tanpa nama so, saya bagi nama untuk entri ini
'adakah ini satu petanda?' ^^

aiEz said... BALAS

Waalaikumsalam nazihah..

boleh,ada betul juga tajuk yg nazihah berikan,tanda2 yg menjadi pentanda buat kita..:)

Free Blog Theme and Templates