Kita selalu disogokkan dengan kata cinta dalam sebuah cinta karya agung.Betapa kasih dan cintanya uda dan dara dalam bercinta.Hadapi dugaan yang datang.Dan kesan yang nak lagi nampak romantis adegan pegang tangan sudah menjadi kebiasaan.
Amat jarang sekali dapat kita lihat,kisah cinta yang sebenarnya dan ikut pada landas yang sebetulnya.Maksud apa yang aku nak kata ni,perlu ke adegan pegang tangan tu semua?nak tunjuk perasaan cinta tu terserlah.Adegan pegang tangan dah jadi macam biasa jer,asalkan nampak macam betul dalam cerita tu.
Cuma terfikir,sekarang ni dah terlalu banyak masalah yang sosial yang ada sekarang dikalangan remaja kita.Aku juga remaja dan aku juga faham apa yang remaja fikirkan.Inginkan keseronokan,kebebasan dalam kehidupan.Tapi kebebasan juga perlu pada tempat dan batasnya.Berbalik pada kisah cinta yang terlalu diagung-agungkan membuatkan kita leka dan alpa dibuai indahnya cinta.Sampai ada yang terlanjur kerana cinta.Pengaruh dengan apa yang disampaikan dalam satu-satu adegan dalam cerita.
Bukan aku membenci apa yang disampaikan,tapi perlu ke kalau dengan nak buktikan kasih sayang dan cinta semua tunjukkan adegan romantis,pegang tangan ni semua,rangkul pinggang segala ni?jarang aku tengok jalan cerita cinta yang tak ada adegan pegang tangan ni,kebanyakkannya mesti ada.Kalau cerita cinta yang ikut pada landas agama,jarang dapat kita lihat ke aku yang tak pernah tengok?..
11 comments:
adegan pegang memegang dah jadi macam juadah wajib. tak faham juga motif berpegang. dalam tv, sekeliling atmosfera. suma nak kena pegang. pernah sekali sy tanya kat polan ni kenapa nak berpegang tangan.dengan bangga dia jawab "perkara biasa la sekrang kalau nak kapel"--> tergamam.
dosa kita yg tanggung. nasihat dah bagi. diri sndiri la kena ikhtiar,nk tmbh pahala ke nak tmbh dosa. ;)
boleh pandang2. jangan pegang2. dah kahwin pegang banyak mana pun. :D
ayuni-yup,dah jadi macam perkara biasa..romantika katanya..hoho..^^
dayah-ewah,sesuai sangat lirik lagu tu dengan remaja bercinta sekarang..^^
Hai cinta dulu-dulu
Cinta malu-malu
Cinta dulu-dulu
Memang susah nak bertemu
Bila sudah dapat bertemu
Nak cakap apapun tak tahu
Tegak berdiri tersipu-sipu
Seram sejuk kaku membisu
Sejak kecil sudah diasuh
Pantang larang dipegang teguh
Mulia sungguh cinta dulu
Adat resam budaya Melayu
Alah cinta zaman sekarang
Sudah terlupa pantang larang
Cinta zaman sekarang
Di khalayak ramai dia pegang-pegang
Kalau ditegur dia meradang
Macam harimau nak menerkam
Maruah bangsa sudah terancam
Kerana perbuatan segelintir orang
Hidup penuh berpoya-poya
Kalau kahwin pun tak kekal lama
Bila dah dapat yang di idam
Habis manis sepah dibuang
Hai cinta dulu-dulu
Ikut nasihat ayah dan ibu
Cinta dulu-dulu
kalau nak kahwin bertanyalah dulu
Berisik-risk bertanya-tanya
Ayah dan ibu dan anak siapa
Bila sudah berumah tangga
Kekal hingga sampai ke tua
Cinta dulu cinta mulia
Ikut aturan budaya bangsa
Hidup mereka sungguh bahagia
Cangkul dan tanah memisahkannya
layan ja la^^
jiha-terbaik...^^,betul tu,cinta dulu2 ikut pada adat resam dan budaya,ada malu jika bersua dan bertemu muka..tapi sekarang cinta sekadar suka2..berpegang tangan ikut suka2,soal agama hilang entah kemana..
DATO' S M SALIM punya lagu bah tu^^..CINTA DULU DULU CINTA SEKARANG..^^ pernah dgr tak akh? bestkan..penuh makna..
jiha-yup..kena sangat lirik dan situasi sekarang ni..^^,lagu realiti..
chinta ada batasnya kan...
tabik!! entry kau ni.. :)
abu huzaifah-betul tu,ada batasnya..jgn semua main redah jer..^^,terima kasih abu..
betoi la..kalo kte dh ikut cakap dia dgn pegang tgn la..pe la..last2 kalo dia tinggal kte sape yg salah ?
demand tinggi ble tak nak sng2 je tinggal..=(
husna-betul tu,pegang tangan sebagai mukadimah,lepas tu melarat ke benda lain..bila dah jd benda yg tak sepatutnya,menyesal pun tak guna dah..tak salah kalau nak demand tinggi,kalau ikhlas dgn kita mesti akan hormat akan kita..
Post a Comment