August 16, 2011

Dunia Semakin Tua...



Dunia semakin tua,saban hari ada sahaja cerita tentang bencana alam,pembunuhan,pepecahan dari peperangan dan maksiat yang makin bermaharaja lela.Dunia semakin tenat dan tidak mampu untuk menanggung akan segala derita.

Tapi sedarkah kita akan ini semua?adakah kita masih leka dibuai mimpi indah lamunan betapa indahnya dunia yang hanya sebentar cuma?Bangun dari lamunan,dari mimpi yang panjang.Buka mata,dan lihat disekeliling kita.Hidup kita untuk apa sebenarnya?sendiri atau utuk Maha Pencipta?lupakah kita pada janji yang pernah di lafazkan?hidup untuk jauhi dari segala kemungkaran?.Janji hanya sekadar janji,janji yang tak ditepati.Hanya mereka yang benar tahu akan ertinya hidup ini,mengerti dan menghargai dengan nafas dan jasad yang diberi.

Betapa rapuh kadangnya iman,leka dibuai mimpi yang indah dari mata yang terbuka.Tapi sebenarnya buta menilai akan sesuatu yang ada.Melihat dunia hanya sekadar bersuka sahaja,tanpa memikirkan dunia nun abadi disana.Kata menjauhi kemungkaran,hanya dari bibir yang diucapkan.Amalan jadi bekalan,dari apa yang kita lakukan.Usia kita semakin tua dari hari ke hari,begitu juga dengan dunia kita diami ini.Setiap apa kemungkaran yang kita lakukan diatas muka bumi ini,bumi semakin hari semakin merintih.Bencana alam dimana-mana tanda usianya semakin tua.Diminta kiamatnya agar segera tiba,agar hilanglah akan segala derita yang ditanggung sekian lama.Yang tanpa kita sendiri sedari,kita sendiri yang melakukan...

11 comments:

Fathullah Al-Haq said... BALAS

Alhamdulillah, entry yg bagus dan menginsafkan.. titik pertembungn antara nilai kehidupan dan dunia tidak dpt disangkalkan :)

firman Allah: Dan tidaklah kehidupan dunia itu melainkan sgt menipu daya.

Firman Allah: Wahai org yg beriman, bertakwalah kamu kepada Allah swt dan berkatalah yg benar, perbaikilah diri kamu nescaya Allah swt akan mngampunkan dosa kamu, dan sesiapa yg taat kepada Allah dan rasulnya, maka itulah kemenagn yg sgt besar.

Mafhum firman Allah: sesungguhnya kerosakan yg terdapat di bumi adalah hasil dari tgn2 manusia..

Thumbs up :)

kajaharuna said... BALAS

huhuhu... terfikir seketika~~

Nazihah@Jiha said... BALAS

Assalamualaikum akh.

~membuatkan saya berfikir sejenak :(
sebelum ni,terfikir juga tntg hal ni,semakin hari semakin byk berita2 tntg tu..sepatutnya kita dah boleh sedar apa maksud tersirat disebalik semua itu...wm

salam ramadhan akh.

Unknown said... BALAS

Alhamdulillah, syukur sara sedar siapa kita dimuka bumi ini :) inilah tanda tanda dunia akhir zaman, perpecahan berlaku.. sedey sgt :(

syasya said... BALAS

huhu kita manusia akhir zaman.. perlu bersedia untuk menghadapi kiamat

aiEz said... BALAS

fath-terima kasih,sekadar perkongsian kita bersama..dan trima kasih singgah sini..:)

kaja-hee,sama2 kita fikirkan,:)

nazihah-waalaikumsalam ukhti,yup btul tu..setiap berlaku ada sebab musabab,mngajak akal yg waras berfikir kjdian terjadi,kita manusia kdg alpa dgn duniawi,salam ramadhan..terima kasih nazihah..:)

sara-alhamdulillah,sma2 kita saling berpesan2..dunia akhir zaman,kita smakin jauh..mmg sedih

syasya-betul,perbanyakkan amalan dan jauhi kemungkaran..

PCL said... BALAS

dunia semakin tua, begitu jua diriku mengekorinya...hari ni naik satu angka..harapanku agar imanku tidak diuji dgn godaan segala..

Afikah Aziz said... BALAS

dunia semakin tua,umur manusia juga semakin pendek,meskipun begitu masih ramai umat manusia yg tidak peka dan tidak mengambil tahu akan hal ni seolah2 tiada ape yg perlu dibimbangkan..tidakkah kita sedar bahawa untuk apa kita hidup,hidup sebagai khalifah tp amanah yg Allah beri tidak dijalankan dengan sempurna malah ade yg mensia-siakannya,nauzubillah,semoga kita dijauhkan drp sifat keji dan mungkar

ILA HonEyBuNNy said... BALAS

ya...apa yang terjadi pada dunia sekarang adalah kesilapan dan kelakuan kita sendiri...

mengapa kita tidak sedar semua tu....T_T

farahNothman said... BALAS

berfikir~ =="

aiEz said... BALAS

pcl-kita sma pkcik,msa berjalan semakin pantas..insyaAllah pkcik,moga dipelihara dr fitnah dunia..

afikah-insyaAllah,moga kita dijauhkan dari sifat sebegini..kadang kita terlalu alpa dgn dunia,sedangkan ia hanya sementara...

ila-benar,semua dtgnya dr kita sendiri..sama2 perbaiki akan kesilapan kita...

hayatfarah-sekadar buat renungan..;)

Free Blog Theme and Templates