December 23, 2011

Segan Dengan Gadis...

*gambar ihsan google*







Assalamualaikum,




Satu petang yang kelihatan agak mendung di langit menandakan hujan bakal turun membasahi bumi dan juga hati.Kelihatan burung-burung berterbangan bagai hilang kawalan dek kerana angin yang terlalu kencang atau mungkin baru balik dari minum brandi barangkali.

Dalam hati kecil mula membisik

“kan bagus kalau aku ada kereta,tak payah la aku susah nanti kena hujan …” tapi apakah daya kerana itu hanya sekadar bisikan hati berkata jer,heh.

Hati mula keluh kesah dan bertambah gelisah melihat rintik hujan mula kelihatan.Hati mula berbicara sendiri lagi

Manalah rakan sekerja aku yang sorang ni,tak masuk kedai dari tadi.Tengok hari dah gelap semacam,nanti aku juga yang susah basah kena hujan…grr!..”mengeluh aku sendirian lagi.

Sedang aku asyik melayan muka buku sambil menunggu rakan yang seolah tak nampak jalan pulang tersesat dalam terang,bagai menunggu kelapa jatuh menyembah ke bumi.Tiba-tiba,kedengaran pintu kedai ditolak,Kepala sedikit diangkat menjenguk untuk melihat siapa yang datang.Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang agak kusyuk bermain telefon bimbit masuk dan akhirnya,aku menarik nafas lega.

“Akhirnya,masuk jugak budak ni,grr!tanda tak puas hati kerana lewat...”bisik hati kecilku lagi.*nampak sangat aku suka bermonolog sendiri*.

Tanpa membuang masa,kunci motor aku capai dari atas tempat simpanan topi keledar,Dijengket-jengket kaki sambil tangan terus meraba mencari mana letaknya kunci motor tadi.Akhirnya bertemu juga,setelah naik kerusi untuk mencari.Ya,kependekkan aku terserlah disini semasa ingin mencari barang ditempat tinggi.Sebelum balik,sempat aku berpesan pada rakan sekerja yang seorang ni apa kerja yang patut disambung sambil bergaya mengalahkan akulah bos caranya.Kepala ditunduk sambil mengangguk tandanya faham.

“Jangan lupa weyh…”kata ku lagi.

“Yelah…” menunjukkan jawapan tanda yang ia betul-betul faham.

Aku bergegas berlari membuka pintu kedai.Renungan mata pantas melihat lori khinzir melintas didepan mata.Seketika selepas itu,aroma yang kurang enak menusuk lubang hidungku.Agaknya inilah yang dinamakan rezeki aku menerima dengan redha dengan  bau yang kurang enak itu. Dalam ketidak selesaan itu,aku terdengar suara gadis-gadis bergelak tawa.Aku mencari-cari dimanakah gerangan suara itu,ingin katakan suara buluh betong mana datang pokok buluh tengah pekan ni.Sedikit pemikiran yang agak sengal disitu.

Namun kaki tetap jua melangkah setapak demi setapak,menuju ke arah kuda biru atau dikenali juga motor aku.Tapi langkah seakan terhenti terpaku dan lidah bagai kelu melihat sekumpulan gadis ala-ala pasukan sorak bergelak tawa dan bertepuk tampar sesama mereka.Bila melihat aku yang pada ketika itu bagai kaku dan diam kedu tak tahu mana nak tuju.Mereka juga diam sambil melihat aku bagai makhluk asing barangkali didepan mata mereka.Aku?semestinya aku menjadi malu,segan dan seumpamanya.Ya segan,itu kelemahan aku.Aku segan bila ada perempuan yang melihat aku yang jumlahnya lebih dari satu.Dengan tak semena-mena muka seakan menjadi merah dan sifat kelam menjadi salah satu tabiat aku bila jadi tak menentu.Ya,sejujurnya aku malu dengan perempuan.Itulah kelemahan aku yang tak semua orang tahu.*sekarang semua tahu = =''*


Mereka melihat aku yang dah tak menentu.Kaki aku yang pada mulanya bergerak melangkah ke depan dengan perlahan patah semula ke kedai untuk mengelak untuk bertemu gadis-gadis itu.Setelah mereka melihat gaya aku yang mungkin agak pelik,mereka tertawa dengan kuatnya.Aku?hanya mampu mengintai dari dalam kedai melihat mereka.Hujan rintik membasahi bumi,aku pula tak balik lagi.Rakan yang dari tadi duduk perhati,apa kenalah dengan aku ini.Mujurlah gadis-gadis itu takut juga dengan hujan,jadi mereka pun meninggalkan tempat berkumpul tadi.Aku yang melihat mereka yang dah tak ada,pun sama terkejar mengejar masa untuk pulang ke rumah.Membuatkan rakan yang tadinya jadi terpinga-pinga.Sesudah pulang ke kedai barulah diceritakan apa yang berlaku dan diiringi gelak tawa setelah mendengar cerita aku.

“hampeh…”hanya itu yang dapat aku katakan bila diketawakan.

Okeh cerita ni memang betul terjadi dan tu salah satu dari kelemahan dari dulu sukar untuk ditepis.Minta pendapat semua,macam mana nak tingkatkan keyakinan diri ni bila nak bercakap dengan perempuan?Kalau sorang dua boleh lagi kawal rasa malu ni,tapi kalau ramai memang jadi tak menentu.Rasa kelam tiba-tiba tu mesti datang balik,jenuh juga nak hilangkan perasaan ni.Ada cara apa-apa tak untuk atasi masalah ni?.Kalau dibiarkan lama macam ni,jenuh ohh.Cuba bagi tips sikit hilangkan segan dalam diri ni. = =''…

51 comments:

kajaharuna said... BALAS

malu itu perisai orang beriman...

lebih selesa dengan lelaki pemalu dari lelaki yang tak tahu malu.. :)

iAmCekbolat said... BALAS

eleleley.. abg hnsem ni pemalu -_-"

be yourself.. tpi jgn trlalu pemalu.. nnty takde yg nk dekat =="

iAmCekbolat said... BALAS

eleleley.. abg hnsem ni pemalu -_-"

be yourself.. tpi jgn trlalu pemalu.. nnty takde yg nk dekat =="

syakirahmn said... BALAS

rezeki dpt tgk haiwan comel wane pink. haha.

bagus lah malu dgn pompuann,dr taktau malu dgn pompuan kannn

Azariah Kamis said... BALAS

pakai topeng..
hak2..
:D

fatin said... BALAS

pemalu rupanya aie ni..
mm.. its oke. pemalu itu bagus. ...just tingkatkan tahap keyakinan diri.

=}

LiLy @ MaMaQiStInA said... BALAS

pemalu rupanye aie ni.. :)
samalah dgn adik bongsu lelaki akak tu..pemalu..nak bg tips pun tak tau ni...harap yg lain dapat bantu aie..^^

Unknown said... BALAS

setuju dgn komen atas skali tu.....
cuma yakin dgn diri sndiri!

Juliet_iRa~" said... BALAS

kena sll bckp dgn ppuan kot..hee..

br rs biasa then lama2 hilang la sikit pemalu tu..:)

YouSOF said... BALAS

Mula² baca aku ingat ni cerita rekaan.. ;D

Serius dulu aku pun jenis pemalu tak bertempat, bila ingat balik rasa macam sengal habis. Tapi aku cuba lawan rasa malu tu. Macam contoh dulu aku beranikan diri karaoke dekat majlis kahwin jira, nervous tak payah cakap lah 2st time kot.. Makin lama makin ok. Malu ni ena lawan, jangan dilayan.


Tapi biarlah malu tu seimbang dengan keyaknan diri kita kan..

Nora Yusop said... BALAS

mula-mula sy nak senyum dulu...:)

awak, buat relax je. tarik nafas panjang2... selawat beberapa kali..

klu malu nak terpandang, awak tunduk.. jgn pandang..

insyaallah, nnt lama2 awak dpt kawal rasa gemuruh tak tentu ni.. jgn kalut sgt..:)

say to easy=) said... BALAS

iz ase better jadi malu..tapi biar bertempat.hehe.memang gemuruh kalo 3 lawan 1.if nampak pompuan ramai2 pasni ce try wat tak tau.macam tak de pape.:D

Namee Roslan said... BALAS

alololo, jangan lah segan dengan kaum kami. em, kalau gelabah macam tu..tarik nafas dalam2...yg ketawa ke, terkinja ke apa. buat taktau je ok :) tgk ayie pun, tahu ayie ni pemalu. ececech.

Nunaa said... BALAS

cutenya malu dengan perempuan. haha

aiEz said... BALAS

err,terima kasih semua sudi berikan komen dan pendapat,sempat lagi menyakat ye,hehe..baik insyaAllah cuba perbaiki kekurangan diri ini..susah kalau benda dah terbiasa,tp cuba perbaiki utk kemudian hari..terima kasih lagi sekali..^^

rozeeta rashid said... BALAS

comel la aie ni. haha. ok la tu lelaki malu2. yang tak malu ni bahaya sikit.

ps: saya malu bila ada ramai lelaki. haha.

♥ Nana BamBam ♥ said... BALAS

Malu2 xpe.. :) x salah pom..

cik ika said... BALAS

malu2 kucing rugi...

Zul fattah said... BALAS

malu itu tandanya iman ko kuat r bro..

purplelicios said... BALAS

start baca cm novel je..lst2 hihi xmoh malu2 ..jgn segan2 alh awk segan gn buat pa hihih dorang ketawa mby dorang say dlm hati"mamat ni hmsem la"

syafiqa said... BALAS

malu sebahagian iman.
takpe :) act,ramai perempuan suka laki pemalu.tp biar btempat juga la.
as long tahu batas2,tu dah buat bangga ok.

Cikgu Ma said... BALAS

kalo akak suka lelaki pemalu mcm ni...errkk, jangan salah faham...
tapi nnt nak kawen jgn plak malu2 nk "kawan" yea.. (",)

Widi Dede said... BALAS

malu itu bagian dari iman :)

wanita tuh mahluk mulia :)

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

Unknown said... BALAS

hehheh...malu 2 perlu ada tp prlulah kena pd keadaan n sesuatu tmpat...jgn lah smua bnda kta nk malu,nak salam ngan org pn malu,nk ilmu pn malu..rsanya 2 malu2 beruk dh...sy pn pemalu tp sy abaikan malu sy 2...awk knalah pndamkan malu awk dlm hati,blajar tuk komunikasi ngan org lain,tambah apa yg kurg pd dri maksudnya tngok dri,lau ada yg kurg,perbtulkan...insyaallah

Juliet_iRa~" said... BALAS

da praktis bg hilang rs malu tu?heee ;p

Nalisa Syahira said... BALAS

eh eh , malu sangat pun tak leh jugak , haha , ala , wat lek sudah lah , hihih .

aiEz said... BALAS

ira@err,masih perbaiki..=='

محمد رازيق said... BALAS

salam ayie. sori lamabat lwt blog ko.. aku sibuk sikit.. baru balik dari Paka semalam..hehe.. sekarang tngh menerjah blog ko.. nampaknya kita ada persamaan! haha.. malu dengan perempuan.. aku pun kalau jumpa girl lebih dari satu muka merah.. tak tau kenapa.. senyum pulak jadi macam kerang busuk.. hehe.. tapi ada baiknya bro.. cuma malu tuh jangan overdose sangat.. hehe

aiEz said... BALAS

wasalam ajik,xpe ak pun baru singgah blog ko jgk..menarik cerita yg dikongsinya...sama2 ajik,tu la ak senyum dah tak serupa senyu, dah..segan mcm tak bertempat,ak cuba prbaiki mna yg kurang ni..

sayA tonaH said... BALAS

ahaakksss segan ek ngan pompuan

ala wat je muka don know

anggap je ngah bercakap cakap makcik makcik jiran sebelah

Unknown said... BALAS

bagus la pemalu..
tapi dari sisi lain pulak mungkin ada yang tak bagusnye..
cuma malu tu biar bertempat la..
kalau ada perempuan ramai2 dan kamu sorang,kamu kena kuat la..
walaupun kamu malu tapi kamu jangan tunjuk sangt kamu malu..
sebaiknya latih diri bertegur sapa dengan wanita2 yang dekat dengan kamu dulu..
contohnya rakan sekerja..:)

MalizaMah said... BALAS

oklah kalau malu..
daripada tak reti nk malu....
apa2pun.. malu itu baik juga.. agar kita tidka over acting... buat org yg malu nk dkt dgn kita.

EmpayarUtama said... BALAS

Eh? Aku salah masuk belog ke... Tetiba ayat-ayat cinta ko macam berubahla aiEz... Tak sama cam entri dulu dulu... Ada pengaruh budak-budak nakal yea :)

Unknown said... BALAS

ada check komen kat spam tak??

aiEz said... BALAS

tonah@err,cuba2 aie masih mencuba..^^,

sisdiana@betul tu,kalau malu tak bertempat pun payah juga..cuma kadang2 bila dah ramai sgt tu yg aie jd segan..==',aie masih cuba utk perbaiki mana yg kurang...terima kasih..^^
*komen aie lambat approve,tak masuk dkt spam..^^

alieza@insyaAllah,masih cuba..terima kasih..^^

empayarutama@bro,err hehe..tukar dari lenggok bahasa supaya nampak santai...bg rileks sikit supaya tak serius..^^

Rtp Farra Arisha said... BALAS

hehe, kok malu sih! well, sikap malu boleh dibuang dengan kerelaan hati aie sendiri if you just face it well without any complaint..:)

meisnani said... BALAS

nak bagi pendapat tu ta ley la.. sebab nani un bru2 ni bhadapan dgn senior laki baru lek LI, dye pndg senyum2 so nani senyum lek tp tibe2 dye bisik ngan mmbe2 dye then sume pndg nani snyum2... err trus nani tunduk malu plus hilang kyakinan diri... erghhh ~ =(

EmpayarUtama said... BALAS

Singgah pepagi buta :)

yana lyana said... BALAS

uniknya lelaki malu dengan perempuan.

sekarang ni perempuan yang tak reti malu dengan lelaki..

donia doniaa..

CintaKhadijah said... BALAS

its normal klo malu dgn ramai pompuan kite sorng laki.sbb xbiasa lagi. pastu da biase, okla.. ;)

sngt comel lelaki malu bertempat camnih ok!. ^^,

محمد رازيق said... BALAS

salam aie. lawat sekali lagi.. hehe.. banyk persamaan aku ngan ko ni bro.. hehe.. nak pilih saiz baju pun susah.. hehe.. free2, nanti boleh je lepak sama2. inshaallah.

KizZ said... BALAS

Haha..kelakar la...hihi...kawan Kiz pun ada oh yang malu ngan perempuan...hmm bagus apa..

P/S : Kalau rajin-rajin sudi-sudi lah join segmen "Bloglist Xchange" and "Review Ur Blog" dari Kiz kayh

MalizaMah said... BALAS

SAJA SINGGAH.... tgh borink saya ni..
hehehe....
jgn marah.

amna said... BALAS

malu yang bertempat tiada salahnya dan disukai lagi olehNya..

royansableng said... BALAS

follback ya gan
aku udah follow

happy blogging

Qaseh Qistina said... BALAS

sy tag aiez..

Addin said... BALAS

hehe pemalu rupanya .

:: cikNuurul :: said... BALAS

pemalu.sweet.heheh,.

ala ayie cool jek,.buat mcm ayie adalah seorang hero lagaknye dr kalangan bebudak pompom tu,.hehehe,.:P

cimöt said... BALAS

bile ko ckp mcm tu, siyes aku rasa nak meet u in face! hahahaha..mcm mane laa agaknya rupe malu mu tu..hihihi..

weyhhh, aku baru perasan ko org tapah..hek eleh dekat je laaaa...last friday, aku baru je pegi pasar malam kat tapah road tu...

Faaein Talip Roy said... BALAS

rasanya.. semua orang macam tu kut..

baik lelaki or perempuan..

kalau seorang lawan beramai2.. memang kalah lah..

hehehe.. ;P

anamizu said... BALAS

kang cik ana p singgah kedai ayie..
bwk GENG pmpuan skali..
konfem ayie x malu dah..hehe









luv,
cik ana

Free Blog Theme and Templates