January 16, 2012

Kalaulah Saya Salah...








 *langit senja tu cantik kan?gambar tak sama dengan cerita..hee*






 Assalamualaikum,





Muka buku diperhati,laman gossip juga sesekali disinggah.Konon mencari hiburan dengan melayan gossip artis tempatan.Panas,dunia artis semakin panas sebegitu juga panasnya cuaca diluar.Susahnya jadi artis,asal apa jer yang dibuat mesti akan ada yang kisah.Tak jadi artis pun ada yang kisah,tu namanya peka dengan sekeliling.Bukan jaga tepi kain orang,tapi namanya hidup bermasyarakat perlulah ambil tahu.Bukan hal peribadi yang perlu diambil tahu,tu namanya memang sajer nak kena luku..hehe..

Itu jalan yang dipilih dan harus terima walau apa pun yang akan dikatakan.Baik pujian mahupun cacian,usah terima dalam paksaan.Menegur kerana sayang,bukan menyibuk hal orang.Lumrah manusia,kadang ada yang dapat terima segala kritikan dengan hati terbuka,dan ada juga yang tak berapa terbuka bila menerima sesuatu kritikan.Menyibuk?itu perlu.Lagi² bila saudara seagama.

Bila kritikan yang diberikan,ambil sebagai satu pengajaran.Kaji dan muhasabah diri agar tak terlanjur lagi.Yang menegur pun ada cara dalam tuturkata,tak boleh semua main redah jer.Asal niat ingin membetulkan yang salah,alih² marah maki dan menghina.Adakah itu yang diajar dalam agama?bagai menarik rambut dalam tepung,rambutnya tak putus tepung pun tak berselerak.Perlu dengan berikan kesedaran,bukan dengan kata makian.

Masing²  melakukan kesilapan,dan mana yang salah segera diperbetulkan agar nanti tak jadi bahan untuk dijadikan kritikan.Yang dah berlaku tetap berlaku,yang belum terjadi lebih baik berhati-hati…

30 comments:

mohdhazlan Dreadlock said... BALAS

pejuang kebenaran x takut kn kritik...

kajaharuna said... BALAS

suka entry ayie, dia memang bernas :)

betul tu, bukan bizi body, tapi ambil tahu.. kalau tegur tu tanda sayang kan.. hehe

NN said... BALAS

betul.. semua org tak lari dari kesilapan -.-

fyna ahmad said... BALAS

nice entry...setuju2...
setiap krtikan kadang2 ada maknanya..
:)

PCL said... BALAS

tegur dan ingat mengigatkan. ..bukannya nak sibuk hal orang lain...ada juga tegur pd yg kenal saja, yg lain lantak pi...

Unknown said... BALAS

im fllow ur blog .will u ? http://gadismatasepet.blogspot.com :)
sambil blogwalkig :D

LiLy @ MaMaQiStInA said... BALAS

Menegur untuk kebaikan tak salahkan..amik teguran itu sebagai pengajaran & untuk memperbaiki kelemahan diri...

*Cantik gambar tu..^^

MalizaMah said... BALAS

betul.. andai kita mula sedar akan kekurangan diri. cubalah baiki agr tidak lagi dikritik org.
andai org kritik krn mrk semua kurang senang dgn kita. lbh baik kita diam dan cuba jauhi drpd semua itu.

anamizu said... BALAS

zmn skg ni mmg ramai yg jns "hg jaga hal hg sudah".. bile tegur skit je mule la nk melenting..ciss~









luv,
cik ana

Aki said... BALAS

well, nothing to lose if U not done something wrong rite Bro Aie?? H ehe he..

Unknown said... BALAS

Salam,
Setuju sangat dengan perenggan 3 tu.

Unknown said... BALAS

uhuk uhuk, mcm terkena jgk je. hhuhu kite hidup bermasyarakat kan, kalau xnk kena tegur jd alien! ;p

YouSOF said... BALAS

Fikir kekurangan sendiri dan tumpang gembira dengan kebaikan orang lain, itu cara yang lebih baik.. ;)


Tegur menegur amlan yang bagus, tapi pastikan dulu orang yang nak ditegur tu boleh terima cara kita..

Unknown said... BALAS

tapi ramai yg mnganggap teguran tu benda mnyakitkan . tak ramai yg bfikiran positif (:

Cikgu Ma said... BALAS

apa yang salah, kita ambik iktibar..bukan menghukum si polan begitu begini...boleh jadi kita akan terjebak dengan kesalahan yg telah kita beri teguran...

**sori, baru sempat ziarah...sebuk kat skolah =)

Abu Huzaifah said... BALAS

manusia tidak lari dari kesilapan... Allah tidak akan merubah sesuatu kaum itu, melainkan dia cuba utk merubahnya sendiri... err ade kene mengena tak?? hehe

Zul fattah said... BALAS

manusia.. kalau pilih jalan salah.. merana lah.. tp kalau betul jalannya.. sebanyak mana ujiannya.. tetap sabar, kerana Allah ada bersamanya...


p/s:aku mrah psal kes hari tu r.. dah tahu siape yg report kat Hepa.. dan 100 student u aku, akan dibuang sebab sertai watch 13..

lagi satu.. semua akaun fb student unimap dipantau.. sape yg sebut politik.. kena r.. minggu lpas, member aku plak yg kena.. sebab post pasal politik dlm fb.. gile ke ape?

محمد رازيق said... BALAS

assalamualaikum ayie. hehe. aku dtg bro..setuju. sekiranya salah kita perlu menerima teguran mereka, dengan terbuka untuk membaiki diri, bagi yg menegur pula, amalkan cara yang berhikmah, bukan cara hantu mak limah.. hehe

fatin said... BALAS

kat laman sosial..esp FB.. yg FM selalu buat adalah.. report mana2 yg ada unsur2 tidak patut seperti 18SX.. mana yg FM jumpa mmg x kan terlepas.. huhuu..pantang sgt2 tgk..

say to easy=) said... BALAS

yang baik itu datangnya dari Allah yang buruk itu datangnya dari kita.tegur menegur amalan yg mulia tp perlukan kesabaran :)

CintaKhadijah said... BALAS

"yg menegur ada cara dalam tutur kata.."
damn true!

rozeeta rashid said... BALAS

menegur biar kena caranya. menegur dengan baik tandanya kita ambil berat. salah cara tegur, yang ditegur nanti memberontak. rasa geram je dengan yang menegur.

Rtp Farra Arisha said... BALAS

yap, gosip artis panasnya tingkat dewa. tapi ia tidak sama dengan segala kesalahan serta kekhilafan diri setiap manusia. berbuat sesuatu perkara haruslah dengan hati yang tulus, tiada kata yang tidak boleh menyedarkan diri masing2 melainkan kata jelek. and overall, we should make life more easier! :)

Namee Roslan said... BALAS

utamanya, yg menegur tu lah kena tegur dengan cara yang berhemah. yang salah tu kena lah admit.n perbetulkan diri. kan ? :)

RinsyaRyc said... BALAS

rasa baca karngn spm jeh.. kekeke

manusia skang nih ada mcm2 ... beza2 pulak minat srta keperluan .. tetapi setiap org boleh je berubah~

Juliet_iRa~" said... BALAS

semua org wat silap kan..

kalo ada y tegur cr baik..kena terima dgn baik..:)..

muhasabah diri..

aiEz said... BALAS

mohdrazlan@betol tu,berani kerana benar..^^

kaja@err,kaja^^...ambil berat lebih,hee

nurul ain@yup,belajar dr kesilapan...

fyna@terima kasih,lebih pd nasihat..^^

PCL@err,tak boleh macam tu...tp kebanyakan macam tu...=='

nur aina@^^

sislily@betol tu kak..^^,terima kasih kak..

liza@yup beljar dr kesilapan,macam2 jenis org yg kritik ni..

ana@err yup,masing2 buat hal sendiri...jenuh

aki@err,hee..^^

LF@wasalam uncle,terima kasih..^^

zila@err,hehe..;p

yousof@yup tak semua boleh terima apa dikata...

fara@yup tulah manusia macam2..^^

abu@err ada2 abu...semua terletak pd dri..^^

zul@yup betol tu..^^,teroklah dah semua benda nk sekat apa kes,ingt dok hulu ke apa..=='

ajik@waalaikumsalam sahabat,err hehe..

FM@tu memang ptt pun FM..^^

zaidatul@yup betol tu,^^

CK@err,hee..^^

eta@hehe tu perlunya rasa sabar..^^

farra@yup yg penting niat kita tu utk betol2 mnyedarkan..^^

namee@yup betol tu namee,dgn hati yg terbuka dalam mnerima kritikan dan teguran..^^

rin@err,hehe...yup betol tu,semua terletak pd dri..^^

ira@yup yg menegur kena betol pd caranya...^^

Syazwan Che Deraman said... BALAS

lama tak singgah blog ni, busy bro.heheh.

manusia sering buat silap, sama ada dalam sedar atau tidak sedar, kita semua pernah buat silap.

EmpayarUtama said... BALAS

fesbuk tak aktif, cuma tempat share cupcup dan ping belog je

Kira Sakura said... BALAS

menegur itu perlu, namun biarlah dgn halus dan elok budi bahasa kerana takut jika tersalah langkah takut yang mahu ditegur lebih jauh salahnya kerana memberontak...

lagi pun Nabi Muhammad sendiri lembut bila berdepan dgn situasi mcm nie kan... :)

Free Blog Theme and Templates