May 05, 2011

Sedetik Lebih...




Sedetik lebih,dah macam tajuk lagu nyayian Anuar Zain jer,dan seperti biasa aku bukanlah nak ceritakan tentang tajuk lagu tu pun.Setiap masa yang berlalu teramat bernilai bagi mereka yang benar-benar tahu untuk menghargainya.Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,dan benarlah pada apa yang telah dikatakan.

Masa berlalu meninggalkan kita tanpa kita sedari.Dan usia kita pula semakin meningkat dari hari ke hari,mana mungkin pula usia kita akan kekal untuk setiap tahunnya.Terasa amat pantas masa berlalu,seakan masih segar segala kenangan yang berada dalam ingatan.Seolah seperti semalam baru berlaku.Dan esok adalah hari baru dalam sebuah kehidupan yang masih menjadi teka-teki untuk kita tempuh seharian.


Begitulah sebuah kehidupan,setiap ketika masa yang berlalu.Tapi apakah kita benar-benar menghargai setiap apa yang hadir dalam diri,dimanfaatkan dengan sebaiknya?kadang diri seakan alpa dengan apa yang ada.Leka dengan segala urusan dunia semata hingga lupa yang disana.Saat hati terdetik berubah kearah kebaikan satu penghijrahan dalam kehidupan seharian,seakan diri sengaja untuk melengahkan untuk dilakukan.Selalu jadi begini,asal mencuba untuk perbaiki kekurangan dalam diri terasa untuk payah sekali.Jika hadir satu perkara yang melekakan,keseronokan sementara cuma,begitu senang dan lapangnya diri untuk turut sama serta.Itulah sifat kita sebagai manusia,takkan pernah puas mengejar dunia.Seringkali alpa dengan apa yang ada.

Saat tiba masanya ajal datang menjemput pada yang masih terleka,terlewat untuk perbetul diri ketika itu.Pada yang masih ada kesempatan yang diberikan moga ditunjukkan jalan,supaya tidak terus alpa dan bermegah dengan segalanya.Jika waktu itu tiba kelak,sedetik lebih masa yang diberikan pun takkan hadir,kerana ajal akan tiba tepat pada waktunya.Tiada kurang tiada lebihnya,pada tika itu..

Sudah sediakah kita?...

9 comments:

ayuni said... BALAS

mereka yang sedar akan masa,akan takut untuk sedetik masa yg berlalu. sedia atau tidak bukan persoalan. semestinya tiada seorang pun yang bersedia. apa yg boleh dilakukan hanya memohon yang terbaik untuk kita. entri motivasi di malam hari. :)

aiEz said... BALAS

miss-benar,setuju dengan komen yg diberikan..terima kasih beri pendapat untuk dikongsi sama..^^

Faez Rusni said... BALAS

MOhon Keampunanmu Ya Rabbi...
Pajangkan umurku dgan ak beramal utukMu..Agamaku..

Nazihah@Jiha said... BALAS

T_T qada'wa qadar, Segala ketentuan baik dan ketentuan buruk telah ditetapkan oleh Allah'

aiEz said... BALAS

paeh-berubah pada kebaikan..sama2 kita..

jiha-betul tu..

Gdsbnga said... BALAS

sekarang ni masa cepat betul berlalu ye .
orang cakap sekarang da stage 4/5 .
btw , nak promote blog jap . HEHE .
http://gadisbunga93.blogspot.com/2011/05/masa-depan-bergantung-pada-siapa.html

aiEz said... BALAS

gadis bunga-sangat pantas masa berlalu..sedar atau tidak jer.silakan promote..^^

Miss Shikio said... BALAS

sebab itu lah manusia seharusnya muhasabah dri setiap hari supaya sentiasa igt mati

mati itu akan membuatkan kita takut akan azab di akhirat nnt

oleh itu, kita perlu menghargai kehidupan ini dengan sentiasa melakukan ibadah kepadaNya

aiEz said... BALAS

jue-betul tu..mati itu pasti

“Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi” ..

selagi ada masa,manfaatkan dgn sebaiknya..jgn asyik leka dgn urusan dunia semata..kena seimbang..^^

Free Blog Theme and Templates