May 07, 2011

Kasihmu Ibu...




Hari ibu pada tahun ini jatuh pada 8Mei bersamaan dengan hari Ahad.Hari ibu disambut bagi menghargai jasa seorang insan yang bergelar ibu,yang mana telah mengharungi begitu banyak dugaan dalam membesarkan anak-anaknya yang pelbagai ragam.Begitu besarnya pergorbananmu ibu,dalam membesarkan kami anakmu.

Tak perlu tunjukkan kasih dan cinta pada seorang ibu pada hari tertentu,kerana sebagai anak kasih dan sayang itu seharusnya ditunjukkan setiap hari pada ibu.Seorang insan yang begitu mulia darjatnya,melahirkan kita untuk melihat dunia yang ada sekarang.Tanpa ibu siapalah kita sebenarnya.Seorang ibu,yang bersusah payah dalam melahirkan dan membesarkan kita.Meskipun diri payah terasa,namun tanggungjawab dan naluri hati sebagai seorang ibu yang penyayang tetap ada dalam sanubari tersemat dalam diri.Itulah kasihmu ibu,hatimu suci begitu murni.

Teringat akan satu peristiwa,seorang ibu memarahi anaknya sendiri,dan anaknya cepat pula terasa hati.Katanya ibu membenci dirinya kini..


Tidak dan takkan pernah sekali,seorang ibu membenci anaknya sendiri.Marahnya ibu itu kerana kasihkan kamu.Kerana ibu dulu lebih tahu dari kamu baik buruk perkara itu..

Betapa ibu ingin melihat anaknya gembira hingga sanggup menahan segala duka, mencuba untuk tersenyum namun dalam senyuman ada derita sebaliknya.Biar ibu menanggung derita,asalkan melihat kamu tersenyum ketawa..


Itulah kasih hati seorang ibu,setia menjaga kesemua anaknya.Tapi kini ada yang lupa akan jasa ibunya sendiri.Kalau ibu boleh menjaga kesemua anak-anaknya,mampukah kesemua anaknya menjaga ibunya pula bila usia menjelang tua?
..

Usah menjadi seorang anak yang lupa jasa ibunya,mengejar dunia semata-mata.Dan berkata kasar pada ibu yang telah tua,seolah berbicara sesama rakannya.Hormati ibu yang disayangi,selagi masih ada lagi disisi.Bahagiakan hati seorang ibu,kerana disitu letaknya syurgamu....

12 comments:

Unknown said... BALAS

tanpa ibu siapa lah kita...betul tak...hehe

aiEz said... BALAS

yana-betul..tak kenal pun dunia ni..^^

Faez Rusni said... BALAS

aku sayang mama aku..aku nak bals jasa dia takat mane yang aku mampu

singgah entri ak..pasal ibu gak

Gdsbnga said... BALAS

sorang mak ley jaga 10 orang anak , tapi 10 orang anak lum tentu boleh jage sorang mak .

tak lama lagi , saya kan further study selepas 5 bulan duduk goyang kaki dekat rumah .

saya nak buat yang terbaik ouh , untuk emak tersayang :)

aiEz said... BALAS

paeh-balas jasa orang tua kita,anak yang baik..^^

gadis bunga-betul tu,tak semua anak boleh jaga ibunya yg seorang..manfaatkan masa yg ada dgn sebaiknya..^^

amna said... BALAS

tanpa IBU dan ayah, siapalah kita di dunia ni.. bersyukurlah masih dikurniakan ibu dan ayah yang sempurna :')

Nazihah@Jiha said... BALAS

balas jasa orang tua kita,anak yang baik..^^
tak semua anak boleh jaga ibunya yg seorang..manfaatkan masa yg ada dgn sebaiknya..^^

*copy paste balik..hik3

aiEz said... BALAS

amna-betul tu..syukur padaNya..

Jiha-err,hoho..

ayuni said... BALAS

benih yang subur telah membesar didalm rahim seorang ibu. didalm rahim terdapat satu jasad yang akan diberikan roh bila waktunya. didalam rahim kita telah dijga oleh malaikat utusan Allah. siapa kah yg menjaga setelah itu? IBU. IBU lah yang menjaga kita mengenal siapa tuhan kita. tak lupa pd ayah. :)

aiEz said... BALAS

miss silent-betul tu,ingat juga pada ayah..takkan sekali lupa itu..

cik sakdi said... BALAS

nice entry, mcm xtau la ape motif orang lupekan mak bapak ni. huhu

aiEz said... BALAS

cik sakdi-terima kasih..yup,betul tu..hargai ibu bapa kita selagi masih ada..^^

Free Blog Theme and Templates