May 15, 2011

Maruah Kamu Itu....




Perempuan kalau dah sayang pada lelaki akan dibuktikan segala apa yang termampu,si lelaki pulak bila dah dapat peluang sebegini semestinya mahukan bukti apa yang dikatakan.Lafaz janji setia diucapkan,sebelum dapat.Bila dah dapat,habis madu sepah dibuang.


Pada yang perempuan,entri aku yang sebelum ni pun ada tulis tentang usah terlalu percaya kata manis yang diucapkan dari seorang lelaki.Lelaki sebegini hanya berhidung belang,yang hanya pandai tahu untuk berjanji taat setia tapi nilainya apa pun tak ada.Apa yang aku sampaikan ini adalah realiti yang terjadi,betapa mudahnya percaya pada apa yang dikatakan dari mulut namanya lelaki.

Aku juga lelaki dan bukan aku nak burukkkan kaum sendiri,tapi fahami lah sebagai lelaki harus punya sifat dan tanggungjawab dalam diri.Bukan sekadar janji kosong tanpa ada isi.Perempuan untuk dilindungi bukan untuk disakiti walaupun sekali.Pada yang lelaki yang jenis berfoya-foya hentikanlah,seronok seketika cuma.Aku kasihan,mendengar akan satu cerita tentang seorang remaja perempuan yang menyerahkan segala,tapi bila diserah apa yang ada si lelaki baru mengaku sudah ada yang punya,bakal berkahwin dengan yang lain.Betapa aniaya diri terasa bila hal sebegini berlaku.


Hal ini juga takkan berlaku andai diri bila berkawan lelaki dan perempuan menjaga batas yang ada.Ilmu agama sudah ada,cuma iman yang menghalang benda sebegini berlaku.Jangan terlalu percaya kata janji manis yang diucapkan.Bila diri terlalu percaya apa yang diucapkan,maruah yang terpelihara musnah dengan sekelip mata.Betapa bernilainya maruah itu,tapi punah dengan hanya sekadar ayat cinta..


Aku berpesan pada diri juga,agar menjaga adab dalam setiap perbuatan.Mungkin benda sebegini nampak seakan remeh,tapi dari benda sebegini datang impak yang besar kemudian harinya.Entri ni,luahan dari seseorang minta aku untuk kongsikan bersama...

10 comments:

SYAFIQAHSALEH said... BALAS

nice entry kamu :)

aiEz said... BALAS

syafiqah-terima kasih..^^

ayuni said... BALAS

nak salahkan lelaki sepenuhnya tak boleh juga. wanita pun perlu fikir baik buruk perkara kan. nway, tepat.lelaki untuk melindungi wanita sekali gus menjadi pemimpin wanita.

jangan biarkan nafsu mengawal segala. nice entri :)

aiEz said... BALAS

ayuni-betul,nak salahkan sebelah pihak pun tak boleh..sama diibaratkan tepuk sebelah tangan tak berbunyi,kedua belah pihak sama2 dlm hal ini..cuma sedih,betapa senangnya kaum awanita dianiaya semacam rupa..

menusuk hati-betul,pengaruh dari syaitan..hanya iman jd pendinding lindungi dari semua ni..

Faez Rusni said... BALAS

ya..ak stuju..jangan hanya kasi harapan palsu ye LELAKI

dontpushpush said... BALAS

kebanyakkan lelaki mcm itu laa...tp..jgn la tuduh mereka semua(lelaki) mcm tue, ade je yang elok/baik perangainya. tp bg aku..dlm kes diatas...Lelaki tue mmg "palat" kalau buat mcm 2....
btw, nice entry :)

aiEz said... BALAS

paeh-betul,bukan kata sekadar kata..janji hanya pandai berkata semata..^^

eddy-betul,tak semua lelaki macam tu,sebab ada juga yg betul2 ikhlas bila berkawan,kalau betul2 mahukan seseorang tu,takkan sekali buat yg bukan2..dalam kes yg diatas,aku mmg sakit hati juga sbb aniaya orang perempuan macam tu..

Farhana Jafri said... BALAS

klau llaki respect prmpuan, bnda ni xkn jd.. btul x aiez?!! hik3

jemput singgah ANASAURUS :)

Wana Fauzana said... BALAS

itu lah adat...bila si perempuan ni setia....mesti si lelaki ambil kesempatan...bila ada lelaki yang setia..perempuan lak yang buat hal-dunia skarang~ =(

aiEz said... BALAS

farhana-betul tu cik farhana,kalau ada perasaan hormat dekat perempuan benda begini takkan terjadi..:))

wana-begitulah namanya kehidupan..yg pelbagai macam..

Free Blog Theme and Templates