May 24, 2011

Nikmat Yang Ada...




Takkan pernah ada manusia yang sempurna dalam hidupnya.begitu juga dengan aku,punya banyak kesilapan yang pernah aku lakukan sebelum ini.Tapi kesilapan tu juga banyak mengajar aku tentang erti hidup dalam sebuah kehidupan.Aku dulu manusia yang sering mengaku kalah dan sering berputus asd,tapi apa yang berlalu tetap berlalu.Bulakn hidup baru dalam setiap langkah kaki aku.
 

Aku berasa teramat bersyukur kerana masih punya masa dan ketika untuk perbaiki akan kelemahan dan kesilapan dalam diri.Walau tidak secara keseluruhannya,tapi aku perbaiki selagi apa yang termampu.Sebab aku pernah merasakan betapa lemahnya aku pada ketika itu.Kesakitan yang ada dalam diri,dan nikmat akan sesuatu pinjaman yang Allah dah berikan ditarik semula dari aku.Pengalaman itu hanya seketika bagi aku,menginsafi akan kesilapan diri dan mengenal akan maknanya diri dalam kehidupan ini

Selalunya kita menjadi mudah lupa akan nikmat yang diberi percuma dalam hidup ni sangat kita tak hargai dengan apa yang ada.Sampailah pada saat waktu dan ketika kita dah kehilangan baru akan terbit akan perasaan kesal dalam diri.Lumrah,begitulah kita  manusia.Hanya yang benar-benar menghargai dan  sedar akan nikmat pinjaman yang diberi digunakan pada jalan yang sepatutnya.Bukan pada jalan yang dilarang dan ditegah olehNya.


Contoh yang paling nikmat yang paling dekat yang Allah berikan pada kita tentang kehidupan kita atas muka bumi ni untuk apa sebenarnya.Adalah untukNya,menginsafi akan betapa kerdilnya diri ini.Menilai kebesaran alam ciptaan Tuhan.Mana mereka yang pernah merasakan saat terselamat dari kemalangan pasti merasa bagaimana seolah mati hidup semula.Sembuh dari penyakit yang dialami dan diberi kesempatan untuk perbaiki akan kekurangan diri pasti akan memahami apa yang aku cuba sampaikan.Kerana aku juga pernah merasa pengalaman seperti itu,terselamat dari kemalangan.Terasa bagaikan diberi peluang hidup semula.
Cuba perbaiki akan kesilapan lalu dalam diri.

Entri sekadar perkongsian tentang pengalaman hidup,bercerita tentang sebuah kehidupan yang hanya satu persinggahan.Nikmat yang ada digunakan pada jalan yang sepatutnya,kerana kita manusia selalu leka.Begitu juga aku...

9 comments:

ayuni said... BALAS

bersyukur dengan peluang yang diberikan aiez.

hidup ni perlukan kesederhanaan.kita punyai tanggungjawab yg besar sebagai hambaNYA di muka bumi ni..beribadat kepada DIA.
mohon semua dipermudahkan.insyaallah :)

aiEz said... BALAS

ayuni-betul tu,syukur selagi masih bernyawa..sangat2..

Unknown said... BALAS

tak ramai yang sedar akan perkara ni..
mereka rasa hidup ni selagi masih selesa selagi itu kita tak de buat silap..padahal kekayaan dan kesihatan tubuh badan yang baik juga adalah satu ujian dari Allah..

siti aqilah said... BALAS

x semua orang sedar, Allah dah beri peluang ke2 untuk kita perbaiki kesilapan lama, tapi kita masih ulang kesilapan yg sama. seakan-akan tidak mensyukuri nikmat yg diberi. moga2 kita x tergolong dlm lingkungan org sebegitu ")

Faez Rusni said... BALAS

syukur dengan dua nikmat paling besar dalam hidup..iaitu nikmat Iman dan Islam...

ak turut mcm ko aiez..

Unknown said... BALAS

ngeh ngeh ngeh.... >..< ada jg idea ko bro.... btul ler tu.sbb tu idup slalu kena brsyukur.takut2 bila dh ilang nnti bru nk rs mnyesl x suda.... -time tu suda trlmbt.... apapun,tepuk dada,tnya iman msg2 ..... ^_^

aiEz said... BALAS

diana-yup,itu semua hanya pinjaman semata..nikmat boleh ditarik bila2 masa,xde amaran dan x sapa yg duga...

siti aqilah-insyaAllah,sma2 kita beringat 1 sama lain..

faez-syukur sgt,betul cakap paeh tu..
err,pengalaman kite sama paeh?

cahaya hidup-^^,yup..insyaAllah sma2 kita perbaiki apa yg kurg dan beringt sesama kita..^^

Fathiah Hamim said... BALAS

fa mengaku. fa selalu tersedar kesilapan, tapi fa selalu jugak ulang benda sama.
tak manfaat kan peluang yang ada.

:(

aiEz said... BALAS

fa-tapi kita masih ada masa juga utk perbaiki kesilapan..xmo rasa sedih ke apa,blaja kita sama2 perbaiki apa yg kurang...

Free Blog Theme and Templates