June 14, 2011

Kerana Zina...




Entri yang agak sensitif,tetapi sekadar pengkongsian sesama kita dan memerlukan pendapat sesama rakan blogger sekalian.Pada komen yang diberikan amatlah dihargai kerana ini perkongsian sesama kita tentang isu semasa dan masalah kita hari ini.

Kalau dilihat kejadian membuang bayi amatlah membimbangkan statistiknya di Malaysia sekarang.Kejadian remaja yang hamil diluar nikah dan masalah gejala sosial dikalangan remaja kita hari ini amat menakutkan.Seringkali kita melihat didada akhbar ada sahaja kejadian membuang bayi dan sikap yang tak berperi kemanusiaan pada bayi yang tak berdosa ini.


Bermulanya zina,dari hubungan mesra yang sekadar suka teman tapi mesra berlanjutan ke peringkat yang seterusnya.Dari perbuatan yang sekadar mencuba sesuatu yang baru mendatangkan keburukan dikemudian hari.Kalau dilihat hari ini,ada sesetengah golongan remaja yang tanpa berasa segan silu bermesra dan dengan aksi yang kurang menyenangkan dikhalayak ramai.Tanpa ada perasaan malu dan segan silu dalam diri.Kalau dulu pada mulanya,bersentuhan sesama berlainan jantina merasakan satu perasaan yang aneh dalam diri.Tapi jika sudah kerap dilakukan perbuatan ini seolah menjadi satu ketagihan dalam diri.Dan ini menjadi satu kebiasaan pada kita.Tanpa sedar diri semakin hanyut dan leka diarus alam indahnya cinta.


Dan seterusnya,atas keterlanjuran diri,lahirnya seorang insan didalam rahim si wanita.Atas dasar membuktikan betapa cinta pada pasangannya hingga lupa pada agama dan Penciptanya.Yang menjadi mangsa adalah anak dalam kandungan.Melihat pada pembuangan bayi yang berlaku,betapa kejamnya kita sebagai manusia melakukan perbuatan sebegitu.Melakukan zina adalah satu dosa besar inikan pula membunuh anak yang dilahirkan.Malu dengan orang sekeliling mungkin?tapi kenapa tidak ada perasaan malu dalam diri bila melakukan sesuatu yang dilarang?Amalan dicatit kiri dan kanan dilupakan,nafsu segala menguasai akal fikiran.Sedangkan haiwan juga mengasihi akan anaknya,inikan pula kita sebagai manusia yang ada akal fikirannya sehingga tergamak melakukan perbuatan sedemikian.


Berfikir untuk  jangka masa yang panjang,berfikir secara matang.Bukan sekadar berfikir dengan akal yang singkat,keseronokan yang hanya sementara.Berpesan-pesan agar tak terlalu leka dengan dunia yang hanya sementara...

30 comments:

Diari Anak Perantau said... BALAS

ntah lah..niew lah manusia akhir zaman..remaja2 sekarang ni pun bukan nya nak dengar kata..kadang2 ibu bapa yang jadi mangsa..hu3..

yasmine danny said... BALAS

ni laa cabaran hidup remaja kini... haish... kdg2 ckp mak-abah pon depa x layan... bala~~~ bala~~

DEZAMAN COTTAGE said... BALAS

Jauhilah zina....

Mss Ieza said... BALAS

keseronokan smentara..
bg muslim sbnr, dunia adlh mnyeksakn..tpkse mngikut itu dn ini demi mnjalankn tuntutn sbg hamba kpd NYA..tp kbhagiann yg berkekaln d akhirt kelak tiada tndignnya dgn kseronokn smentara d dunia :P
(membebel suda XD )

MissDT said... BALAS

sangat sakit hati bila ada yang membunuh bayi..dah tahu nak buktikan cinta tu dlu, suppose jaga r "cinta" tu elok2. manusia dah x berperikemanusiaan dah skrg..*bukan smua*

isu sensitif ni. huuuuuu...

anismelon said... BALAS

mcm kenal pic kat atas nie..weee..knp buh pic nie..mcm lorong sepi je jalan nie..wahaha..

org sekarang tau na seronok je..xfkr langsung kemudian hari..bile org mengate pandai marah..tp diri sendiri yg xrti na brfikir..

feyus said... BALAS

Bahaya hasutan syaitan...manusia mudah tergoda.Sentiasalah ingati Allah.
Iklan Ubat kuat lelaki

aiEz said... BALAS

aremieroul-manusia akhir zaman,nak salahkan ibu bapa sepenuhnya pun tak boleh sebab ibu bapa dah berikan didikan sepenuhnya pd kita..

yasmine-yup,melawan kata orang tua,remaja sekarang...

mss ieza-benar,keseronokan sementara cuma,akhirat yg sebenar-benarnya yg dicari...

missdt-betul,kasihan melihat bayi2 dibunuh dgn cara yg kejam,yg lain susah2 berusaha untuk ada anak,tp yg dah ada tak tahu hargai apa yg ada...

anismelon-errr,mmg kenal pun..kg kita kan,old town sikit..hehe..betul tu anis,walau tak semua semacam tu..tapi begitulah kita sekarang,...

aiEz said... BALAS

feyus-benar tu abg feyus,betapa lemahnya kita tanpa iman dalam diri mudah tergoda dgn duniawi...

Anonymous said... BALAS

Salam tuan blog...

Ini lah yang ditakuti oleh baginda Rasulullah s.a.w. Apabila manusia itu lemah iman syaitan mudah untuk menggoda. Banyak punca lemah iman ini. Tidak perlu menunding jari kepada sesiapa. Ia berpunca dari diri kita sendiri..

p/s: punca lemah iman boleh tgk kat sini Punca Lemah Iman

Ken Wooi said... BALAS

sekarang generasi moden, semua semakin berubah :)

aiEz said... BALAS

chipcoklat-wasalam,benar lemah iman lemah kita segalanya,dengan iman yg ada dapat menghindarkan dari perkara yg mungkar..betul,semua berpunca pd diri dan kekuatan iman melawan godaan yg ada..

*terima kasih atas pengkongsian link yg diberikan..:)

ken-berubah dari pemikiran dan segalanya..:)

PCL said... BALAS

Salam aiez,

(umum).. senang sangat nak buktikan cinta konon2nya...bukan itu caranya ..seharusnya fikir panjang walaupun pendek akal.

inilah sifat manusia tiada iman dan perasaan mulia, blm dapat kata hebat dah dapat rasa meluat pula...

[PCL]

Liena Cutez said... BALAS

remaja skrg, susah nak dibentuk..

http://innit.nuffnang.com/view/1710431/game-angry-birds-live

M Fizan said... BALAS

emm..setuju sangat2 lar ..tambah2 kalau minum arak..lepas tu, zina..bunuh pulak..semua nie sebab hiburan melampau lar..

Cikgu said... BALAS

dalam kemarahan kita ni... kemaraan media2 yang tidak perlu kita tengok jauh2, tengok saja media Malaysia... anak2 muda yang baru mengenal dunia skang ni menjadi ragu antara yg halal dan yg haram... tidak perlu pergi kepada zina tp tengok saja pergaulannya, bersentuhan yg tidak dibenarkan... sape yg mengajar? anda tahu jawapannya... jom sama2 kita perbetulkan keadaan.. kawal anak2 dan keluarga kita dari pengaruh yg tidak elok juga makanan yg tdk elok, sebaliknya kita tanamkan pengaruh yg elok serta mknn yg halal lg elok agar imannya teguh... dan sama2 kita berdoa moga2 Allah memberi petunjuk kpd kita semua dan umat Islam menjadi umat yg dicontohi... insyaAllah... amin...
maaf andai tersilap kata dari sy...

aiEz said... BALAS

pcl-wasalam pakcik,betul seharusnya melakukan sesuatu fikir dgn akal yg diberikan dgn sebaiknya sblm melakukan sesuatu yg terlarang,hanya iman dapat hindar dr semua ni..

liena-berpesan pd semua..^^

m fizan-hiburan duniawi semata...

admin-insyaAllah admin,terima kasih atas pandangan yg diberikan..pemakanan dari rumah juga membentuk akhlak setiap individu itu juga,sebab dari setiap apa yg mengalir dlm tubuh kita jika dari sumber yg tak elok akan berikan kesan dan impak dalam perlakuan seseorang itu juga..kita berkongsi pandangan sesama kita,terima kasih..^^

blackroses said... BALAS

dan lebih parah apabila mereka bangga dah tak suci

aiEz said... BALAS

blackroses-err...:)

ayuni said... BALAS

nak salahkan siapa ye? salahkan diri sendiri la. malang buat wanita sebab fizikal wanita senang dicam. kalau ikut statistik kepada pembacaan ayu, ramai mengaku melakukan zina untuk membuktikan cinta.padahal, perbuatan mereka tu hanya membuktikan kekurangan fungsi akal fikiran mereka. senang cerita. bercinta selepas kahwin. :) semoga Allah melindungi kita dari perbuatan terkutuk tu. amin.

aiEz said... BALAS

ayu-segala terletak pd diri sendiri..apa2 yg terjadi terletak pd diri dr melakukan sesuatu yg ditegah..ilmu agama dah diberikan,kekuatan iman yg jd benteng pd kita utk elak perkara sebegini..moga dilindungi dari perkara sebegini,insyaAllah..:)

Unknown said... BALAS

dah takde amalkan ehsan dengan tuhan, camni la jadiknya....

misz athiqah said... BALAS

xfaham sungguh ngan isu nie..huhu..remaja masa kini susah nak difahamkan kesan dari hubungan tlarang nie pada diri sdri dan anak itu...huhu...macamlah leh pergi shingga jauh tue...huhu...xfikir ker...untuk bina keluarga yg baik mestilah bmula dari mjadi insan yg baik..ehm...

miss khairani said... BALAS

janganlah kamu menghampiri zina kerana ia merupakan ia merupakan titik tolak kepada satu pembunuhan, kehancuran peradaban manusia..

aiEz said... BALAS

mohd shukri-ehsan sesama insan dan Maha Pencipta...

misz athiqah-yup,masalah remaja hari ni,keseronokan semata yg difikirkan dr keburukan kesan jangka masa panjang..

semut api-betul tu..

Ismet Ulam Raja said... BALAS

satu peringatan yg bagus...thanks!

aiEz said... BALAS

Ismet Ulam Raja Pegaga-sama2 kita..^^

Syaffroni Affandy Safar said... BALAS

bila dah ada green light ... apapun boleh terjadi ... :)

Fatin Amani said... BALAS

bila takde iman dalam diri, tulah jadinya... kalau ada iman & sentiasa ingat Allah, surely takkan berani buat benda yang tak sepatotnya... sedih kan dengan dunia sekarang neh... dunia kahir zaman...

eRiQa_fishy said... BALAS

xperlu kita cari salah siapa, atau dimana silap, krn ibubapa sudah menjalan kan tanggungjwb namun mgkin terlepas pandang pd beberapa perkara, wallahualam...bukan tugas kita menuding jari pada sesiapa, dan hak menilai tu tiada pada kita hanya pada Allah, kita berdoa untuk kebaikan mereka dan diri kita, sambil 2 anak2 muda skrg ya bkal menjadi ibu dan bapa perlu membuat persediaan dgn cbrn akan dtg, sbb cbrn akan dtg tentuny lebih sukar...apa yang buruk kita sama-sama jadikan sempadan dan yang baik kita jadi kan tauladan...mungkin dowg ne silap sebab kejahilan dowg, tp tugas kita bantu bagi pendedahan kpd mrk ne dan jugak diri kita serta org lain ttg perkara-perkara yang baik dan buruk, spy tidak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak baik...jd, kesilapan mereka kita sama-sama jadikan sempadan...insyaAllah, kita semua akan berada dalam berkat dan perlindungan Allah dari kedurjanaan kejahilan dan kebatilan dan dr segala perkara-perkara yang buruk...

Free Blog Theme and Templates