Sebagai manusia sifat lupa takkan boleh lari dalam diri.Ada yang kata lupa ni terjadi bila banyak sangat makan kepala ikan,err betul ke?Kalau kata tertelan semut tu pun boleh menyebabkan kita lupa juga ye?.Banyak juga faktor yang boleh menyebabkan kita lupa ni.Dan kalau kita ingat,kita juga pernah berjanji.Agak-agak kita ingat tak?mungkin ada yang terlupa...
Agak dengan siapa ye?sewaktu kita dialam roh kita pernah berjanji dengan Pencipta bahawa kita bersaksi Allah Tuhan yang satu,dan akan menuruti segala arahannya dan menjauhi apa yang terlarang.Pada ketika itu kita berjanji takkan merosakkan alam ini tika kita berada di dunia.Menjauhi perkara yang dilarang dan menjadi hambaNya yang soleh.Berjanji takkan melupakan janji yang pernah dilafazkan,sebelum dilahirkan didunia.
Pada ketika itu juga kita berjanji akan berusaha menjadi anak yang soleh dan mendengar kata orang tuanya.Mendengar kata apabila dibicara dan akan menjaga orangnya apabila sudah tua.Begitu besarnya pergorbanan seoarang ibu dalam melahirkan kita sehingga hari ini.Walau apa jasa dan kebaikan yang kita lakukan takkan mampu terbalas dengan apa yang telah ibu berikan.Berjanji untuk bahagiakan kedua orang tua hingga keakhirnya,tapi kita lupa bila usia menjelang dewasa.
Bila usia menjengah dewasa,mula kenal dunia sebenarnya.Janji yang pernah dilafazkan lupa segala.Dibuai indah godaan dunia.Dunia yang besar masih belum banyak diteroka,keseronokan dunia masih belum puas dirasa.Lupa dan terus lupa.Leka dan lena dengan semuanya.Janji yang diucapkan masih belum dikota.Lupa dan terus lupa.
Mana janji yang pernah dikatakan?masihkah ada ruang dan kesempatan untuk berubah perbaiki kesilapan dan menunaikan janji yang pernah diberikan?.Jalannya masih ada,ruangnya sentiasa terbuka.Selagi nyawa masih ada,selagi jasad masih terdaya.Dia sesekali takkan pernah melupakan hamba-hambaNya.Kita yang sebenarnya lupa padaNya.Betapa diri ini rapuh,moga ada kesempatan untuk perbaiki kesilapan dalam perjalanan sebuah kehidupan...
21 comments:
speechless. banyak dosa.erm.
ayuni-erk...masih ada masa dan kesempatan...:),diri ni pun bukan sempurna,banyak juga buat silap...
:(
aremieroul-err aremieroul...
:')
*kelu . bnyak dosa .
sememangnya manusia mudah lupa
nawal-sama2 jugak..banyak buat silap dan mudah sangat lupa...
lupa dan buat2 lupa berlaku dalam situasi berlainan.
Moga jangan kita dilupakan oleh Maha Pencipta dalam menjalani kehidupan dibumi milik-Nya...
Selalu lupa janji terhadap Allah tetapi janji dengan manusia tidak pernah dilupakan.
insaf..tunduk mengenang janji pada Illahi
shimi-moga ituu takkan berlaku...sama2 perbaiki diri..
awan biru-kita selalu leka benda yg sepatutnya...
faez-sama paeh,ak pun kadang2 pun leka dgn semua yg ada...insyaAllah cuba perbaiki diri...
topic kau terbaik..!!
nazreen-err,:)
azam-insyaAllah takkan lupa padaNya...selagi nafas masih ada...
nice info :') saling ingat mengingati.. alhamdulillah terima kasih .. sememangnya sifat lupe sukar untuk diluturkan pada diri
cik chokie-sama2 kita,perbaiki mana yg kurang..^^
=) nice..sama2 ubah ape yg patut~~
lemonsusu-terima kasih,sama2 kita...^^
nice entryy ! :)
untuk peringatan bersama . terima kasih .
addin-terima kasih juga...^^..
speechlss..byaknye dosa smpai xley nak kira...hehe...hurmm..:(
wawa-err...cbe perbaiki mna yg kurang sma2..:)
Post a Comment