Situasi diatas berlaku baru-baru ni.Masa aku merayau keluar sekejap dari tempat aku kerja sebab nak cari barang.Dan dah menjadi kebiasaan,memang jenis aku yang suka memerhatikan orang,tengoklah gelagat manusia lain sambil berjalan mencari kedai yang dituju untuk membeli barang yang diperlukan.Masa aku berjalan lalu satu barisan kedai,aku tengok seorang hamba Allah ni tertunduk-tunduk mencari sesuatu dalam tong sampah.Dah dapat tin yang dicari-cari,dipijak pula tin kosong tu masuk dalam plastik yang dipegangnya.
Kebetulan pada masa hamba Allah ni mengutip tin kosong tu,ada dua orang remaja berjalan dibelakang orang tu tadi.Cara pandangan melihat pada yang sedang mengutip tin tu,dengan cara yang sungguh jijik,sambil mulut mencebik seolah geli tengok apa yang orang tu buat.Sebaik lepas jer dari orang tu,keluarlah ayat macam diatas.Seolah apa yang dibuat orang tu tadi terlalu hina.Orang yang mendengarnya tu hanya sekadar menundukkan kepala tanpa mampu berkata apa.
Dua remaja tadi berlalu dengan gelak tawa,aku yang tengok dari jauh hanya mampu melihat tanpa dapat berbuat apa-apa.Dua jiwa remaja,yang terlalu muda jiwanya.Melihat dunia dari pandangan yang sangat berbeza.Sekadar inginkan keseronokan dan tak sekali tahu erti kesusahan.Semua kepayahan tak dirasakan kerana ada keluarga yang menghulurkan apa yang diinginkan.Apa yang dilakukan oleh hamba Allah tu,sekurangnya dia berusaha untuk mencari rezeki dengan apa cara sekalipun.
Memang kalau tengok rasa macam jijik,tapi tak perlu nak gelakkan orang lain dengan niat nak menghina.Hati dan perasaan orang lain pun kita kena jaga.Bukan semua benda boleh dijadikan bahan untuk diketawakan.Sekurangnya dia berusaha selagi masih ada kudrat terdaya.Diri tak minta untuk dihina,manusia ditetapkan rezeki antara kita adalah berbeza.Mungkin itu,rezeki bagi dia,mencari tin kosong untuk dijual bagi meneruskan kehidupan.
Nasib kita pun bukanlah selalunya baik,tak selalunya kita diatas.Ada masanya kita akan jatuh kebawah kalau diri terlalu leka duduk diatas.Usah terlalu menghina sesama kita,kerana kita tak ada hak untuk saling menghina sesama manusia.Langit juga tak selalunya cerah,nasib manusia juga boleh berubah...
p/s-tiga hari blog bersawang,oh!tidak...
24 comments:
-->pernah hidup susah dan dihina.:)
nway, macam cerita kat tv3 keranamu laila.
memang itulah lumrah. yang busuk, yang miskin, yang hodoh itu akan dihina. tak tahu yang nikmat wangi, kaya dan cantik itu pinjaman.bila dah ditarik baru terkial2.
letakkan diri pada situasi itu.baru fahami.
ayuni-sama kita..err,tak pernah tengok cerita tu..hee..
yup,tak pernah merasa apa yg dirasa,sebab tu kita jadi leka..^^
xelok menghina..
haha..tu budak2..mgkn taktau erti hidup sbenar..kalau dia tau apa tu hidup...ak tak fikir dia gelakkan org tu...setiap kita punya cara hidup berbeza....hormati selagi ia bukan sesuatu yg salah....
aku pernah tengok situasi nie kat sogo..pak jaga tu halau makcik nie..sadis je..
meleleh air mata makcik tu kot..kesian dia..tin2 dia kutip habi kene rampas cmtu je..hurmmmm
xsemestinya hidup kita sentiasa diatas..
setkat 3 hari..aku berbulan2 dah..hahaha
Hidup tak perlu menghina org,sebaliknya lihat pada diri sendiri dahulu.sbb hidup umpama roda,takut2 satu saat kita yg akan terima nasib sprti mereka~~minta d jauhkan....
aku penah rasa d hina , di kutuk , d keji . tp ni lah lumrah alam . hidup tak semesti nya di atas .
kita kena kuat ! doa tu senjata :)
phycrewz-yup betul tu..
amin-yup betul tu,budak2 lagi..cara berfikir pun lain,klau dorang rasa apa2 yg org tu rasa mmg xkan gelakkan org lain...
paeh-kesian tu paeh,bila kena mcm tu...lg2 kena kat tempat org ramai..mcm2 sekarang..
*syg woo xupdate,hehe..:P
cahaya hidup-betul2,kita tak selalu hdup diatas,mcm2 boleh jd dlm hidup ni..
nawal-yup,kita kena kuat..berusaha selagi terdaya..insyaAllah..:)
Di tempat Awan selalu terjadi.
Sepatutnya, si pencari tin kosong itu kita banggakan kerana selain mencari rezeki sendiri, dia juga akan menyelamatkan alam sekitar kerana mengumpul bahan yang boleh dikitar semula. Lagi pula, mereka tidak meminta-minta seperti sesetengah orang yang cukup anggota tetapi malas bekerja.
awan-betul tu,memanfaatkan selepas apa yg diguna..setuju,tak setengah dr kita yg meminta-minta walaupun sempurna anggota..
dia belum pernah hidup susah .
sungguh sangat perit apa yang Addin lalui . tp doa & usaha serta tawakal yang penting. jangan pernah putus doa ! :)
miss addin-betul tu,kalau pernah rasa takkan buat macam tu..
betul addin,jgn pernah putus doa,berusaha dgn apa yg kita dah usahakan..^^
btl tu..
my mom slalo psan..
jgn pnah pndg hina pd pkjaan smeone uh..event die kje sbg cleaner,yg pntg hlal :)
Mss ieza-betul2,skong sgt kata mak ieza..yg penting rezeki yg dtg halal dan yg penting ada usaha dlm mencari rezeki..^^
betol3..
sayang sama cinta-err,:)
very nice blog!!!!!!!!!!!!
vignarulo-thanks..:)
Mereka belum tahu erti hidup susah
hanif-betul tu..
Post a Comment