August 01, 2011

Salam Ramadhan 1 Syawal 1 Ogos....

  kredit gambar dari sini...

Alhamdullilah masih lagi bernafas diri ini untuk melaksanakan salah satu dari 5 rukun Islam yakni berpuasa di bulan Ramadhan.Dan tahun ini aku bergelar seorang blogger pada bulan puasa ni,*haha*.Okey,gurau.Banyak sebenarnya kenangan yang mengingatkan aku kembali pada kenangan masa lalu yang banyak kebetulan berlaku pada bulan Ramadhan.Terkenang-kenang pula bila masuk bulan Ramadhan ni,*heh*


Okey,jauh aku menyimpang dalam menyampaikan mukadimah entri dalam bulan Ramadhan ini dan juga bulan baru bulan Ogos.*hee*..Mengapa kita berpuasa?dan apa erti sebenarnya puasa itu?kalau dirujuk kembali pada makna puasa itu sendiri ialah menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari baik iaitu dari makan dan minum,mahupun dari sifat nafsu amarah yang ada dalam diri.


Selain itu juga kita tahu yang berpuasa ini juga baik segi kesihatan,yela dalam masa sebelas bulan dalam setahun ni kita asyik makan dengan itu dan ini.Dan perut kita ni nak juga berehat dari bekerja lebih dari bulan-bulan sebelumnya.Banyak sebenarnya  kebaikan berpuasa ni,dan ini semua ada sebab musabab tersendiri yang membawa kita lebih mengenali Maha Pencipta kita.

 kredit gambar dari sini..

Selain itu juga kita dapat menginsafi diri,yang dalam kesenangan kita ni ada juga yang kurang bernasib baik .Ada juga yang menjadi mangsa kebuluran akibat kekurangan makanan,tapi bagi kita yang hidup di Malaysia ni rasanya mewah dengan bermacam jenis makanan.Tak percaya?lihat sahaja bazaar ramadhan,berbagai juadah yang dijual untuk berbuka.Bak kata,macam-macam ada.Jadi sekadar peringatan juga pada diri,agar kita sama-sama dapat menginsafi diri dan perbetulkan mana yang kekurangan.Bulan Ramadhan bulan keberkatan,bulan yang lebih baik dari seribu bulan.Jadi sama-sama kita rebut peluang yang masih ada.Mencari redha dari Yang Esa.

p/s-Sempena bulan Ramadhan ini,diri mengucapkan salam ramadhan dan mohon kemaafan andai diri sepanjang berblogging ini ada tersalah kata,tersalah bicara tak kena gaya penulisannya mohon dimaafkan.Penulisan datang dari pengalaman dan pengamatan dari sekeliling untuk renungan bersama...;)..Peace!!heh..

26 comments:

:: cikNuurul :: said... BALAS

salam ayie,.slmat berpuasa CN ucpkn,.doa bnyk2 Ramadhan ni,insyallah makbul,.hehe,.=)

Unknown said... BALAS

saya juga nak ucapkan salam ramadhan :) moga2 tahun ni ramadhan anda diberkati :)

Unknown said... BALAS

Assalammualaikum . salam ramadhan untk tahun yg ke 24 dlm hidup kita . Syukur kita msh sempt bertemu dgn ramadhan lg . Moga kita akan mnjalani ramadhn kali ini dgn lbh baik lagi , insyaallah.... :)-salam ramadhan buat kamu dn keluarga-

Abe Goreng said... BALAS

SLmt b,pose bro.:D

Update terbaru : Kisah Dobi Layan Diri!

aiEz said... BALAS

CN-wasalam CN,selamat berpuasa juga pd CN,insyaAllah hendaknya..;)

aiEz said... BALAS

Qarr-terima kasih qarr,selamat berpuasa kembali,insyaAllah aminn..;)

aiEz said... BALAS

cahaya-waalaikumsalam,hehe..syukur alhamdulillah masih bernafas untuk menyambut ramadhan kali ni,insyaAllah terima kasih...;)

aiEz said... BALAS

abe goreng-thanks bro...:)

Anum said... BALAS

selamat berpuasa

Far8 budak baik said... BALAS

betul2..ade yg tak bernasib baik kn
jadi kita lah leh la berbuka
berlebih lebih kn..
hihi
selamat berbuka dan berpuasa ehh

ساريده سنين said... BALAS

~salam ramadhan pd semua blogger.. semoga segala amal baik kita berterusan bermula dari sini.. ~

WAHIDA ALIAS said... BALAS

selamat menyambut ramadhan =)

Asyila Zainuddin said... BALAS

selamat berpuase juge! :D

amna said... BALAS

salam ramadhan :)

puasa banyak mengajar manusia erti kehidupan dan kesyukuran dalam kehidupan seharian..

p/s:petang ni nak g bazar ni.. cmne ek, karang macam2 nak beli T.T''

aiEz said... BALAS

anum-terima kasih...;)

aiEz said... BALAS

fa8-yup,bersederhana dlm berbuka n berbelanja juga..;)

aiEz said... BALAS

saridah-selamat berpuasa,insyaAllah..:)

aiEz said... BALAS

wahida-terima kasih,selamat menyambut ramadhan kembali...;)

aiEz said... BALAS

asyila-terima kasih...;)

Abu Huzaifah said... BALAS

selamat berpuasa :D

aiEz said... BALAS

amna-salam ramadhan kembali,

benar,mengajak kita merenung dan menilai kembali akan syukur kita pada Ilahi.ada banyak manfaat dr bila kita berpuasa ni...;)

*err,beli mengikut mana yg perlu..ala kadar dlm berbuka..:)

aiEz said... BALAS

abu-sama2 kita...:)

ayuni said... BALAS

salam ramadan.
erm. bulan puasa ramai yang amal pembaziran. itu yang kena dielak.

* kesian pesakit yang hidap kwashiorkor tu..syukur la masih ada rezeki makanan untuk kita di malaysia yang diberikan olehNYA.

aiEz said... BALAS

ayu-salam ramadhan,:)

yup,semua tu nafsu..dan mmg kena dielakkan..:)

*yup,kita kt sini mewah dgn makan..smpai membazir pun ada..

sumayyah said... BALAS

salam ramadhan..:)

aiEz said... BALAS

wan_murni-salam ramadhan kembali...:)

Free Blog Theme and Templates