August 04, 2011

Sekadar Bacaan...



Masa dekat sekolah tadika dulu dan sekolah rendah ustazah ada bertanya macam mana kita nak dapat pahala apabila kita dah tak ada nanti?masa tu budak-budak lagi dan masih belum jauh untuk berfikir dan masing-masing sekadar berpaling dan bertanya pada satu sama lain.Ustazah ada mengatakan...

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda "Apabila seseorang manusia meninggal dunia, maka putuslah amalannya, melainkan tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya."

(Diriwayatkan oleh Muslim)

Ya,sedekah amal jariah yang dilakukan semasa hayatnya kita didunia.digunakan pada jalan yang bermanfaat dan berfaedah.Kadang-kadang kita sebagai manusia ni agak lokek untuk melakukan sesuatu kebajikan.Tapi jika digunakan pada jalan pembaziran,amatlah mudah kita lakukan.Sekadar peringatan pada diri,kadang diri juga selalu begini.Perkara yang sia-sia senang untuk dijadikan ikutan,tapi kebaikan selalu dilengahkan. 

Ilmu yang bermanfaat,kadang-kadang diri takut juga nak menulis sesuatu yang bukan-bukan.Kadang kita tak duga,apa yang kita tulis dan sampaikan kadang melukakan hati orang lain dan membuatkan pada yang membaca terasa tersinggung.Pernah membaca dalam sebuah blog ni,ada menyatakan.

"jika satu hari aku mati,apa yang aku dapat berikan pada pembaca aku?aku tak mahu dosa-dosa aku memburukkan orang lain akan menjadi satu beban untuk aku bila mati nanti.."

Jadi,kita renung-renungkan samada kita menulis untuk berpesan pada kebaikan atau menulis untuk menjatuhkan orang lain dan menjadi beban untuk kita dialam sana nanti...

Doa anak yang soleh yang mendoakannya,didikan agama juga amat penting.Hanya doa dari anak-anak yang soleh yang mendoakan kedua orang tuanya apabila dah tiada nanti untuk dijadikan bekalan untuk disana nanti.

Sebenarnya ada banyak cara lagi,kalau ada yang nak tambah boleh komen untuk perkongsian sesama kita.Saling mengingati antara kita,berpesan kearah kebaikan..

14 comments:

Anum said... BALAS

amin

Unknown said... BALAS

Jihad dalam penulisan. Menyebarkan kebaikan melalui pembacaan dan hasil buah fikiran.

Afikah Aziz said... BALAS

bile menulis psl org kena pk byk kali sbb nnt klu pe yg ditulis tu xbetul dan mengaibkan org nnt kena tanggung kat alam sana,nauzubillah


nice entry,thumbs up :)

Far8 budak baik said... BALAS

tu ar kannnn..
aku rase aku selit kan lah
jugak isi tersirat...
tapi kadang2 ade yg aku main tulis je..huh..seyes takut..
kdg2 takde idea..mula lahh merapu..
huh

ayuni said... BALAS

peringatan untuk semua.
nak tambah sket sbgai anak2 .

kita kne lunaskan hutang ibu bapa. kita pun kena jaga hak mereka sesudah dorng tak da macam.
melaksana wasiat, hormat saudara dan kawan2 dorang, dan redha dgn pemergian dorang., itu semua yg kita boleh lakukan pada ibubapa jika mereka dah takda. ;)

aiEz said... BALAS

anum-err?..

aiEz said... BALAS

awan-yup,selagi ilmu bermanfaat disebarkan dan berterusan..dapat merubah sesuatu kpd kebaikan..:)

aiEz said... BALAS

afikah-betul,byk yg kna dijaga dlm penulisan kita..

aiEz said... BALAS

fa8-ada tersirat disebalik yg tersurat..err,jgn hentam kromo..sma2 kita perbaiki mna yg kurang..:)

aiEz said... BALAS

ayuni-yup,takut jd beban masa disana..:)

kocix! said... BALAS

lawa gambo tu bro..

like!

aiEz said... BALAS

kocix-hee,pekan tapah kesayangan kita..;)

anismelon said... BALAS

setuju entry nie..amalan yang akan jd bekalan kite and doa ank ank yg soleh n solehah..:)

aiEz said... BALAS

anis-yup,apa yg kita buat itu yg dijadikan bekalan disana nt n doa ank soleh..;)

Free Blog Theme and Templates