September 05, 2011

Ini Hiburan Kita...




gambar sumber google



Assalamualaikum,


Kalau bercerita tentang industri filem ataupun drama tempatan memang meriah sekarang ni,kalau dulu buat filem sebulan sekali jer kot,sekarang ni menghasilkan tiga filem dalam sebulan.Meriah lah tu kan?sekurangnya ada generasi pelakon pelapis industri kita ni.Tak ada lah malap sangat rasanya,kan?,heh.

Berbalik pada cerita,seronoklah memanglah seronok tengok ada jer cerita baru dipawagam.Tapi dalam seronok tu juga,ada benda juga yang perlu dititik beratkan.Yelah,dalam kita berkarya kan,berlakon kalau nak nampak macam betul,kena lah buat jadi nampak macam betul.Tapi tak adalah betul sangat,sebab berlakon kan?kalau bendanya betul berlakon lepas tu mati siapa yang nak betul tak?heh.Takut semua orang nanti.

Cuma dalam lakonan tu,janganlah sampai tak menjaga sensitiviti orang lain.Contohnya macam menghina orang yang kurang upaya ni,kalau diperhatikan banyak yang berlakon orangnya elok-elok jer dibuat jadi macam sengaulah,pekak dan macam lagi.Dah tu,ada pula dialog yang menghina golongan macam ni.Kita kena ingat,tak semua manusia sempurna,janganlah nak dihina macam tu sekali.Mungkin dia sengau,tapi masih boleh mendengar apa yang kita cakap kan?fikirkan tentang perasaan orang lain.Aku cerita benda ni sebab aku ada kawan yang tergolong dari golongan macam ni.Mereka ni pun ada perasaan juga.

Dan ini lagi satu isu,kalau berlakon pegang tangan tu dah jadi macam benda wajib dah pun kalau berlakon.Meskipun berlakon ada ciri islamik dan teladan yang ditunjukkan,bab berpegangan tangan itu kan kita tahu apa hukumnya,jadi matlamat tetap tak menghalalkan cara.Bukan itu jer,ada juga yang jalan cerita mungkin secara mata kasarnya nampak kelakar.Tapi secara tersiratnya ada juga yang adegan seakan persendakan Islam itu sendiri.Faham dunia hiburan,tapi jangan sampai mengiayakan sesuatu dilarang.Bukankah Islam itu indah.Seharusnya menerapkan nilai yang murni dalam sesebuah cerita dalam apa yang kita sampaikan,bukan dijadikan bahan untuk jenaka yang seakan mudah untuk dipersendakan.





13 comments:

Unknown said... BALAS

salam....sy fham situasi ni sbb sy pn ada gak kwn yg OKU....tp lau tngok dri mata ksar,mmg kta xjgka yg dia OKU....skrg pn msih berkwn...:)

Namee Roslan said... BALAS

islamic macam tak islamic. entah la. ni pakai tudung dah jd trend. pakai sebab fashion tp xpela. at least besar juga lah jasa industry fashion dalam berdakwah :)

Nuruddin Azri said... BALAS

WRITER
realiti umat Islam kini smkn jahil...x hayati n faham islam dgn sbtul2 fhm...

maksiat dpn mata shja...media mmg peranan dominan...
kerajaan oh kerajaan~

prsenda islam...bnyk..maharaja lawak...melodi...
sume skrg nk snjung artis...tgk rncgn dh tau....

NAMEE ROSLAN
mmg pkai tdg skrg sbb fesyen...bkn kerana allah...niat salah...

saya nak betulkan besi y bengkok...

indstri fsyn x mnymbg pd hkktnye dlm bdkwh,malah mnystkn...

kalau ade pun mgkn 1% sbb lg bnyk y drpd pkai tdg labuh jd pakai tdg xckp kain...

anyway,nice post.keep it up...=)
let's strive 4 islam....

halidaRahman said... BALAS

memang lah, kekadang berlakon tidur sekali lahh apa lahh. malu pulak kalau tengok cita tu and abg/abah tengok skali, kita pulak yg rasa malu.

erm

Umie Nadhirah said... BALAS

apekehe.. ish3.. yang pegang tangan ok lagi.. yang dahsyat dari tu yang KO tuh.

wan azie said... BALAS

mcm2 dunia skang ni.....

Unknown said... BALAS

Kebanyakan yang buat cerita pentingkan keuntungan. Kalaulah betul nak bagi message, tentulah setiap aspek akan dijaga..

syasya said... BALAS

huhu betol..banayk dosa sape yang jadi pelakon ni.hurm..

ayie said... BALAS

btol3

m said... BALAS

menanti lebih banyak filem2 dan rancangan islamik... dan marilah kita sama2 saling mengingati dan memperbaiki diri =)

Nuruashia said... BALAS

sekarang ni yg haram pon dah jd halal..hmmmm..xde islamic da...

hafrawiey ozakawa said... BALAS

subhanaAllah....no coment..itu kerja Allah...


follow back at http://hafrawiegeek.blogspot.com/

aiEz said... BALAS

terima kasih semua komen yg diberikan,apa yg baik dijadikan sbgai pnduan dan pedoman spnjang perjalanan hidup kita,cuma sekadar pemerhatian diri yg tak seberapa..menegur sesama Islam dan saling berpesan kearah kebaikan..cuma jgn sesuatu perkara dianggap mudah atas nama hiburan..:)

Free Blog Theme and Templates