Assalamualaikum,
Kalau entri sebelum ni ada diceritakan pasal kahwin,dan kali ini entri kembali berkenaan anak ler pulak,heh.Serius ni,setiap pasangan yang berkahwin semestinya inginkan anak kan?tipulah kalau kata dah kahwin nanti taknak anak.Tapi ada jugak member cakap yang dia dah kahwin tak nak anak.Kata anak-anak ni nanti menyusahkan.Terkesima jugak lah dengar dia cakap macam tu,tapi sesudah dibasuh dan sesi soal jawab diadakan,jadi berterus teranglah dia sebab dan musabab kenapa dia taknak anak ni.Err,nak tahu apa sebabnya?Tak romantik katanya,nanti dah ada anak tak dapat nak berdua dan bermanja dengan isteri.Aduhh,geleng kepala jer dengar masa dengar alasan dari dia,heh…*manja jugak member ni,baru tau,hehe…*
Okeh berbalik pada cerita,kenapa aku tetiba jer cerita pasal anak ni?ceritanya begini.Aku ni kerja dekat kedai komputer,jadi memang biasa la kan pelanggan keluar masuk dalam kedai.Nak dijadikan cerita,adalah sepasang suami isteri ni datang bawa anak sekali.Anaknya pulak tak dalah kecik sangat,tengok dalam lingkungan 3-6 tahun macam tu umurnya.Budak kecilkan macam biasalah,masuk kedai komputer tu mestilah ada perasaan teruja.Tengok pulak laptop yang dibuat pameran ni,mesti ada bertanya pada mak dan ayah dia ni sambil jari tunjuk kat laptop tu.
Sekadar memerhati sambil senyum,dengar dan amati suara budak tu dan rupanya yang budak tu tergolong dari kalangan orang kurang upaya.Apa yang dapat aku tengok,budak ni bisu dan jugak ada masalah pendengaran.Sebab tengok ada alat pendengaran dekat telinga budak tu.Tapi yang kasihan aku tengok,si ibu dan ayah ni semacam malu jer dengan anak ni.Maksudnya,masa budak ni bertanya-tanya sesuatu mestilah ada keluar suara kan,cuma kita yang tak berapa faham sangat.Ayah dan ibu ni boleh pulak marah dekat budak tu.Siap buat isyarat suruh diam sambil mata tengok balik dekat aku.Sepatah budak tu bersuara nak bertanya,sepatah jugak bunyi "shhhhhh"isyarat diam aku dengar.
Derr, tu kan budak lagi janganlah dimarah macam tu sekali.Anak-anak ni pun dalam proses pembelajaran jugak nak mengenal sesuatu yang mereka tak pernah tengok.Lagipun buat apa nak malu dengan anak yang kurang upaya ni,anak tu kan satu anugerah.Anak tu terlalu istimewa sangat,sebab tu dilahirkan macam tu untuk mengajar yang kita ni erti sabar dalam hidup dengan setiap dan dugaan yang Allah Taala dah bagi ni.Kesian jugak tengok anak tu,kena marah bagai walau silapnya aku rasa tak adalah besar mana.Lepas pada tu aku tengok,mak ayah dia suruh budak tu diam jangan berbunyi lagi dah.Ada jugak ibu bapa yang macam ni,malu dengan anak sendiri.
Cuba positifkan diri,pada mata yang melihat waktu tu tak nampak sebarang masalah pun dari budak kecil tu,nak cakap lebih-lebih tak boleh anak orang.Lagipun pelanggan kedai jugak,jadi apa yang dapat aku buat sekadar tengok jer budak tu dibuat macam tu.Macam-macam sifat kita manusia ni aku dapat tengok sepanjang aku bekerja ni.Betul kata orang,pengalaman dan sekitar kita betul-betul mematangkan kita dalam berfikir....
p/s:-suka budak-budak...heh
30 comments:
anak tu anugerah. xpatut malu dengan anak2 istimewa ni:)
ps: suka gak budak2. comel=)
betul tu. anak adalah anugerah.
ada yang bertahun kahwin takda anak. sedih je bila tengok orang lain ada anak.
yang dah ada anak pulak, tak hargai.
memang tak patut.
kita berdua sama
kanak2 tu comel kan
:-)
kadang2 mak ayah nih takut orang menghina anak mereka yg kurang upaya sedangkan kita sebenarnya tak pernah terasa macam tu pun
entah lah...
apa2pun kanak2 memang pembawa rezeki
:-)
Blh plak nk kawin tp xnk anak...anak2 ada penyeri rumahtangga..kehadiran mrk satu Anugerah yg tak ternilai..Ada anak pun masih juga blh beromantik pe.. ;)
Sian budak tu..Biasalah budak2 dlm lingkungan umur bgitu ingin mengenal stiap apa yg ada disekeliling mrk..
anak itu amanah dari Allah. harus sedar, Allah sayang pada hamba-hambaNYA, justeru kesabaran diuji, jika bersabar, pahala la ganjarannya.
a ah.. aki pun slalu tengok macam tu.. asal pula nak malu kan?? dah itu rezeki, pastu nak malu pulak.. kalau Tuhan tarik kemampuan untuk dapatkan anak, baru tau..
serius terhibur kalau dapat anak istimewa gitu...tak perlu malu..
anak amanah Allah pd parent dia, kena jg sebaiknya tak kisah apa jua keadaan nya
My Latest Entry: Saya akan cuba buat surat sokongan. @_@
harap pakcik makcik tu dapat berubah,,amiinn :)
ya Allah . sampai macam tu sekali .. sepatutnya kedua ibu bapa tu bersyukur sebab dianugerahkan sebuah permata .. ramai lagi orang lain yang beria nak dapat anak tapi takde rezeki , keguguran .. kalau anak dia kurang upaya , mungkin tu satu ujian dari Allah ..
anak memang anugerah yang tak ternilai, tapi tak faham kenapa ada yang sanggup nak buang anak, nauzubillah .
Anak tu anugerah..anugerah yg sgt xternilai..
walaupun d mata kita, anak tu xsempurna, tp d mata Allah dia adalah ank yg sgt istimewa. Doa ank2 yg macam ni, xda hijabnya... Allah sentiasa memakbulkan..
kahwin tp xnak ada anak... renung balik matlamat perkahwinan tu. selain nak dpt redha allah, nikmat dnia, menghalalkan hubungan, ia juga utk mengembangbiakkan umat...
yep anak itu anugerah..org lain yg xde anak teringin sgt nk anak..yg ade anak malu pulak ngan anak sendri
x bole la cmtu..kesian kat die..die pon x mntk jd mcm tu kan
*adwa juga suka kanak2 wee~
anak .. akak linda dah lama la jugak kawin, but still waiting the one .. anakk .. linda doakan dia cepat2 dapat anugerah yang tidak ternilai ni dalam hidupnyaa. aminnnnn ya allah
sedey bace cerita pasal budak bisu tuh , kenapa nak malu ?
sabar byk2 dgn anak2 ni:)
anak2 xbsalah..sabar je la:)
sedihnya. :( em baru tahu cousin namee baru lahir...kena jantung berlubang dan telinga sebelah takde. taktau lah macam mana. namee worry gak kalau mengandung n beranak anak tak sempurna. namee boleh terima but what if suami kita tak terima ? :(
hargailah anak kurnian Alah kepada kita kan.....;)
anak adalah anugerah paling berharga..
sedey bila jumpa situasi macam ni.. teringat satu drama melayu tu.. kisah seorang ibu tak boleh terima anak dia sendiri sebab anak dia istimewa.. sedih.. anak tu kan.. pemberian dari-Nya... pasti ada hikmah di sebaliknya kan..
mya@betul tu,terima seadanya..ptt bersyukur sgt sbb ada rzki anak yg Allah dah bg...
*hee,kiter sma...:)
rozeeta@yup,mcm tak brsyukur..yg jd mngsa ank tu...:'(
hans@yup betul tu,comel sgt...suka tgk telatah bdk2 ni..:)
tula,tak pndang serong pn...betul tu,setuju sgt...:)
kak lily@err mmber la ckp mcm tu..=..=!,btul byk jer caranya..hee..
mmg kesian kak,betul tu..mereka ni bdk2 baru nak kenal dunia jd mmg byk bertanya...
ayu@yup betul tu,anak macam ni lah kat sana nanti yg akan tlg kita balik nt...
aki@yup,ptt jgn malu...itu rezeki yg Allah dah bg,ptt rasa brsyukur...
meaw@yup,ttp jgk darah daging sendiri...suka bdk2..:)
ekmi@setuju sangat...:)
yen@Amin jugak,bgitulah hndaknya...
tia@yup,betul tu..tu yg spatutnya...byk lg insan lain yg berusaha nk ada anak tp masih belum ada rzki...
addin@kejam pd manusia yg mcm tu,snggup buang anak..mmg tak ptt..:(
nora@btul tu awak,stuju sgt..konsep tu yg prlu kita fhmkan..:)
adwa@yup adwa,yg kesian kt anak tu...hee,kita sama..:)
linda@insyaAllah akan ada rzki,yg pnting berusaha n berdoa..jd yg ada anak ni prlu brsyukur kurnia Allah dah bg..:)
fara@xtau la fara,manusia ni mcm2 pangainya..sedih jer...
misz@betul tu,jd kita sebagai ibu bapa ni kena fhm anak2 kita jugak...:)
namee@yeke namee?mcm mana keadaan cousin namee skrg?insyaAllah namee,moga namee ditemukan jdoh yg baik2 hndaknya..insyaAllah..:)
ila@betul tu,kerana jga permata hati dan amanah Allah dah bagi...
kim@betul tu...
faein@betul,setiap kejadian ada hikmah sebaliknya..jadi ibu bapa tak boleh buat anak2 mcm tu..lg2 anak tu satu amanah yg Allah dh bg pd kita...:)
mungkin dia x nk anak dia ganggu time die tgh berurusan? and x nk nnt org fikir.. ish cik kak ni, nak beli comp ke, nak bwk ank die kat tadika.. nnt2 lah ank tu,
betul.. anugerah tak ternilai.. tapi pagi tadi.. sedih sangat bila dengar berita.. tergamak seorang ayah meiwat bayi 23 hari.. apa nak jadilah dengan dunia sekarang.. makin hilang iman aje manusia sekarang.. mohonlah dijauhkan dari perkara2 seperti ini..
walau mamcam mana keadaan anak, kita perlu terima n redha..
anak adalah permata paling berharga.. ia harapan kita di sana nanti T.T
nampak sangat aiez dah nak kawen hahaha.
nur zalfa@tak terlintas pn mcm tu..=..=!
faaein@tu la,terkejut bila baca isu mcm ni,akal fikiran yg waras dan nilai kemanusiaan semakin lama makin hilang dlm diri..sedih baca...
amna@setuju sgt tu amna...tu yg Allah dah tentukan,terima seadanya...
umie@err,mana ada..adehh..=..=
aku lagi suke tahu tak
tak suke tengok, bila ade mak2 marah anak dia depan orang ramai..
lepas ni nak ambil anak angkat la..
anak itu anugerah yg merapatkan kasih suami isteri...
Post a Comment