January 01, 2012

Selamat Tinggal...






Assalamualaikum,


Tajuk nak propa jer kan,selamat tinggal tahun 2011 dan selamat datang 2012.Sekejap benar rasa masa berlalu dan hidup pun semakin hari semakin singkat.Bila dah masuk tahun baru bermacam azam baru dalam senarai.Dan seperti biasa azam lama,kelaut ler jawabnya.heh..

Pelbagai kenangan manis dan pahit sepanjang tahun 2011.Dan yang paling menjadi ingatan bila hari jadi yang 24 tahun disambut bersama kawan-kawan.Tak pernah sekali dalam seumur hidup,hari jadi disambut.Selalunya dibiarkan berlalu sambil mengira usia yang semakin meningkat.Tapi tahun lepas,betul-betul satu kenangan yang amat manis untuk dikenang.Terima kasih pada kalian,dan itu akan selalu segar dalam ingatan selagi hayat dikandung badan.

Untuk tahun ini,segalanya bermula hari ini.Hari baru,tahun baru dan segalanya hendak dijadikan baru.Pengalaman yang lepas cukup mengajar erti sebuah kehidupan.Yang mematangkan dan juga mendewasakan untuk membuat segala pilihan.Yang berlalu tetap juga berlaku,hari ini adalah satu revolusi dalam diri.Untuk lebih berani melangkah setapak ke hadapan.Semoga apa yang akan dilakukan nanti akan dipermudahkan hendaknya.

*Pada yang sudi singgah ke teratak hati ini,terima kasih kerana masih sudi menjenguk ke mari.Sekarang agak jarang untuk update blog selalu kerana lebih mengutamakan yang lebih penting.

13 comments:

Unknown said... BALAS

selamat tahun baru 2012
semoga berjaya dgn azam baru

RinsyaRyc said... BALAS

2011 bnyak kenangan yg tersimpan.... kepada yg tlah pergi, smoga kembali ke sisi Allah dengan sempurna...

rozeeta rashid said... BALAS

selamat tahun baru!
semoga 2012 jadi tahun bermakna untuk aie. =)

Unknown said... BALAS

Salam,
Moga tahun2 mendatang ini lebih bermakna kpd kita semua

ayuni said... BALAS

setiap hari,tetapkan niat untuk perubahan yang lebih baik dan mencapai apa yang diinginkan.
insyaallah, Allah akan bersama-sama dengan hambanya.
Semoga hari-hari mendatang lebih baik dari sebelumnya.

Cikgu Ma said... BALAS

selamat hari tua..hehe...sebab masuk tahun baru makin tua la kan..tp tak pe, akk lebey sket dr awak....=)

Namee Roslan said... BALAS

ayie, selamat tahun baru ayie. moga 2012 ni ayie terus bahagia dan sukses. :) teruskan update blog. :) maaf lambat sampai sni..sedikit busy tp sy akan baca semua, dun worry okay :)

LiLy @ MaMaQiStInA said... BALAS

Selamat Tahun Baru Aie..^^

Moga tahun baru ni lebih baik dari tahun sebelumnya..

cimöt said... BALAS

hepi nu yer aie..

teruskan putih yaaaa..hihihi

aiEz said... BALAS

azam@selamat tahun baru juga bro,insyaAllah amin..^^

rin@yup terlalu banyak kenangan tahun lepas,semoga tahun ini baik2 belaka..^^

ita@selamat tahun baru,hee..insyaAllah amin..^^

LF@wasalam uncle,insyaAllah begitulah hendaknya...^^

ayu@yup betul tu,setiap hari lebih baik dari sebelumnya,dan esok begitu juga,insyaAllah..^^

Cikgu Ma@haha akak,aie yg 25 ni dah rasa mcm tua sgt dah ni,tp akak lebeh skit la..hihi..;)

namee@terima kasih namee,insyaAllah namee..namee pun begitu juga ye,update kena selalu aie nak baca nanti...tak apa namee,terima kasih sgt namee singgah sini..^^

sislily@terima kasih kak,insyaAllah kak..akak juga..^^

cimot@tenkiu cimot,hee..sama2 lah blog kiter..hihi..^^

iAmCekbolat said... BALAS

slmat thun baru !!

Faaein Talip Roy said... BALAS

Ya.. utamakan perkara yang lebih penting itu yang penting..


*saya pulak nak update bebanyak blog.. rajin bebenar la pulak.. hehehe.. ;P

YouSOF said... BALAS

Selamat tinggal pada yang pahit dan selamat datang kepada segala yang manis pada tahun ni insyaAllah..


Aku belum pernah sambut bd langsung pun, pernah sekali je tumpang bd party kawan yang lahir sama bulan.. Dipanjangkan umur pun dah cukup bersyukur.. ;)

Free Blog Theme and Templates