September 29, 2011

Tiada Kata Se-Chantek Bahasa...

*apa kaitan entri dengan gambar pun tak tahu,heh...*




Assalamualaikum,



Tiada kata secantik bahasa,heh dah macam lirik lagu ler pulak tajuk entri ni.Memang pun cilok dari petikan lirik dari lagu,untuk dijadikan bahan entri kali ini.Orang kita memang terkenal dengan sifatnya yang kaya dengan budi bahasa dan santun dalam bicaranya,tapi jika dilihat budaya itu semakin kurang dalam kehidupan kita hari ini.Ditambah dengan bahasa rojak yang dicampur dengan gaya bahasa yang agak urban menjadikan sesuatu perkataan tu kadang agak pelik bila dibicarakan.

Okeh,berbalik pada tajuk dan cerita,*macam dah menyimpang jauh pulak,heh*.Jika dilihat hari ini,kadang dalam kita berbicara dengan terlalu bersahaja pun tak boleh jugak.Kerana apa?mungkin niatnya pada kita sekadar bergurau senda,tapi percayalah tak semua perkara boleh dijadikan bahan gurauan bila bercerita sesama kita.Masakan tidak,dalam bicara terselit dengan kata sindiran dan cacian seolah jadi bahan perbualan yang biasa dan bersahaja.

Hati kita sesama manusia tak siapa yang boleh menduga,ada yang cepat terasa dan menjadikan diri akan tersentap bila mendengarnya.Kata itu adalah doa,jadi fikirkan sebelum mula berbicara hingga membuatkan ada yang terluka.Dan nilaikan sendiri,bagaimana diri ingin dihormati?sedangkan diri tak sesekali menghargai hati dan perasaan orang lain.Apa yang kita tuturkan,itulah diri kita sendiri.Mencerminkan watak dan peribadi dalam diri.

Baik pada yang tua mahupun yang muda ,menulis entri ini bukan sekadar untuk suka-suka.Berpesan jugak pada diri,sama menjaga tuturkata dalam bicara.Membina ikatan dan persefahaman itu memang mengambil masa,namun jika ingin meruntuhkan ikatan yang terjalin sekian lama semudah apa yang dikata.

September 28, 2011

Rabu Kedu...#14,Wordless Wednesday...

Jiwa ini sedang...



FB fanpage SINI

Blog Rasmi SINI

September 25, 2011

Cerita Tentang Fesbuk...

"pinjam internet kejap boleh tak?.."

"boleh jer,tapi macam mana ko nak ganti balik?..."

"ha?ganti apa?..."

"la,tadi ko kata nak pinjam internet kan?
so kena la ganti,heh..."

"ha ha,tak lawak okeh...
aku bosan la tak tau nak buat apa...
tu yang aku nak main internet tempat kerja ko ni...
boleh kan?..."
*mata kelip-kelip manja*

"boleh jer,ko nak main pakai lappy ko ke pc sini?
kalau lappy ko aku bagi password wifi sini..."

'bagi password je la eh?
nanti ko tengok aku buat apa-apa ni,heh..."

"sengal gedik,dengan aku pun tak nak bagi tengok..."

"ala,privacy der..."

"yela,ni password...
ko jangan bagi orang pulak password ni..."

"tak adanya,risau sangat.."

"err,yela..."

......................................................................................................................................................................


"ko tengok apa tu?
sikit-sikit fb,heh..."

"alah ko pun sama jugak kan?..."

"err,aku bukak untuk check apa-apa jer..
ping blog sekali,heh.."

"yela,blogger kan?menyampah..."

"terasa tau,sedih aku..."

"gedik lah ko...
ni ha aku tengok fb ni...
aku tak kenal pun,sajer aku add..."

"la,ko tak kenal kenapa add?
lain la ada mutual friend ke..."

"sebab aku tak kenal la aku nak add jadi kenal,ko ni pun..."

"err,ye tak ye gak,heh..."

"ha,ko tengok ni..
aritu aku tengok gambar dier seksi giler jadi profile..
tu aku add.."

"sebab tu jer ko add?
nak tengok gambar dier jer?..."

"yela,yang lain semua jadi private..
nak tak nak kena add la dulu jadi kawan baru dapat tengok..."

"err,aha,yang tu betul...
semata tu jer ko add?pelik..."

"alah,beselah fb kan?
lepas add cakap "hi" pastu tak ada sembang apa dah...
setakat like status jer pun kan?..."

"err,aah..heh..=..=!"

"aku add sebab aku nak tengok gambar dorang macam ni..
tu jer,bukan apa pun..."

"err,aku tak nak layan...
ko layankan jer la tengok semua ni ye,aku ada kerja ni..."

"pergi la,tak suruh tengok pun kan tadi,hehe.."

"eleh,aku tutup wifi kang,tak dapat nak guna internet nanti,hehe..."

"janganlah,main macam tu pulak..."

"ha,tau pun...hehe.."

"...."



Bagi yang perempuan tu.Janganlah nak upload gambar yang seksi semua,lelaki ni ada macam-macam jenis.Kalau bab yang perempuan cantik pakai pula seksi seksa lagi la suka melihatnya.Tak perlu berbangga dengan rupa paras yang ada,sebab tu sekadar pinjaman cuma.Nak seksi pun buat apa,bukan perkara yang boleh dibangga.

Katakanlah,tiba-tiba ajal menjemput tiba.Fb penuh dengan gambar seksi belaka,tak sempat nak padamkan jadi macam mana?ajal maut bukan boleh dijangka,tak siapa yang menduga.Semua gambar jadi tatapan,dan selama mana yang melihat gambar tu,selama tu jugaklah dosa ditanggung...

September 23, 2011

Entri Kita-Kita Semua...



Assalamualaikum,


Meriah lah sungguh rancangan tv kita hari ni,cerita apa yang nak tengok semuanya ada.Baik kartun ke,cerita hantu ke,semua ada.Kalau dulu cerita macam ni susah sangat nak lepas kat tv,sekarang tak ada yang nak tapis lagi dah,semua kira okeh je.Asalkan rating tetap ada,heh.

Kadang tengok cerita macam ni pun kita tengok macam biasa jer kan?macam tak ada mendatangkan apa kesan pada kita.Tapi secara tak sedar benda macam ni ada juga keburukannya.Yelah,kalau cerita dikategorikan sebagai umum,dan kita tengok seisi keluarga.Tiba satu part dalam drama,ada pulak adegan ingin bercumbu dan mendatangkan berahi semacam tu,apa reaksi kita bila tengok satu famili?mesti ada perasaan malu bila ada benda macam tu.

Rancangan tv juga memainkan peranan dalam kehidupan kita seharian.Manakan tidak,ada juga dikalangan remaja kita pada hari ini yang bebas melakukan apa jer akibat terpengaruh dengan benda macam ni.Lihat jer statistik remaja dan kelahiran anak di luar nikah yang ada sekarang,amat membimbangkan.Dan statistiknya kebanyakkan dikalangan remaja kita,kerana dasar apa?cinta.

Jika benar kerana cinta sekalipun,usah terlalu singkat dan leka dengan mainan cinta ini semua.Ditujukan baik lelaki mahupun perempuan,sekadar peringatan sesama insan.Sebelum menginginkan sesuatu memang segalanya indah dan terbuai dengan kata,tapi percayalah segalanya hanya kata semata kata dusta.Jika benar dan kasih akan cinta pasti memilih jalan yang sebenarnya.Dan bukan dengan sewenangnya berjanji dengan sesuatu yang diri tak pasti.

Sebab tu selalu berpesan pada yang perempuan,kalau sekalipun sayang,jangan dengan sepenuh jiwa.Sayangi diri sebelum benar-benar sayang pada yang dikasihi.Bila dah terjadi sesuatu yang tak diingini,menyesal pun dah tak guna lagi.Nak seronok kat dunia ni memang takkan cukup,tapi selama mana nak seronok jer?renungkan...


ps/:entry seakan emo..=..=

September 21, 2011

Rabu Kedu...#13





*anda tafsirkan maksud kedua gambar diatas...;)

FB fanpage SINI

Blog rasmi SINI

September 20, 2011

Err...Terkena...

"beb,ko lama lagi ker drive ni?..."

"lah,napenye jer la ko ni?..."

"tak ada la,aku sakit perut ni...
rasa nak buang air pun ada jugak,ko singgah la mana-mana masjid kejap...
aku tak tahan sangat dah ni..."

"ha,tu la ko...
makan tadi tak agak...
jagalah sikit jangan main dan-dan jer..."

"la,ko tak kesian kat aku ker?
kang aku tahan air ni jadi lain pulak nanti...
aku tak kawen lagi ni la..."

"hahaha,ko ni pun agak-agak la...
yang tu pulak ko fikir..."

"ler,betul la...
kang aku tahan air ni kena batu karang camne?
ko nak tanggung ke?..."

"yela,alala siannya dier ye?
hehe..."

"ko boleh buat lawak lagi ye?
tolonglah cari mana masjid...
aku betul dah tak tahan ni..."

"ye aku cari,sabar k..."

"ni buat aku sayang kawan aku ni..."

"sengetlah ko,jangan buat hal dengan aku ye...
tapi kan,aku teringat dalam satu klip ceramah yang aku tengok...
walaupun pendek tapi makna mendalam..."

"apa yang ko ingat?meh citer sket kat aku..."

"yela,ko kan nak buang air baru nak sibuk cari masjid...
dah agak sesak barulah nak singgah...
kalau tak,setakat lalu pandang pun idak kan?...
nak toilet free baru nak cari kat mana jer masjid..."

"err,ko perli aku ke ko citer ni?..."

"tak lah...
aku citer ajer,heh..."

"=,=!...."


*dialog gurau senda dengan seorang sahabat dua hari sebelum raya lepas,terkenang-kenang...

September 18, 2011

Bila Lelaki Bicara Tentang Wanita...



"beb,ko asal tak ada gf lagi ha?.."

"ko boleh tanya soalan yang lain tak selain dari soalan yg tu..grr!.."

"rileks suda,ko sayang lagi kat ex ko ke?..."

"sayang?mana ada lah,redho suda..ko pun cakap aku kiter pun sama gak kan?sama-sama kiter duda kena tinggal dengan gf...hahahaha.."

"senget lah ko,kawin pun idak dah jadi duda,heh..."
"jap serius aku tanya ni,ko cari gf macam mana?..."

"entah,simple suda...asal tak jenis seksi suda,seksa okeh...semua jadi seksa..."

"ahahaha,senget lah ko..tp serius lah,aku pun tengok perempuan sekarang bukan main seksi okeh...pakai macam-macam,dah tu ada part yang terdedah...fuhhh,dugaan okeh..."

"dah mula dah ceramah dier ni..."

"tak aku cakap benda betul jer...okeh senang cerita,nak pakai apa pun boleh,tapi ingat ada benda nak kena jaga juga...ko pun faham kan,lelaki kalau tengok perempuan macam mana?ye,tengok sekali rezeki tapi tengok sampai tak berkelip tu kan ke bahana?patutlah sekarang kes macam-macam...mata yang melihat kemudian jadi melarat dan buat benda lain...memanglah dalam berpakaian itu hak individu,tapi kena ingat juga kita duduk bermasyarakat bukan duduk kat hulu...duduk sorang jer macam tak ada orang lain,kalau ada yang tegur patut syukur bukan nak cebik mulut muncung macam cencorot..."

"err,ko jangan lah emo sangat,aku tanya pendapat sikit jer..."=,=!

"lah,aku pun cerita jer pun bukan emo pun...hahahaha..."

"senget la ko,hahaha..."

"Akan berlaku pada akhir zaman, wanita yang memakai pakaian tetapi bertelanjang, kerana pakaiannya yang jarang sehingga nampak auratnya"


Jadi fahamkan dari dialog diatas,memang nampak seakan gurau dalam bicara tapi sekadar beringat sesama kita.Adab dalam berpakaian harus dijaga,jangan dibuat lupa atau sengaja dipandang sambil lewa.Kenapa selalu aku berpesan pada kaum hawa tentang hal macam ni?ingatlah.Jika masih dibawah tanggungjawab bapanya,dosa yang dedah sana dan dedah sini,si ayah akan disoal disana nanti.Macam tu juga dengan adik beradik lelaki,jika ada saudara perempuan yang pakai agak kurang menyenangkan,harus juga ditegur pada kebaikan.Jika tidak tergolonglah ia dari kalangan mereka yang dayus.Fahamilah,dayus itu luas konsepnya.



September 17, 2011

Yang Lelaki Tu...

Di suatu petang...



"u sehari berapa kali semayang meh?.."

"err,lima kali satu hari..."

"tapi kenapa meh saya punya kawan,tengok dier tak ada pun semayang..boleh ker macam tu?...

"err,mungkin dier uzur...

"apa itu uzur?.."

"maybe dier period...sebab itu tak boleh semayang..."

"laki ada period jugak meh?.."

"err.."
*perbualan terhenti disitu...*


Bagi wanita memang ada kelonggaran dalam hal solat ni jika datang keuzuran,bagi yang lelaki memang tak ada alasan untuk melalaikan solat.Jadi jangan bagi seribu alasan untuk menunaikan kewajipan yang dah ditetapkan.

Jika orang yang sakit pun tak tinggal solatnya,inikan kita yang sihat tubuh badan.Jangan kerana berada dalam kesulitan baru nak beringat dan kembali mengenal tikar sejadah,tapi bila suka semua jadi macam endah tak endah.

Solat tiang agama,jangan dipermudahkan ia.Perkara yang pertama yang bakal disoal di sana amalan solat kita didunia,jadi berhijrahlah sebelum ajal datang menjemput tiba...

entri tiga kupang..=,=

September 16, 2011

Yang Selalu Terjadi...

Satu ketika...


"ye aunty boleh saya tolong meh?.."

"lu ada ingat lagi itu dulu lu datang lumah wa kasi pasang itu modem streamyx..."

"oh ada ingat,kenapa ya?..''

"ini saya punya anak banyak tututt lor,mau tukar modem wifi tapi username sama password tarak tau.."

''oh,tarak apa aunty...aunty kasi ic saya kasi check...aunty tak pernah tukar password meh?..''

"aiyak..mana saya tau lu ada tukar ke tak.."

"err...*dalam hati aku tanya balik,aku yang guna ke internet kat rumah dia?*...
baik aunty sudah dapat username ini streamyx...aunty tak mau marah sama anak lor,budak-budak mesti pandai semua mahu belajar..."

''okeh tenkiu arr...saya punya anak la,banyak tututt la,pandai-pandai jer..''

"err..tenkiu arr..."

*aku tengok muka anak dah merah padam kena marah depan orang ramai dalam kedai...*

situasi yang selalu terjadi,bila kita marah selalu tak fikirkan hati dan perasaan orang lain...yang penting cakap atau marah lepas dulu,hati dan perasaan jatuh no dua...=,=!

September 14, 2011

Rabu Kedu...#12


Rabu kembali lagi...





FB WW#

Official Blog#

September 12, 2011

Bukit Kepong Dan Hari Ini..




Assalamualaikum,

Bukit kepong,cerita yang hangat untuk beberapa minggu ni dan sampai ke hari ini.Gara-gara kata dari apa yang pernah dilontarkan oleh seseorang tentang apa yang terjadi pada waktu itu.Mungkin itu luahan peribadi dan pandangan dalam diri,tapi harus diingatkan kerana mulut bicara binasa jadinya.Bagi yang merasa apa yang berlaku pada waktu tu,semestinya terasa dengan apa yang dikata.

Baru tadi dikaca telesvisyen ada menayangkan semula filem Bukit Kepong.Jalan cerita yang direalisasikan dengan peristiwa yang pernah berlaku.Mesti pernah tengok kan cerita tu,berkali-kali diulang tayang pun tak rasa bosan.Sedih bila tengok jalan cerita yang disampaikan dalam cerita tu.Itu baru cerita yang sekadar lakonan,pun kita dah boleh bayangkan apa yang dirasa pada mangsa yang terlibat masa tu.Bagi waris yang masih hidup,segala yang terjadi masih segar dalam ingatan.

Semua itu adalah sejarah.Dan peristiwa Bukit Kepong bukan sekadar cerita tapi satu pengalaman derita dan semangat yang satu untuk memperjuangkan martabat negara.Betapa sukarnya kita nak jadi satu negara yang merdeka,dan betapa sungguhnya perjuangkan maruah negara.Sepatutnya hari ini,kita belajar dari sejarah dan jangan sekali sejarah itu diubah.Bukan menyebelah mana-mana pihak,cuma fahami dan hayati betapa sukarnya untuk kecapi kemerdekaan tu dulu.Jangan kerana menginginkan sesuatu dalam kehidupan,segala nikmat kemerdekaan itu digadaikan.

Kemerdekaan kita sudah lama,dan hargailah apa yang ada.Aku generasi hari ini yang mahukan perpaduan dan keamanan,bukan mahukan kekacauan yang boleh merosakkan.

Sekadar entri luahan...

September 11, 2011

Kerana Chenta Itu Lagi?...




Assalamualaikum,

Lama pula rasanya jari jemari ni tak ketak ketik papan kekunci komputer dekat rumah ni.Bila jer nak buat entri baru,idea bagaikan rama-rama yang terbang berlalu pergi,heh.Terima kasih pada yang sudi singgah dan jenguk entri yang ada dalam blog tiga kupang ni walaupun berhari tak ada entri baru.

Sepanjang seminggu dua ni kalau kita lihat didada akhbar ada bermacam cerita yang dipaparkan.Baik dari isu dalam negara mahupun luar negara,bermacam jadi tajuk cerita.Dan bila bicara dalam negara pula,tak habis dengan cerita poltiknya,kadang pelik juga kenapa lah kita tak semua bersatu?Sedangkan kita hidup dibawah satu bumbung,berpegang pada bendera yang satu tapi ada jer masalah dan sering berbalah pendapat.Hairan,tapi begitulah realitinya dunia.

Berbalik pada cerita,baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian bunuh diri lagi.Dan kenapa ada perkataan lagi?kalau kita perhatikan sebelum ni pun ada kejadian bunuh diri juga,kerana apa?kerana cinta.Masih ingatkan kejadian di KB Mall sebelum ini yang pernah mengemparkan negara?semuanya kerana benda yang sama.Agak sedih bila tengok benda macam ni berlaku disekeliling kita hari ini.Kerana terlalu cinta dan kasih agama menjadi perkara nombor dua.Begitu hebatnya kuasa cinta,dan rasanya dekat blog ni pun berkali-kali ada bercerita tentang cinta ini.Cinta itu biarlah berpada-pada kita sesama manusia,kerana cinta abadi hanya untukNya.

Bagi yang beragama Islam,pasti tahu yang bunuh diri ini tergolong dalam dosa-dosa besar.Dan ia juga bukan satu perkara yang boleh diambil ringan.Mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan sesuatu masalah,itu adalah salah.Sekalipun jiwa terasa tertekan dengan masalah yang menimpa,dari Allah ia datang dan padaNya jua tempat kita meminta dan mengadu segalanya.Kehidupan adalah satu anugerah dan seharusnya dimanfaatkan pada jalan yang sepatutnya.

“Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahanam kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diri, racun itu akan berada di dalam genggamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahanam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam genggamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahanam, kekal di dalamnya selama-lamanya”

Setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya,usah mudah berputus asa dan mudah mengaku kalah.Berfikirlah dengan rasional dalam menyelesaikan sesuatu kesulitan,dan pasti akan dibukakan jalan untuk masalah diselesaikan...

September 07, 2011

Rabu Kedu...#11



Fanpage Fb WW klik SINI...

Blog Rasmi  klik SINI...

September 05, 2011

Ini Hiburan Kita...




gambar sumber google



Assalamualaikum,


Kalau bercerita tentang industri filem ataupun drama tempatan memang meriah sekarang ni,kalau dulu buat filem sebulan sekali jer kot,sekarang ni menghasilkan tiga filem dalam sebulan.Meriah lah tu kan?sekurangnya ada generasi pelakon pelapis industri kita ni.Tak ada lah malap sangat rasanya,kan?,heh.

Berbalik pada cerita,seronoklah memanglah seronok tengok ada jer cerita baru dipawagam.Tapi dalam seronok tu juga,ada benda juga yang perlu dititik beratkan.Yelah,dalam kita berkarya kan,berlakon kalau nak nampak macam betul,kena lah buat jadi nampak macam betul.Tapi tak adalah betul sangat,sebab berlakon kan?kalau bendanya betul berlakon lepas tu mati siapa yang nak betul tak?heh.Takut semua orang nanti.

Cuma dalam lakonan tu,janganlah sampai tak menjaga sensitiviti orang lain.Contohnya macam menghina orang yang kurang upaya ni,kalau diperhatikan banyak yang berlakon orangnya elok-elok jer dibuat jadi macam sengaulah,pekak dan macam lagi.Dah tu,ada pula dialog yang menghina golongan macam ni.Kita kena ingat,tak semua manusia sempurna,janganlah nak dihina macam tu sekali.Mungkin dia sengau,tapi masih boleh mendengar apa yang kita cakap kan?fikirkan tentang perasaan orang lain.Aku cerita benda ni sebab aku ada kawan yang tergolong dari golongan macam ni.Mereka ni pun ada perasaan juga.

Dan ini lagi satu isu,kalau berlakon pegang tangan tu dah jadi macam benda wajib dah pun kalau berlakon.Meskipun berlakon ada ciri islamik dan teladan yang ditunjukkan,bab berpegangan tangan itu kan kita tahu apa hukumnya,jadi matlamat tetap tak menghalalkan cara.Bukan itu jer,ada juga yang jalan cerita mungkin secara mata kasarnya nampak kelakar.Tapi secara tersiratnya ada juga yang adegan seakan persendakan Islam itu sendiri.Faham dunia hiburan,tapi jangan sampai mengiayakan sesuatu dilarang.Bukankah Islam itu indah.Seharusnya menerapkan nilai yang murni dalam sesebuah cerita dalam apa yang kita sampaikan,bukan dijadikan bahan untuk jenaka yang seakan mudah untuk dipersendakan.





September 04, 2011

Auwww Apakah?...



Assalamualaikum...


Asyik-asyik cerita tentang kaum hawa jer dalam blog 3 kupang ni,nak juga cerita tentang lelaki kan?macam tak adil lah pula,asyik kaum hawa jer ditegur.Lelaki pun kadang-kadang kena diingat juga,betul tak?nanti kalau tak ditegur naik lemak ler pula,yelah sebab ingat diri asyik betul jer,heh.


Cerita ni bukan cerita apa,seperti sedia maklum yang kita sebagai manusia ni bermacam jenis perangai kan.Kejap,ayat macam sama jer dengan entri sebelum ni,heh.Berbalik pada cerita,kalau perempuan pegang tangan perempuan,kira okehlah juga kan?sebab perempuan ni kan ada geng BFF ni,so nampak macam akrablah juga bila buat macam tu,Tapi macam mana pula kalau lelaki berduaan jalan berpegang tangan?err,bukankah itu nampak sedikit kemusykilan disitu?.


Bukan apa,nak fikir pada yang positif pun tak dapat,sebab apa?jalan sambil rangkul pinggang adegan pegang-pegang,apakah?jadi faham-fahamlah apa maknanya kan?.Memang benda ini agak sensitif,tapi tahukah yang benda ni semakin menular dikalangan remaja kita hari ini?bukan setakat lelaki sesama jenis tapi juga ada dikalangan golongan kaum hawa ini.Dan tak lupa juga pada mereka yang lembut sifatnya,punya naluri kearah kewanitaan.Dengan berpakaian seperti seorang wanita,kadang sampai agak haru juga memikirkan mana wanita yang tulen dari lahirnya atau yang buat-buat ni.=,=!


Pada golongan yang agak lari sedikit dari fitrah manusia ni,kembalilah pada jalan yang betul.Sejarah nabi dulu juga ada menceritakan tentang golongan sebegini.Ya duniawi semuanya indah,kerana hanya sementara cuma.Tak takutkah pada hukum Allah?Sekadar entri ringkas buat renungan,usah salahkan naluri dalam diri kata macam ni,sejak dari azali,sedangkan pucuk pangkal terpulang pada kekuatan iman itu sendiri.Usah diturutkan katanya nafsu,kerana kamu yang mengawal nafsu itu.

“ Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan jika kaum itu berusaha untuk mengubah apa yang ada di dalam dirinya” Ar-Ra’d ayat 11.
 
Jadi fahamkan dan renungkan,selama mana nak terus jadi macam tu?tepuk dada tanya iman.Fikir-fikirkan...

September 03, 2011

Itu Tak Lawak Okeh...

gambar sumber google 



"Lawak doh muka dia,hahaha..."

"Tak baik ko,kesian dia...
"

"Tak la,lawak okeh...dah lah muka macam tu,pakai pun tak kena dengan gaya.Fesyen pekebende...
"

"...."


Dialog diatas ni bukan rekaan dan memang berlaku baru-baru ni.Yela dah raya kan,masing-masing nak melaram dengan baju raya baru.Ada yang mengenakan fesyen yang macam ni,dan ada yang pakai fesyen yang jenis macam tu juga.Inilah masanya nak cantik dengan pakaian baru,bila lagi kan?.

Nak dijadikan cerita,adalah seorang insan ni.Kita manusia ni bukan semua sempurnakan,punya kelemahan dan kekurangannya dalam diri.Nak dijadikan cerita,apa yang dipakainya tak lah kena pada pandangan orang yang melihatnya.Bagi aku yang melihatnya pun ada semacam tak kena jer.Tapi tak boleh nak salahkan dia juga,citarasa manusia kan berbeza.Kalau kita kata cantik,mungkin pada mata orang lain tak.Jadi itu yang membezakan kita kan.

Aku yang tengok kesian jugalah sebab dia kena gelak dengan orang lain,sampai naik merah jugalah muka dia.Nak tegur pun ada caranya bukan dengan cara gelakkan orang lain.Senang cakap,memang dia kena kutuk dengan sindir teruk jugalah.Agaklah kan,dia pun manusia biasa juga,ada perasaan macam orang lain,jangan fikir hati kita jer nak jaga.Lepas tu kena kutuk sebab muka tak seberapa pun kesian jugalah.Kalaulah muka agak kurang dan tak cantik persis model iklan pun, janganlah pula dihina sesama manusia.Kita mentertawakan orang lain dan menghina dengan kejadian rupa dia macam tu,sama juga kita menghina kejadian Allah.Jadi fikirkanlah sebelum nak ketawakan orang lain.

Nak mengata pun nilailah balik diri tu,sempurna sangat ke diri tu?kita semua sama jer,ada kelemahan dalam diri.Mungkin sekarang kita gelakkan orang tu,tapi ingatlah juga hidup ni bagai roda.Esok kena pada diri tengok macam mana.Renungkanlah balik,apa yang kita tunjukkan,itulah sifat kita sendiri.Melihat pada orang lain,sama lah juga seperti melihat pantulan dalam diri.Jadi fikir balik kalau nak ketawakan orang lain.

September 02, 2011

Entri Buat Mu Bunga...



Assalamualaikum,

Bunga,entri buat bunga?Kaum hawa kan diibaratkan seperti bunga,jadi entri ni seakan simbolik buat kaum hawa.Ini bukan entri jiwang atau yang berbau bunga cinta jiwa,hanya sekadar cerita buat kaum hawa.Mana yang selalu singgah blog aku yang tak seberapa ni mungkin akan perasan,kenapalah aku selalu jer bercerita tentang kaum hawa ni.Adakah kerana aku ini seorang romeo yang kononnya romeolah sangat?heh.Tak ada lah,ini cerita tentang kita.Mana yang baik jadikan teladan,yang buruk dijauhkan hendaknya.

Sekadar berkongsi cerita sesama kita,aku ada kenalan perempuan ni.Cerita lama dijadikan teladan buat kaum hawa sekalian.Kenal pun tak ada lah serapat mana,cuma tahulah kan,sebelum adanya zaman fesbuk macam sekarang ni mypace lah jadi tempat untuk tambah kenalan maya ni.Nak dijadikan cerita,berkenalan dengan seorang awek ini.Okeh,sebagai lelaki yang agak tak kacak,terujalah juga bila ada awek nak berkenalan dialam maya ni,heh.Aku pun masa tu muda remaja lagi,agak dah kenal lama bertukar nombor telefon.

Dari situ,bermulalah segala cerita.Cerita apa?jangan fikir bukan-bukan ye.Berkenalan hanya di ruangan maya jer tak ada lebih-lebih,setakat mesej dan telefon jer.Jarak umur pun jauh dan dia pun duduk jauh nun diselatan tanah air sana,aku cuma anggap dia sebagai adik jer.Nak lebih memang tak ada,sebab tak berapa percaya ikatan jarak jauh ni.Dia tiap kali ada masalah mesti kongsi dengan aku,baik gaduh dengan pakwe sekalipun cerita dengan aku.Aku pun pelik juga kenapalah benda macam ni pun nak cerita dengan aku,tanya dan tanya rupanya dia dah anggap aku macam abang.Alah,kira macam abang angkatlah juga.Aku pun tak kisah lah kan orang nak cerita,aku dengar jer lah.

Pada satu hari ni,dia beria-ria menangis masa call aku,pelik jugalah kan.Lagi satu,aku ni bukan boleh dengar perempuan menangis,sebab nanti aku pun mesti menangis.Okeh yang tu aku tipu,heh.Yela,rasa lain kot bila dengar perempuan ni menangis,nak pujuk tak tahu,aku menangis pun aku pujuk diri sendiri.Err,aku menangis?okeh abaikan yang tu,heh.Aku pun tanya kenapa beria sangat menangis?dan dia pun bagitahu yang dia dah putus dengan pakwe dia.Aku pun suruh sabar semua.Lepas tu dia bagitahu dah terlanjur dengan lelaki tu.Agak meremang jugalah dengan pengakuan dia,masa aku kenal dengan dia ni umur 17 tahun.Tingkatan lima tu,masih bersekolah lagi.Tapi disebabkan kehidupan yang agak sosial,dia pun terlanjur.

Masa aku kenal dia ni pun,waktu aku berumur 20 tahun,jadi benda ni pun dah lama.Sebagai yang agak tua masa tu,ada juga aku berpesan pada dia supaya jangan mudah sangat percaya dengan lelaki ni.Sampai terlanjur macam tu sekali.Ada juga cakap pada dia supaya jangan ulang lagi apa yang dia dah buat tu,dan itu juga kali terakhir aku berborak dengan dia.Tak lama lepas tu,dia tukar nombor telefon dan senyap tanpa berita sampai sekarang.

Cuma aku nak pesankan disini,walau sayang macam mana sekalipun dengan pasangan tu.Janganlah sesekali nak gadaikan maruah tu,sayang okeh.Ingat pada mak ayah sebelum nak buat sesuatu.Jangan nak fikir seronok jer,selama mana kan nak hidup macam tu?Ingat juga,kita punya agama.Setiap batas dan pergaulan ada caranya.Sebab itu Islam sendiri ada mengajar kita adab dalam pergaulan,bukan semua boleh nak main redah jer.

Lagi-lagi sekarang ni,kalau tengok bermacam dah masalah sosial hari ni.Kes zina,rogol dan banyak lagi dah jadi macam berita wajib pula dalam akhbar.Benda macam ni kita kena jaga,baik lelaki mahupun perempuan.Tapi dilebihkan buat kaum perempuan ni,bukan apa.Jangan terlalu leka,mudah percaya semua pada lelaki.Lelaki hidung belang pun sekarang ramai,.jadi berwaspada sentiasa.

*panjangnya entri aku ni,fuhhh..penat taip..heh..

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates