April 22, 2011

Maruah Dan Harga Diri?...




 Maruah dan harga diri.Sebagai seorang muslim hendaklah pertahankan maruah dan harga diri yang ada.Hormati harga diri orang lain mahupun diri sendiri.Jangan biarkan harga diri dan maruah itu dipermudahkan oleh orang lain.
 
Kenapa aku bercerita tentang akan maruah dengan harga diri ni?aku bercerita dari keadaan  sekeliling aku sendiri dan kadang aku sendiri yang terkena dengan benda sebegini untuk dijadikan teladan.Setiap insan punya maruah dan harga diri dalam diri,apabila kita tahu menjaga akan maruah diri maka kita akan lebih dihormati.
Adab dalam pergaulan juga kita sudah diajar dari kecil antara lelaki dan perempuan,ada batas yang perlu dijaga.

Maruah diri bukan sekadar menjaga akan pergaulan antara lelaki dan perempuan,tapi juga menjaga aib  dan maruah orang lain.Maksud aku disini,kalau kita bergurau dengan teman-teman juga ada batasnya.Tak kisah sesama lelaki ataupun sesama perempuan,bila kita terlebih kata dan banyak bicara jadi makin banyaklah pula silapnya dalam tutur kata.Bergurau juga ada caranya,tapi jangan sampai menjatuhkan air muka dan maruah orang lain tanpa memikirkan perasaan yang mendengarnya.

Mungkin niat dihati sekadar gurauan,tapi hati yang mendengar tahu betapa malu dirasakan.Kalau melawan dikatanya tak sporting,tapi harus diingatkan.Tak semua boleh dijadikan bahan untuk dijadikan cerita.Bergurau juga ada batasnya,jangan sampai tak ingat dunia.Macam mana orang nak hormati kita kalau kita sendiri tak tahu nak menhormati orang lain.Jangan diri terus melenting bila terkena pada diri,kalau silap berpunca salah sendiri.

Entri sekadar renungan,apa yang dituturkan tak boleh nak ditarik semula.Ada yang terluka,ada yang terasa.Tanpa memikirkan perasaan yang mendengarnya.Maruah diri hendak dijaga,aib orang dicerita segala.Orang lain juga punya harga diri untuk dihormati,bukan untuk semudahnya diri dibiarkan dicaci..Berpesan pada diri,dalam menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati yang mendengarnya dan melakukan kesilapan..
 

15 comments:

Faez Rusni said... BALAS

yela aiez..ak pon kdg2 gurau kasar..ad owng ley than..tahanla...hurmmm

Anonymous said... BALAS

kdg2 kite terlepas ckp tanpa kite sedari tlh melukakan hati shbt kite or sape2 pn..oleh yg demikian bile kite tlh sedar dgn kesilapan kite itu cpt2 kite minta maaf drnye..krn dgn perkataan "Maaf" adlh sgt penting utk menjernihkan keadaan smula..beringat & berfikir sblm m'lakukan sesuatu..insyaallah smua akn m'jd baik..-fira-

Miss Shikio said... BALAS

gurauan kasar ni kita x sedar.. huhuh~

eh2, Miss Shikio ada gurau kasar x? hahaa~

aiEz said... BALAS

faez-heh,tak semua leyh tahan kan..mybe muka nmpk snyum tp aty kiter xtau..ak pn salu terlepas pndng bnda ni...

fira-betul tu,ak pn kadang ckp xpk gk..slme kiter kwn klu ak wat silp tegur k fira..

aiEz said... BALAS

miss shikio-err jap pk sat na...ha ader,hoho..xde la,gurau2 biasa jer kan..^^

zacky786 said... BALAS

btol3.. sokong sgt2..
len org len ragam.. :)

aiEz said... BALAS

zacky-yup,bermcm2..^^

Unknown said... BALAS

i think it's not just based on religion. as a person, as human... we must live right and uphold our dignity and integrity :D nice post, by the way!

aiEz said... BALAS

jamiey-yur thats rite,respect each others..thx jamiey..^^

Anonymous said... BALAS

kat dunia ada macam3 jenis org kan :')
kdg2 masa bgurau ada je yg tleppas :(
nice entry ^^

Farhana Jafri said... BALAS

kdg2 dlam kita bercakap or brgurau kita xsdar pon dh ada ati yg trluka ngn kata2 kiat.. that's why org slalu ckp brfikir sblum brkata apa2.. and lbih bgus brdiam diri dri mngeluarkan kata2 yg x brfaedah :)

jemput singgah ANASAURUS :)

aiEz said... BALAS

cik aufa-yup bermacam jenis manusia,pelbagai ragamnya..tu la,kdg2 bnda ni xsdr ader yg sakit aty bler dgrnya..thx..^^

farhana-btul tu,setuju sgt,klu da trlpas ckp bukan dpt nk trik balik da..lg byk ckp,mkin byk slpnya nt..^^

PCL said... BALAS

kekadang tak sedar kalau tak disedarkan..itu la kawan namanya..TQ...nice e3

aiEz said... BALAS

[p@kcikLie] : [ mamaDiana]-yup stuju sgt,btul tu..trima kasih...^^

Anonymous said... BALAS

kadang2 paku dulang paku serpih, nasihat org, tp sendiri yg lebey...

Free Blog Theme and Templates