September 18, 2011

Bila Lelaki Bicara Tentang Wanita...



"beb,ko asal tak ada gf lagi ha?.."

"ko boleh tanya soalan yang lain tak selain dari soalan yg tu..grr!.."

"rileks suda,ko sayang lagi kat ex ko ke?..."

"sayang?mana ada lah,redho suda..ko pun cakap aku kiter pun sama gak kan?sama-sama kiter duda kena tinggal dengan gf...hahahaha.."

"senget lah ko,kawin pun idak dah jadi duda,heh..."
"jap serius aku tanya ni,ko cari gf macam mana?..."

"entah,simple suda...asal tak jenis seksi suda,seksa okeh...semua jadi seksa..."

"ahahaha,senget lah ko..tp serius lah,aku pun tengok perempuan sekarang bukan main seksi okeh...pakai macam-macam,dah tu ada part yang terdedah...fuhhh,dugaan okeh..."

"dah mula dah ceramah dier ni..."

"tak aku cakap benda betul jer...okeh senang cerita,nak pakai apa pun boleh,tapi ingat ada benda nak kena jaga juga...ko pun faham kan,lelaki kalau tengok perempuan macam mana?ye,tengok sekali rezeki tapi tengok sampai tak berkelip tu kan ke bahana?patutlah sekarang kes macam-macam...mata yang melihat kemudian jadi melarat dan buat benda lain...memanglah dalam berpakaian itu hak individu,tapi kena ingat juga kita duduk bermasyarakat bukan duduk kat hulu...duduk sorang jer macam tak ada orang lain,kalau ada yang tegur patut syukur bukan nak cebik mulut muncung macam cencorot..."

"err,ko jangan lah emo sangat,aku tanya pendapat sikit jer..."=,=!

"lah,aku pun cerita jer pun bukan emo pun...hahahaha..."

"senget la ko,hahaha..."

"Akan berlaku pada akhir zaman, wanita yang memakai pakaian tetapi bertelanjang, kerana pakaiannya yang jarang sehingga nampak auratnya"


Jadi fahamkan dari dialog diatas,memang nampak seakan gurau dalam bicara tapi sekadar beringat sesama kita.Adab dalam berpakaian harus dijaga,jangan dibuat lupa atau sengaja dipandang sambil lewa.Kenapa selalu aku berpesan pada kaum hawa tentang hal macam ni?ingatlah.Jika masih dibawah tanggungjawab bapanya,dosa yang dedah sana dan dedah sini,si ayah akan disoal disana nanti.Macam tu juga dengan adik beradik lelaki,jika ada saudara perempuan yang pakai agak kurang menyenangkan,harus juga ditegur pada kebaikan.Jika tidak tergolonglah ia dari kalangan mereka yang dayus.Fahamilah,dayus itu luas konsepnya.



41 comments:

Faez Rusni said... BALAS

aku skong 200% pendapat ini..jangan duk balut aurat..tapi tutuplah aurat anda

AnakPakZohar said... BALAS

btl.. tegur selagi mampu. tegurlah kiranya ia menjadi maksiat mata kamu kaum adam.. hehe..


tapi kaum adam kene ingat juga.. kami kaum wanita inginkan kaum adam yang boleh jadi imam dan ketua yang baik buat kami. aurat kalian juga ada dilandaskan.. =)

kajaharuna said... BALAS

ohh nak perempuan yg berpakain sopan ehh... hah saya saya..

hahaha :)

btw cita rasa awak hebat..

Cik Mawar Bbungo said... BALAS

peringatan yg bgus..penulisan dlm kesempoian..nice entry:)

Umie Nadhirah said... BALAS

lawak yg patut disokong.. ohh kaum hawa..dengar tu.

ayuni said... BALAS

hihi... gurau penuh makna .
seriau bila tahu bicara lelaki tentang wanita. tapi elok untuk wanita lebih memahami apa yang difikirkan olek kaum adam.

*nasihat keluarga sangat la payah dari nasihat rakan. harap kita tergolong dalam hambaNYA yang memperoleh hidayah.

m said... BALAS

meaningful =)

Zyla said... BALAS

peringatan utk wanita! termasuk saya.. thnks

Unknown said... BALAS

saya ok , haha

nick dot anis said... BALAS

ooo camni ek?haha

Faaein Talip Roy said... BALAS

bila lelaki bicara pasal aurat2 wanita.. rasa segan je semedang.. -_-

LiLy @ MaMaQiStInA said... BALAS

Nice..peringatan utk kaum hawa.. ^_^

Kucing Serius. said... BALAS

Sokong. Pasal benda ni yang aku cerita dalam latest entry aku tu. Cuma tak ada benda benda ni je. Huu.

Nampak sekali mungkin rezeki. Tapi rezeki yang memudaratkan.

Pernah sekali di Zaman Rasulullah,ada seorang yang hafal Al Quran,tertengok sekali pandang je kat betis wanita.

Sekali je. Rezeki lah kan,betul tak?

But later on,dia dah tak ingat beberapa Juzuk dah. Pertama kali dalam seumur hidup beliau terlupa bacaan.

Semua gara gara rezeki. Tu zaman Rasulullah tu.

Sekarang ni,tengok lah balik kan. Betapa gelap dah hati kita ni :|

Syaffroni Affandy Safar said... BALAS

Aku baru terbaca satu entri, katanya walaupun pompuan tu tutup aurat, kalau lelaki melihatnya dengan syahwat, tetap berdosa ...melihat aurat wanita berdosa, dan melihat wanita tanpa auratnya juga berdosa jika dengan syahwat ...

Unknown said... BALAS

pasal aurat wanita pulak..ekeke

Acik said... BALAS

jom lah ingat mengingatkan ... jgn kata mengata tp tegur dengan ikhlas dan bijak. semoga nasihat kita diterima mereka ... :)

Anonymous said... BALAS

part duk hulu tu slh skt..hulu pun ramai org duduk..mcm kat hulu terengganu nie..hehe...

tp betul la pabila berlaku kes rogol semua tu xleh nk salahkan lagi 100%...huhu..

muhasabah diri tuk jd yg lebih baik..insya Allah...

C`ayob.com said... BALAS

waaaa betul tu..saya sokong. zaman sekarang ini...perangai wanita lain-lainlah...tapi tak semua kan.

upsss tiba-tiba commnet ini, lupa nak kenalkan diri.....salam kenalan dari cayob!...c`ayob follow sini :)

Alang-alang saya datang ini, Kalau sudi kunjung2 sya di blog yang tak seberapa ini.........tak follow pun tak ape...janji awk datang, Inys Allah.

http://cayob.blogspot.com/

Namee Roslan said... BALAS

wahaaa, gulp. insyaAllah ayie dipertemukan dengan gadis yg sopan dan tutup aurat sebaiknya :) namee doakan!

ika said... BALAS

terbaek la entry ni.....

bersame la kite beringat wahai kaum wanita....

Fadzmie said... BALAS

Memang betul. Bile guys bercakap pasal girls, memang lebih kurang gini la conversations nye. Hehe.

Mrs Nurul said... BALAS

insyaAllah..akan sentiasa berjaga-jaga..terimakasih dan selalu2 remind kawan2 semua..

Sya_Merpati Putih 88 said... BALAS

lelaki nie perihatin juga pasal penampilan gadis kn..
nice entry..=)

:: cikNuurul :: said... BALAS

dr tadi nak komen tapi xsampai2,.huhuh,.

alhamdulillah,.:),.syukur ade sahabat yg mengingatkan,.

CN pon akan berusaha masa demi masa untuk menutup aurat sebaiknya dan selayaknya,.xnak ayh tanggung dosa banyak2,.ni baru 2org ank perempuan,.kalo yg semuanya 10 org ank perempuan yg xttup aurat,camne ek dosa si ayah tu?,.ya Allah,mintak ampun,.

dn CN akan berusaha jugak menasihati kwn2 lain ttup aurat,.

tp bile fkir balik,PAYAH sebenanarnya nak tarik org lebih2 lg kawan sndri,.ermm,.

RinsyaRyc said... BALAS

>hati2 dengan lelaki.. ^^<


http://www.bulatmata.blogspot.com/

Nora Yusop said... BALAS

Lelaki selalu prihatin ttg wanita, tp kenapa ramai wanita sekarang kurang prihatin dgn diri sendiri? ~sekadar renungan..

Infiru said... BALAS

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,nice entry :) semoga menjadi manfaat buat sahabat di luar sana.

cuma kadang-kadang, kita perlu melihat perkara dengan kaca mata dakwah kan? err maksud sy, setiap benda salah yg manusia lakukan,kita boleh menasihatinya, tapi cuma Allah sja mahu merubah hati mereka.

bersangka baik, dan berdoalah, moga2 mereka mendapat hidayah dari Allah. orang2 yang melakukan dosa dan bertaubat setelah itu lebih tinggi darjatnya.

maaf macam panjang sangat plak.-.-"
btw, memang sangat bermakna entry saudara.teruskan menulis ! :)

may Allah bless.

ILA HonEyBuNNy said... BALAS

sama2 la kita beringat...

jaga diri dan pakaian kita....;-)

Bunga said... BALAS

betul..semoga Allah sentiasa memberi hidayah pada wanita-wanita supaya menutup aurat..

tapi seksi leh pe..hehe..tapi biar dengan suami jer..hahahakaahha..

CintaZulaikha said... BALAS

moga dpt gadis yg sempurna, insyaAllah..

Nur Auni said... BALAS

haaa..nini sokong..
so semoga aie dapat gulz yg smpurna.heee..

syakirahmn said... BALAS

knapa manusia tau benda tu membawa bahana tp diorang tak elak? susahsusah...

sniffa93_aznil4eva said... BALAS

assalamualaikum.

yup. betul. kadang2 diri ni pun sama jugak..tutup aurat tak kena cara.

thanks!

A retarded kitty said... BALAS

jaga aurat, jaga mulut, jaga adab

adwafarahin said... BALAS

pompuan wajib jaga aurat sbb die bkn je bw maruah dri sendri tp gak maruah family

Penyu said... BALAS

pompuan, kalau pakai baju kurung pun, lelaki punya nafsu kalau tengok, boleh tembus pakaian.

Ku Azhar said... BALAS

huhu ramai dah comment! cayyook!! :D

Adam Idris said... BALAS

hehe kapel jela dulu ngan awek seksi 'bertelanjang', dah kahwin bimbing dia pakai tudung, hehehe hahahaha cakap senang la kan, haha

Aesya Zealous said... BALAS

jalan tunduk jela kalau cmtu..haha

look before you leap said... BALAS

betul2..alhamdulillah..same2 mnympaikn dakwah..:)

meisnani said... BALAS

adakah pakaian sy sopan? sila jujur.. =)

Free Blog Theme and Templates