September 11, 2011

Kerana Chenta Itu Lagi?...




Assalamualaikum,

Lama pula rasanya jari jemari ni tak ketak ketik papan kekunci komputer dekat rumah ni.Bila jer nak buat entri baru,idea bagaikan rama-rama yang terbang berlalu pergi,heh.Terima kasih pada yang sudi singgah dan jenguk entri yang ada dalam blog tiga kupang ni walaupun berhari tak ada entri baru.

Sepanjang seminggu dua ni kalau kita lihat didada akhbar ada bermacam cerita yang dipaparkan.Baik dari isu dalam negara mahupun luar negara,bermacam jadi tajuk cerita.Dan bila bicara dalam negara pula,tak habis dengan cerita poltiknya,kadang pelik juga kenapa lah kita tak semua bersatu?Sedangkan kita hidup dibawah satu bumbung,berpegang pada bendera yang satu tapi ada jer masalah dan sering berbalah pendapat.Hairan,tapi begitulah realitinya dunia.

Berbalik pada cerita,baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian bunuh diri lagi.Dan kenapa ada perkataan lagi?kalau kita perhatikan sebelum ni pun ada kejadian bunuh diri juga,kerana apa?kerana cinta.Masih ingatkan kejadian di KB Mall sebelum ini yang pernah mengemparkan negara?semuanya kerana benda yang sama.Agak sedih bila tengok benda macam ni berlaku disekeliling kita hari ini.Kerana terlalu cinta dan kasih agama menjadi perkara nombor dua.Begitu hebatnya kuasa cinta,dan rasanya dekat blog ni pun berkali-kali ada bercerita tentang cinta ini.Cinta itu biarlah berpada-pada kita sesama manusia,kerana cinta abadi hanya untukNya.

Bagi yang beragama Islam,pasti tahu yang bunuh diri ini tergolong dalam dosa-dosa besar.Dan ia juga bukan satu perkara yang boleh diambil ringan.Mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan sesuatu masalah,itu adalah salah.Sekalipun jiwa terasa tertekan dengan masalah yang menimpa,dari Allah ia datang dan padaNya jua tempat kita meminta dan mengadu segalanya.Kehidupan adalah satu anugerah dan seharusnya dimanfaatkan pada jalan yang sepatutnya.

“Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahanam kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diri, racun itu akan berada di dalam genggamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahanam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam genggamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahanam, kekal di dalamnya selama-lamanya”

Setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya,usah mudah berputus asa dan mudah mengaku kalah.Berfikirlah dengan rasional dalam menyelesaikan sesuatu kesulitan,dan pasti akan dibukakan jalan untuk masalah diselesaikan...

18 comments:

ayuni said... BALAS

bila cinta menguasai akal fikiran. bila tiada pebimbing dalam diri. musnah... yang buruk jadi amalan, yang baik jadi sempadan. hakikat kini.

* semoga dijauhkan semua ini.

miss m said... BALAS

ermm..miss m sedang putus cinta..ley ke guna sedang tu...tp takde la smpai bunuh dri.kalau jodoh tak kemana kan...:)

Leya said... BALAS

hm , orang yg bunuh diri taa bole trima hakikat !

Unknown said... BALAS

Daripada mereka bunuh diri, lebih baik mereka menyertai misi keamanan ke negara bergolak seperti Somalia, Afghanistan, Pakistan, Iraq dan lain-lain. Kalau mati pun, ia tergolong dalam mati syahid tau. Ini tidak. Mati sebab bunuh diri putus cinta. Malu tau.

Cikgu Ma said... BALAS

salam ziarah..thanx lawat blog saya =,=
nak follow awak

Mek Onie said... BALAS

semua tu dikawal oleh nafsu ... tak balancekan betul-betul terjerat la diri sendiri...bercinta berlandaskan hukum syarak tak salah,yang salah pabila langgar hukum syarak dan ianya menjadi haram ..

Umie Nadhirah said... BALAS

sila jangan bunuh diri kerana cinta..tettt.

Namee Roslan said... BALAS

ayie..bagus entry ni. tapi kenapa masih ramai yg buat perkara macam ni ye? saya tak pernah kecewa cinta so tak berani lah nk cakap lebih sbb tak pernah merasai nya. em tp pasal cinta lah ramai yg sanggup lari ke Lombok, bunuh diri..buang mak bapak.. :( betapa besarnya kuasa cinta kan..

aiEz said... BALAS

ayu-yup,itu yg terjadi bila cinta itu terlalu diagung2kan..:)

miss m-simpati dgn miss m,insyaAllah andai ada jdoh pasti xkan kemana2..:)

leya-yup,sbb tu cnta sesama manusia biar berpada2..;)

awan biru-heh,betul tu...ada jgk dtgkn manfaat dr mati yg sia2..;)

cikgu ma-trima kasih follow dan ziarah sini cikgu..;)

meaw-yup,nafsu dan keimanan dlm diri..maka segerakanlah mendirikan rumah tangga dr couple lama2..;)

umie-teet,haha...

namee-trim kasih namee,sbb lbeyhkan cinta dr yg sepatutnya..mcm ayie prnah rasa kcewa sume,tp xdelah smpai niat mcm tu..blajar cari kekurangan diri n perbaiki diri..tulah namee,kuasa cinta smpai jd mcm sbb cinta...sdeyh jgk tgk jd cmtu..

m said... BALAS

rasionaliti itu tunggak terpenting! =)

amna said... BALAS

Nauzubillah..
Ya Allah, lindungi kami.. kuatkan iman dan keteguhan ini.. amin

aiEz said... BALAS

mya-betul tu,berfikir secara waras..;)

amna-insyaAllah Amin,begitulah hendaknya amna..:)

adan said... BALAS

semoga dijauhkan dari cinta bunuh diri ni.. jap adakah entri ni berkenaan minum racun tu?

aiEz said... BALAS

adan-pelihara diri kita,err entri umum berkenaan isu bunuh diri...:)

TopiJerami90 said... BALAS

jangan la bunuh diri sebab cinta..

da follow saudara...follow balik k..hehe
kat link bawah nie
HOT!!!Cabaran Kafir Kepada orang Islam

Zezebel said... BALAS

Tak berbaloi utk bunuh diri disebabkan cinta...

Faaein Talip Roy said... BALAS

dulu pernah kawan dok kata.. "faaein, ko jangan bunuh diri tau.." erk.. masa tu rasa pelik.. sampai cam tu sekali si kawan dok fikir.. inshaAllah selagi iman di dada.. semoga tak ada lah berlaku perkara camtu..

aiEz said... BALAS

faaein@kn klu dah rasa kecewa sgt semua rasa mcm tak berguna,tu yg jd bnda pelik2 dan diluar kawalan diri...insyaAllah awk,moga segala apa pn dugaan yg dtg tabah dlm mengahdapi...:)

Free Blog Theme and Templates