October 09, 2011

Sedih Sangat Manusia Hari Ini...




Assalamualaikum,



Buka jer fesbuk ramai yang kongsikan cerita isu seorang ayah sanggup meliwat anak lelakinya yang berusia 23 hari selepas si ibu menolak pelawaan untuk bersama kerana masih lagi berada dalam keadaan pantang.Ya Allah,kerana nafsu tergamak seorang ayah melakukan perkara sebegitu pada anak yang masih baru untuk mengenal dunia.Betapa kejamnya ada manusia yang macam ni,sanggup buat sampai macam tu sekali.

Entri sebelum ni pun ada bercerita pasal anak,dan ini jugak akan bercerita pasal anak.Apalah dosa anak kecil yang baru nak mengenal dunia,sampai si ayah sanggup buat macam tu.Inilah yang jadi bila buat sesuatu perkara hanya berlandaskan nafsu semata-mata.Tanpa gunakan akal dengan sebaiknya yang Allah dah berikan.Harus diingatkan yang  perkahwinan itu bukanlah berlandaskan kepada nafsu semata-mata tapi juga atas tanggungjawab agama.

Hidup dalam perkahwinan saling lengkap melengkapi dan saling melindungi.Sepatutnya sebagai ketua keluarga yang boleh diibaratkan sebagai nakhoda dalam sebuah kapal seharusnya menjadi contoh dan teladan yang baik dalam sesebuah keluarga yang ada.Bertindak dalam melakukan sesuatu dengan akal yang waras dan bukan kerana tuntutan nafsu semata-mata.Kerana dalam apa yang kita lakukan hari ini,itulah yang akan memberikan impak dimasa akan datang,jadi berfikirlah sebelum melakukan sesuatu,lagi-lagi yang bertentangan dengan nilai moral manusia itu sendiri dan juga agama.

Pada yang bakal bergelar ayah dan juga suami dalam sesebuah keluarga,peliharalah keluarga yang ada.Janganlah dirosakkan ia dengan isu dan perkara yang tak elok macam ni.Ingatlah kesan dan jangka panjang pada anak itu sendiri.Keseronokan yang ada hanyalah seketika dan jadilah ketua dan suami yang bertanggungjawab. Ketahuilah perkahwinan itu adalah sesuatu yang mulia,anak yang dikurniakan juga adalah satu amanah yang Allah telah pertanggungjawabkan.Peliharalah dengan sebaiknya dan janganlah dimusnahkan ia.


33 comments:

myra yusreena said... BALAS

kesian kan..xpatut la dye wt ank dye cmtu..hmm

Cikgu Ma said... BALAS

kalau nafsu jadi tunjang, rosak akal fikiran...halal dan haram dah tak dihiraukan...

Abu Huzaifah said... BALAS

bodoh... otak kat lutut... abu sedih... tapi terasa geram, marah dgn segelintir binatang yg bertopengkan manusia... binatang pun sygkan anak tau...

RinsyaRyc said... BALAS

memangla laki tu..

kena hati2 pilih suami, dpt laki camtu mmng kena cerai arr.. ade ke patot anak sendiri.. heh, anak tu agaknya belum bukak mata dia dah buat camtu.. huhu <---emos

adwafarahin said... BALAS

ini bukan manusia tp setan kot..tergamak sungguh buat kat anak sendri..die sbg bapak kene protect anak dr bnd2 mcm nie tp lain plak jadinya

ikut nafsu jd mcm nie..x pk dlu sblm bertindak pk utk kepuasan sendri je..sedih dgn manusia skrng

Addin said... BALAS

tergamak sungguh ayah dia buat macam tu, tak layak dipanggil ayah kalau macam tu huh !

Zul fattah said... BALAS

dia ada menuntut ilmu tu zie.. klau tidak.. dia x sanggup buat cam tu..

LiLy @ MaMaQiStInA said... BALAS

Bginilah bila Nafsu sudah menguasai diri..anak sekecil tu sanggup dinodai..mengalahkan nafsu binatang.. siannye anak menjadi mangsa..

Unknown said... BALAS

ni lah yg aneh pasal mnusia...ank sndri pn nak wat cm 2 gak...dh xde aqal...astagfirullah...:(

ayuni said... BALAS

tak kawen buat zina, dah kawen, masalah macam ni jadi. nak kawen ke tak?? tapi kawen tu sunnah nabi.Semga dapat pasangan yang dapt membimbing..
akhir zaman.. ermm..

Namee Roslan said... BALAS

i was about to cry when i read those. :( 23 hari ayie..bukan 23 tahun. :( sampai nazak baby tu dia buat. namee hope pihak berkuasa buat lah hukuman berat untuk laki nafsu binatang macam dia tu :(

amna said... BALAS

terkejut betul baca berita tu.
ada juga kes mcm ni di malaysia..
harap2 ni yang pertama TERAKHIR!!!

Anonymous said... BALAS

teruk tul ayah camtu kan..iskk...

roq said... BALAS

very true! (T^T)

singgah2 la sini ye :)

Unknown said... BALAS

tade hati perut lelaki tuh ! kejam !

ILA HonEyBuNNy said... BALAS

hurm...apa nak jadi la manusia zaman skrg kan...

hanya pk nafsu ja...kesian si anak...

si kiut lavender said... BALAS

kecewa dgn sikap si ayah..:)

sifat manusia sudah lenyap dlam dirinya...

Nora Yusop said... BALAS

Bila nafsu beraja dihati... maka, dosa pahala akan ditolak ke tepi.. astaqfirulla...

Faaein Talip Roy said... BALAS

tu lah.. sedih aje bila dengar berita macam ni.. bila nafsu menguasai diri.. habis segalanya..

m said... BALAS

kenapalah manusia makin zalim? :(

Mek Onie said... BALAS

Hanya Allah yang berkuasa untuk membalas tindakannya itu,huhu..... jangan kerana nafsu,nyawa oorang yang tersayang tergaadai..kesian baby tu

kim heeruul said... BALAS

kejam gila bapak dia..
ayah dia tak dpt menahan godaan syaitan ..

kajaharuna said... BALAS

anak anugrah tuhan..
baru je habis cerita pasal anak ngn romate td..

kajaharuna said... BALAS

lama tak singgah blog ni.. sory agak bz sikit :)

look before you leap said... BALAS

nice entry..:)follow..

m said... BALAS

semoga penzalim2 ini diberika hidayah oleh Allah inshaallah...

Aki said... BALAS

Aki really can't stand to see such behavior is spreading among us nowaday.. I mean,why do people try to commit such act?? Damn fool I must say.. Whatever it is,let us hope that it would be not from us or someone nearer us.. please.. kill your lust in manner.. Thanks for the sharing bro!! ^_^.v..

rozeeta rashid said... BALAS

emo tak habis lagi pasal mak campak anak hari tu, ni bapak liwat anak pulak. perangai tak macam manusia. yang diharap tu yang tak boleh harap.

Nur Syazana Mohammed Sani said... BALAS

ya Allah . sedang kan binatang pun cayunk kan anak nye .

http://syazanasani.com

Syazwan Che Deraman said... BALAS

tak sanggup aku nak baca berita tu bro.
kesian.

fatin said... BALAS

nice entry!

amanah itu adalah satu tanggung jawab. perli di tanggung dan di jawab suatu hari nnt oleh Pemberi Amanah itu.

YouSOF said... BALAS

Astaghfirullah.. Manusia macam ni patut malu pegang 'title' manusia..


Sayang, Allah kurniakan akal tapi tak diguna dengan sebaiknya.

adan said... BALAS

nafsu letak kat kepala otak.. iman entah letak kat mana.. kesian kat baby tu..

Free Blog Theme and Templates